b a b 4

4.6K 165 13
                                    

Hari yang ditunggu tok omma sudah tiba. Aku melihat refleksi diriku di cermin, mataku yang bengkak ditutup dengan solekan. Bengkak bukan pasal menangis, bengkak pasal tak cukup tidur. Kenapa aku tak cukup tidur? Sebab semalam aku masih lagi memikirkan cara kalau aku dapat batalkan pernikahan ni. Bermacam-macam idea aku fikirkan namun satu pun tak bernas difikiranku.

Haih, sudah-sudah lah kau dengan rancangan kau tu. Kau tetap akan berkawhin punyalah! You're not going to win this game, Zafra Alisya.

"oh my god, you look so beautiful!" jeritan Syaza menyakitkan lagi kepalaku. Adui, minah ni kalau nak jerit pun janganlah ditepi telinga aku.

"diam lah. Aku tau lah aku cantik. lain kali kalau nak teriak tu boleh jauh-jauh sikit tak?"

Syaza tersengih sebelum membelakangkan badannya, dan mengulangi perkataan yang diucapkannya tadi "oh my god, you look so beautiful!"

Aku menggelengkan kepala. Entah kenapa aku berkawan dengan dia ni pun aku tak tau. "kau ada bawa benda yang aku pesan tu?"

"jeng jeng jeng. Atas permintaan tuan permaisuri, hamba tunaikan" Secawan caramel latte kini bertukar tangan. Tadi sebelum Syaza kesini, aku meghubunginya untuk membelikan secawan coffee. Memang sehari tanpa coffee, hidup aku tak tenteram. Eleh, selalu kau minum coffee pun hidup kau bukannya tenteram.

"thanks, Syaz. Aku bayar kau nanti eh"

"pfft. Ni hadiah aku sebagai tanda tahniah atas pernikahan kau" senyum Syaza lalu mengelip-ngelipkan matanya. Aku menjelingnya sebelum menghirup coffee itu. Hadiah lah sangat!

"and oh.. lepas ni jangan lupa gosok gigi eh? Nanti suami kau tak ada selera pulak bila tercium coffee kat mulut kau tu"

Hampir tersedak aku dengan ayat-ayat Syaza itu. Gila!

Syaza yang melihat reaksi wajahku kini tergelak. Oh, kau gelak ya? Tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari nanti aku balas. Eh? Sejak bila aku pandai berperibahasa ni?

Usai aku di hias bak permaisuri kayangan, aunty Shia masuk ke bilikku seraya sebuah senyuman. "cantiknya Zafra. Bertuah Haneef dapat anak mama ni.."

Aku mengeluh saat aunty Shia membahaskan dirinya sebagai 'mama'. Sudah beberapa kali aku sudah berpesan untuk tidak menggelar dirinya sebagai 'mama' tapi aunty Shia masih berdegil. Memang aku sampai bila pun takkan menganggap aunty Shia sebagai mama aku sebab mama aku cuma seorang. Mama Dian!

"thank you aunty Shia"

Aunty Shia tersenyum. "okay, jom keluar. Semua dah tunggu kamu"

Sebaik mataku tertumpu pada lelaki yang duduk bersila di kusyen yang disediakan, jantungku berdebar-debar. Aduh, kenapa dengan aku ni. Takkan aku nervous kot? Setelah aku melabuhkan punggungku ke kusyen khas di belakang Haneef, aku terdengar beberapa pujian yang membuatkan hatiku berbunga-bunga.

"cantik betul pengantin lelaki dan pengantin perempuannya"

"Memang sepadan!"

Aku meliarkan mataku di ruang tamu itu, ramai juga tetamu yang hadir. Mataku terhenti pada sosok tubuh perempuan yang memandang tepat padaku. Wirda! Buat apa perempuan tu datang? Dia nak rosakkan majlis ni ke seperti dia rosakkan hubungan aku dan Imran? Tapi kalau dia nak rosakkan majlis ni pun, apa salahnya? Aku memang tak nak langsungkan pernikahan ni.

Aku membalas tatapan Wirda. Wirda menjeling lalu keluar entah kemana.

Dalam diam aku tertawa sendiri, mungkin Wirda jeles sebab aku dapat lelaki yang lebih hensem daripada Imran. Padan muka kau!

Tawaku terhenti setelah seseorang menyucuk di sebelah perutku.

"aku tau lah kau happy, tapi please lah. Jangan senyum macam tu.. ngeri aku tengok" bisik Syaza. Kalau lah dia tahu aku senyum bukan pasal happy nak kawin tapi happy pasal aku berjaya buat Wirda sakit hati.

