Bab 35

5K 278 12
                                    

"Saya datang sini nak tebus balik kesalahan saya yang dulu..." Jawabnya dengan mendatar. Haji Muhammad memandang sinis terhadap lelaki muda di hadapannya.

"Tebus? Kesalahan? Maruah anak aku kau hancurkan, kau nak tebus?!" Suara Haji Muhammad agak tinggi. Puan Khadijah memegang lengan suaminya agar bertenang. Lelaki muda itu dipandangnya.

"Saya minta maaf, pakcik. Saya tahu saya salah..."

"Hei, dari dulu lagi aku tak suka kau tahu? Sejak kau ada hubungan lagi dengan anak aku. Aku tak suka kau, faham?!" Haji Muhammad mencelah. Marahnya semakin menebal. Namun, hatinya beristighfar. Dia masih lagi mampu kawal marahnya itu.

"Pakcik tolonglah! Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya... Tolong pakcik, maafkan saya..." Zul melutut di hadapan Haji Muhammad. Dia menunduk. Meminta simpati. Haji Muhammad hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke arah isterinya.

******

Harith dan Heliza berjalan selepas keluar dari kapal terbang. Mereka masing-masing mengambil bagasi lalu membawanya bersama.

"Best?" Harith menoleh ke arah Heliza yang masih mendiamkan diri sejak tadi. Heliza tersenyum.

"Alhamdulillah, kita dah sampai!" Heliza tersenyum gembira. Sikap keanak-anakannya terserlah. Harith tertawa kecil. Heliza nampak comel. Jadi, beginilah sikap Heliza ya?

Mereka menuju ke sebuah teksi. Harith menyatakan sesuatu kepada pemandu teksi itu. Harith menoleh ke arah Heliza.

"Awak masuk dulu, saya letakkan beg dalam bonet" Harith mengangkat begnya dan beg milik Heliza. Heliza hanya menurut. Dia memasuki perut teksi. Heliza hanya memerhatikan Harith yang sibuk mengangkat beg. Wajah Harith sangat tenang. Nur pada wajahnya terserlah. Heliza tersenyum kecil. Alhamdulillah, dia suami aku.

Harith masuk ke dalam kereta. Dia menoleh ke arah Heliza yang sedari tadi tersenyum-senyum memandangnya. Heliza membulatkan matanya apabila wajah Harith semakin mendekat.
"Duduk elok-eloklah" Heliza menolak lembut dada Harith. Heliza membetulkan kedudukannya. Dia menjeling ke arah Harith. Lelaki itu mengukirkan senyuman.

Semasa perjalanan, Heliza mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mahu menelefon uminya. Sudah lama tidak mendengar suara wanita tua itu. Heliza mendail nombor rumahnya. Namun, panggilannya tidak berangkat. Heliza mengetap bibir.

"Telefon siapa?" Tanya Harith. Heliza menoleh.

"Telefon umi, tapi tak jawab" balas Heliza dengan keluhan yang kecil.

"Sibuk kut, dah lah tu... Kita nak sampai ni" kata Harith. Heliza mengintai di luar tingkap. Suasana seperti di puncak gunung. Heliza membuka tingkap teksi. Angin sejuk menyapa dirinya.

"Kita kat mana ni?" Soal Heliza dengan teruja. Harith tersenyum.
Teksi memberhentikan mereka. Heliza segera menyimpan telefonnya lalu membuka pintu kereta. Sejuk! Heliza memeluk tubuhnya. Dia sendiri tidak tahu tempat ini sejuk. Harith tidak beritahu apa-apa. Heliza memerhatikan tempat itu. Dekat dengan gunung-ganang. Patutlah rasa sejuk.

Tiba-tiba, badannya rasa hangat. Heliza menoleh. Harith tersenyum memandangnya. Jaket sudah terletak pada bahu Heliza.

"Tempat ni sejuk, lagi-lagi waktu pagi" Harith terus mengambil bagasi mereka. Heliza tersenyum kecil. Jaket berwarna hitam sudah berada pada tubuhnya. Harith macam tahu-tahu dia sedang menahan sejuk.

"Jom"

******

"Heliza dah kahwin"

"Hah?!"

Haji Muhammad menoleh ke arah Puan Khadijah. Zul tergamam. Dia tak percaya. Mana mungkin gadis itu berkahwin. Heliza sudah melupainya?

