Bab 39

4.4K 254 8
                                    

"Langkawi?" Soal Heliza dengan teruja. Harith mengangguk.

"Maaf sebab tak sama dengan Sabah..ini je yang mampu" kata Harith dengan nada suara yang perlahan.

"Eh, apa pulak. Saya suka.. Tak sangka awak nak bawa saya pergi sini" kata Heliza sambil tersenyum.

"Ini sambungan bulan madu kita"

Heliza tertawa kecil.

******

Zul sedang duduk berehat di dalam khemah. Fikirannya melayang. Entah kenapa fikirannya asyik memikirkan Heliza. Gadis itu sudah berubah. Pakaiannya juga berubah. Tidak seperti dulu. Dulu tudung singkat, baju ketat sekarang tudung labuh, baju longgar. Apa yang menyebabkan gadis itu berubah? Kahwin juga dengan lelaki yang soleh. Jujur, apabila dia melihat Harith, dia jadi tenang. Sentiasa tenang dan sabar.

"Heliza dah lupa aku ke?"

Hairan juga kadang-kadang. Apabila dia bertentang mata dengan Heliza, gadis itu terus menunduk. Sudah 6 tahun tidak bersua muka, akhirnya berjumpa. Dan dia sudah berkahwin! Cemburu? Haruslah cembur. Gadis itu pernah disayanginya.

"Kalau aku tak kawal nafsu aku, mesti benda ni takkan jadi" luah Zul sendirian. Menyesal dengan perbuatannya yang dulu. Zul melepaskan keluhannya.

"Argh!!!!"

******

Heliza sedang duduk di atas katil. Hujung tudung yang dipakainya dipegangnya. Lama Heliza termenung. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Heliza melepaskan keluhannya. Sewaktu Harith cuba untuk membuka tudungnya, hatinya berdebar-debar. Sungguh dia benar-benar takut. Takut sekiranya Harith akan apa-apakannya. Tapi, Harith bukan begitu orangnya. Tidak sama sekali! Harith baik.

"Heliza..kenapa?" Harith duduk di sebelah Heliza. Heliza menoleh.

"Tak ada apa.."

"Cuba bagitahu saya..awak ada masalah ke?"

"Tak ada, saya cuma rindukan umi dengan abah" senyum Heliza. Harith memandang anak mata Heliza. Lama dia merenung anak mata Heliza.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Heliza dengan hairan.

"Tak ada pape lah.. Awak nak balik rumah ke? Kalau awak nak balik, kita balik esok pagi" kata Harith dengan nada suara yang mendatar. Heliza menggelengkan kepala.

"Kita baru sampai sini, awak. Lusa lah kita balik..kesian dekat awak" Heliza tersenyum kecil. Harith tersenyum kelat. Dia mengangguk kecil lalu pergi menuju ke katil.

"Tidurlah ya" kata Harith lalu dia menyelimutkan dirinya. Heliza memandang pelik. Harith marah dia ke? Kerana apa?

Malam itu Heliza tidak dapat lelapkan matanya. Dia menoleh ke arah Harith yang lena tidur di sebelahnya. Lama dia merenung wajah Harith suaminya itu. Bibirnya mengukirkan senyuman. Mata comel bila tutup. Hidung mancung cantik. Bibir kemerah-merahan. Tahu dia bahawa Harith tidak merokok. Wajah licin dan suci.

Tiba-tiba, senyumannya terhenti. Dia rasa sebak. Rasa bersalah dengan suaminya. Dengan perlahan, pipi Harith diusap perlahan.

"Maafkan saya, Harith. Saya tak bersedia lagi..." Air mata mengalir perlahan di pipi. Dia tidak bersedia untuk beritahu bahawa dia dengan Zul mempunyai kisah hitam. Dia juga tidak bersedia untuk membuka aurat di hadapan suaminya sendiri. Entahlah, kadang rasa kelakar kerana aurat sendiri tidak dilihat suami.
"Sayang awak, Harith.."

******

Sudah 3 hari mereka berbulan madu di Langkawi. Pada hari terakhir itu, sempat mereka membeli buah tangan untuk umi dan ayah. Layanan yang diberikan Harith cukup mengembirakan Heliza. Macam-macam Harith lakukan untuknya. Dia rasa terharu dengan sikap Harith.

"Tak sabar nak balik, nak jumpa umi dengan ayah.. Tak sabar nak jumpa dengan Aisyah!" Harith tersenyum dengan telatah Heliza. Ya, dia juga tidak sabar untuk balik. Hendak pergi ke pejabat. Menulis buku. Hendak jumpa Aiman, sahabatnya itu.

"Bila nak bulan madu lagi?" Kata Harith. Heliza membulatkan matanya.

"Awak ni.." Harith tertawa kecil.

Mereka berdua sudah berada di dalam kapal terbang. Perjalanan yang mengambil masa yang tidak lama itu membuatkan Harith dan Heliza tidak sabar untuk pulang. Harith dan Heliza berpegangan tangan walaupun sudah duduk di atas kerusi.

"Best bulan madu dengan saya?" Harith bersuara. Heliza menoleh ke arah Harith. Tiba-tiba, tawanya dilepas.

"Kenapa ketawa? Awak tak suka ea? Buat-buat suka ya?" Duga Harith. Heliza menggelengkan kepala.

"Mana ada.bestlah. Siapa kata tak best? Dengan suami sendiri pulak tu" Harith tersenyum saja.

"Yeke? Jadi, awak sayang saya lah ni?" Heliza mengumamkan bibirnya.

"Sayang sikit" balas Heliza sambil membuat jari yang menunjukkan sedikit.

"Sikit je? Hm, tak nak kawan" Harith menyilangkan lengannya. Heliza tertawa kecil.

"Sayang banyak-banyak" kata Heliza lalu melentokkan kepalanya pada bahu Harith. Harith tersengih kecil. Dia juga sayangkan Heliza.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now