Acara masih diteruskan dengan ceramah dari tok kadi. Aku masih dengan ulahku memerhatikan orang yang berada di majlis ni. Tok omma yang berada di sebelahku tersenyum lebar. First time aku tengok tok omma senyum kat aku. Kali ini aku yakin senyuman itu ikhlas.

"Aku terima nikahnya Zafrina Alisya Binti Hilmi.."

Dengan sekali lafaz saja aku sudah sah menjadi isteri kepada Haneef Maliki. Goodbye single life, hello marriage life!

Setelah memanjatkan doa, pandangan ku beralih mengahadap Haneef yang kelihatan sungguh  kacak berbaju cara melayu warna putih beserta senyuman lebar menampakkan lesung pipitnya. Semakin Haneef menghampiriku, semakin laju juga detakkan jantungku.

Sebaik Haneef berada di depanku, tangan kananku ditarik lembut lalu disarungkan cincin ke jari manisku. Sebaik bibirnya menyentuh dahiku, wajahku jadi panas dan debaran jantungku semakin kencang. Debaran ini tidak pernah ku rasai semasa aku dengan Imran. Haneef lalu menghulurkan tangannya, aku lantas mencium tangan suamiku itu dengan hati yang setengah rela.

Pertama kali aku tengok papa mengalirkan air mata, begitu juga aunty Shia. Eh? Tok omma pun nangis ke? Pelik. Di sebelahku Syaza pun menitiskan air mata. Kenapa lah diorang menangis, bukannya aku nak mati pon.

"photo time!" tak semena-mena Syaza menjerit untuk sesi seterusnya. Tadi bukan main buruk kau menangis..

Okay, Zafra! Modelling time!!

Sebaik aku menutup pintu, aku mengalihkan pandangan ke bilik yang sudah dihias oleh aunty Shia kemarin. Cantik juga bilik aku ni.. hmm pandai aunty Shia hias. Aku terus duduk di penjuru katil lalu mengusap kepalaku yang sedikit berdenyut. Mungkin disebabkan flash cameraman yang terang tadi. Sebenarnya Syaza yang menyuruhku untuk pergi berehat, katanya dia akan naik selepas beritahu tok omma dan Haneef.

Tadi niat aku sebenarnya masuk bilik lepastu terus tidur. Tapi disebabkan baju pengantin yang masih tersarung di tubuhku ini merimaskan aku, aku harus menukarnyanya juga.

Baju PJ berkartunkan Hello Kitty dan tuala mandi ku taruh di atas katil. Aku cuba menurunkan zip gaun itu namun gagal. Argh! Aku rasa tadi aku tak makan banyak.. kenapa baju ni tiba-tiba ketat pulak? Suruh Syaza saja lah.

Pintu yang kedangaran dibuka, mematikan perbuatanku. Panjang umur sahabat aku ni.

"lama betul kau naik. Tolong aku bukak zip gaun ni. Lemas lah"

Selang beberapa saat, Syaza dengan senangnya membuka zip itu. Senang je minah ni buat! "thanks Syaz-"

"H-Haneef?" sebaik aku memusingkan badan, aku dikejutkan dengan sosok tubuh lelaki yang kini menjadi suamiku beberapa jam yang lalu. Kelibat Syaza ku cari namun tiada. Hanya kami berdua saja dalam bilik ni. Jadi tadi yang bukak zip baju aku tu.. Haneef lah?

"awak yang bukak zip saya tadi ke?"

Dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya, dia mengangguk. "awak yang minta tolong tadi"

Ya, memang aku minta tolong tadi. Aku ingat kau ni Syaza, kalau memang kau yang masuk tadi memang taklah aku nak minta tolong kau.

"Zafra? Awak okay ke? Tadi kawan awak bagitau yang awak pening. Awak nak makan ubat?-"

"stop. I'm okay. Pening sikit je. Lagipun saya tak cukup tidur semalam" kataku memotong pertanyaan bertumbi-tumbi dari Haneef tadi.

Haneef menganggukkan kepala, "awak pergilah mandi dulu. Lepastu tidur"

Tanpa menghiraukan kata-katanya, aku lalu mengambil baju dan tuala yang barusan ke letakkan di katil tadi dan menuju ke bilik mandi.

Keluar saja aku dari bilik mandi, Haneef kelihatan sedang khyusuk menunaikan sembahyang. Dengan perlahan-lahan aku berjalan menuju ke katilku dan merebahkan diri. Senghaja aku menempatkan diriku di tengah-tengah katil. Tak nak lah aku nak share katil dengan dia.

Ustazku SuamikuWhere stories live. Discover now