"Ttak...tak mungkin" Zul meraup wajahnya.

"Pakcik tipu kan? Pakcik tipu saya supaya saya tak boleh bersama lagi dengan dia kan? Kan, pakcik?" Zul ketawa. Haji Muhammad menggelengkan kepala.

"Kalau Heliza masih tak berkahwin sekalipun, aku tetap takkan terima kau jadi menantu, Zul" balas Haji Muhammad. Zul mengerutkan dahinya. Sakit hatinya mendengar kata-kata sinis Haji Muhammad. Dendam semakin membuak-buak.

"Heliza dah berkahwin dengan lelaki pilihan dia, kau patut pergi, Zul. Tak guna kau datang sini minta belas kasihan. Aku tetap takkan terima kau lagi" kata Haji Muhammad menyentap hati Zul. Zul menarik nafas panjang. Dia harus kawal perasaannya.

"Baiklah, saya redha. Tapi tolong, sekali saja... Benarkan saya jumpa Heliza" mohon Zul.

"Heliza tak ada, Zul. Dia ikut suaminya... Baliklah, nak. Baliklah" Puan Khadijah mencelah. Walaupun suaranya lembut dengan meminta lelaki muda itu pergi namun di sudut hatinya, Puan Khadijah masih tidak dapat lupakan peristiwa hitam itu.

Zul bangun lalu menyalam tangan Haji Muhammad. Marahnya menebal. Geram dengan orang tua di hadapannya itu. Namun, disabarkan hatinya agar tidak keterlaluan. Dia harus berpura-pura baik. Demi Heliza, cinta hatinya.

******

"Kita check in hotel dulu lepas tu kita jalan-jalan" kata Harith lalu meletakkan beg di lobi hotel. Heliza hanya sekadar mengangguk. Dia hanya menurut apa kata suaminya. Jaket hitam dibukanya perlahan-lahan. Bau minyak wangi dari jaket itu adalah bau Harith. Tidak terlalu kuat baunya. Sedap...

Harith dan Heliza berjalan-jalan di sekitar hotel mereka. Angin sejuk menyapa tubuh mereka. Sebernanya tidaklah sejuk sangat. Hanya angin-angin sempoi bahasa saja.

"Awak, kalau honeymoon ni kena pegang tangan kan? Tapi kita ni macam pekerja dengan majikan je" Harith mengangkat kening lalu menoleh ke arah Heliza. Niatnya mahu memegang tangan Heliza. Berjalan sambil berpegangan tangan. Tak ke sweet tu? Heliza memukul lembut bahu Harith.

"Mengada" balas Heliza. Harith hanya tersenyum kecil. Pipi Heliza sudah berona merah.

"Jom, kita duduk atas bangku tu" ajak Harith sambil menarik tangan Heliza.

"Hei!" Ketawa Heliza apabila tangannya ditarik Harith.

Mereka berdua duduk di atas bangku sambil menikmati pemandangan gunung-ganang yang cantik. Heliza teruja. Sedari tadi dia asyik dengan pemandangan di situ.

"Argh.." Harith mengeliat lalu lengannya diletakkan atas bahu Heliza. Heliza tergamam. Dia mengangkat lengan Harith. Mulutnya mengumam menahan ketawa. Sengaja dia tidak mahu Harith memeluknya.

"Yalah yalah.." Harith kecewa. Heliza tertawa kecil.

"Mengada kan?” Heliza bersuara.
"Awak tahu tak, sepanjang malam saya berdoa agar awak jodoh saya..." Kata Harith. Mengimbau masa lalu.

"Allah makbulkan doa kita" Heliza tersenyum. Harith mengangkat kening.

"Kita? Maknanya..."

"Saya pun, Harith" Heliza mengukirkan senyuman lagi. Harith tersengih lalu memandang ke arah lain. Malu...

"Awak tak rasa yang kita ni ada persamaan?"

Hai? Ada org lagi tak? Huhu, maaflah lama tak update cerita ni. Terlupa pun ada jgk. Kah kah kah

Ada berita sedih skit. Huaaarghh... Sis akan update cerita ni lepas sis habis exam. Mau fokus exam maaa.. Hehe. Plzzzz plzzz plzzz tgguu kayy. Huhu, sis hargai sgt2 . dan hrp bersbr ya kalian semua. Bubyee

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now