b a b 6

5.6K 174 67
                                    


"wow.. you do really hate me" gumamku.

Tok omma menggelengkan kepala. Kunci beserta beberapa dokumen diletakkan dihadapanku. "I never hate you, Zafra.. Tok omma buat ni semua beralasan"

"Yeah, I mean. Zafra kan cucu tok omma. Kenapa Haneef pulak yang dapat rumah tu?"

Beberapa kali aku  menarik nafas dan cuba mengawal amarah ku. Tidak habis-habisnya tok omma ingin menyakitkan hati aku. Tak sangka tok omma akan bagi rumah yang sepatutnya jadi milik aku kepada Haneef!

"Haneef kan suami kamu juga. Jadi rumah tu milik kamu berdua"

Memang rumah tu akan jadi milik kami berdua disebabkan aku ni isteri Haneef. Apa kata kalau kami bercerai nanti, memang secara automatik rumah itu akan jadi milik Haneef yang mutlak sebab rumah tu atas nama dia! So.. Aku dapat apa? Reban ayam?

"esok kamu berdua boleh pindah"

Aku mendengus sebelum berdiri dan mengambil kunci lalu beredar dari bilik bacaan tok omma. Kalau nak halau aku, halau je lah. Jangan nak halau aku dengan ayat manis pulak.

Sebelum kakiku menginjak tangga, suara ayah memanggilku dengan perlahan.

"Zafra kenapa muka tu?"

Aku menoleh menghadap ayah dan aunty Shia yang santai duduk menghadap television. Movie date lah tu. "kenapa tak tanya tok omma je?"

"pasal rumah tu ke?"

Ayah tahu yang tok omma sebenarnya nak bagi rumah tu kat Haneef? "jadi ayah tahu.. kenapa ayah tak bincang ni dengan tok omma? Kenapa ayah biarkan tok omma bagi rumah yang sepatutnya menjadi milik Zafra kepada Haneef?"

"Zafra, ayah dan tok omma buat semua ni ada sebab-"

"tok omma dan ayah sama je! Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak bela Zafra!" habis aku keluarkan isi hati aku, aku terus masuk ke bilik.


"Zafra.. jom lah turun makan"

Aku diam. Dari hujung mataku, aku nampak Haneef mengeluh perlahan sebelum keluar dari bilik.

Sebaik sahaja aku masuk ke bilik tadi selepas pemberitahuan tergempar tok omma mengenai rumah tu, segala apa yang Haneef cakapkan aku tidak endahkan. Dan sekarang beberapa kali juga Haneef mengajak ku turun makan dan aku tak peduli.

Padan muka! Sekarang Zafra mogok makan!

Aku kembali berbaring di sofa sambil menyambung kembali novel yang aku baca.

Setengah jam kemudian, perut aku berbunyi tanda si perut meminta diisi dengan makanan. Haih, Itulah kau Zafra, kalau orang suruh turun makan kau tak nak, sekarang siapa yang padan muka? Kau jugak kan.

"Zafra.."

Suara yang aku tidak sedar sudah memasuki ruang bilk memanggil namaku. Aku menoleh menghadap Haneef yang memegang tray berisi makanan. Wow, Ini baru namanya suami mithali.

"saya bawakan makanan. Makanlah, dari tengah hari awak belum makan" katanya sambil meletakkan tray makanan itu di sebelahku.

Aku yang masih dengan ego aku hanya menjeling makanan tak berdosa itu. Tray makanan kini dialihkan ke meja. Buku yang dipegang diambil dan di taruh ke pangkuanku, kedua belah tanganku diraih dalam genggamannya.

"saya ada salah apa kat awak, Zafra?"

Aku menarik semula tanganku. Eleh, suka hati dia je nak pegang tangan orang, ingat aku ni girlfriend dia ke.

"awak kan isteri saya, kenapa saya tak boleh pegang tangan awak pulak?"

Opps. Aku bukan cakap dalam hati ke tadi? "sorry eh, tangan saya hanya untuk lelaki yang saya sayang sahaja"

Ustazku SuamikuWhere stories live. Discover now