b a b 5

4.5K 172 6
                                    


Tekak yang kehausan ini membuatkan aku terjaga dari tidurku. Dengan rasa mengatuk campur malas aku berdiri juga keluar ke dapur. Adui, tengah malam pulak tekak ni buat hal..

Sebaik tekak ku diisi dengan air, aku kembali semula ke bilik. Dalam keadaan bilikku yang sedikit gelap dan hanya berpasangkan lampu tidur, mataku tertacap pada sosok tubuh yang tengah berbaring di lantai. Siapa tu?! Aku menutup mulut sebelum satu jeritan yang keluar. Siapa yang tengah tidur kat lantai tu? Botol air yang ku ambil dari dapur ku angkat, lampu bilik lantas ku buka.

Tapi alangkah terkejutnya aku bila ku dapati sosok tubuh itu milik Haneef. Haneef rupanya yang tidur di atas lantai yang hanya berlapikkan tikar sejadah dan berselimutkan kain pelikat. Perasaan kasihan dan simpati hadir dalam diri aku. Waah.. tak tahu aku ni kejam sangat aku ni. Eleh, selama ni kau baik ke?

Mata Haneef terbuka sebaik aku menepuk-nepuk bahunya beberapa kali.

"Zafra.." suara huskynya memanggil namaku. Emm, sexy!

Haneef lalu bangun dan duduk bersila di hadapanku. Tangannya mengusap mata gaya seperti seorang budak kecil.

"tidur lah kat katil tu"

Memang aku tak sangka dia tidur kat lantai pula. Ingat aku dia akan tidur di sofa. Kalau aku tahu memang aku bagi ruang sikit kat dia. eh Zafra.. sejak bila kau ada perasaan simpati ni?

Senyuman lebar terpamer diwajahnya walaupun matanya masih belum terbuka lebar dek mengantuk. "tak apa lah.. awak pergi lah tidur"

Eh dia ni.. aku pelawa dia reject pulak. "cepat lah. Nanti tok omma tuduh saya yang buat awak sakit badan"

"bukan apa.. umm, saya tak bawa bantal bu-... umm.. bantal saya.." dengan tangan yang menggaru-garu belakang lehernya, aku yakin Haneef sekarang tengah malu. Aku pula menahan tawa. Tak sangka lelaki yang kelihatan macho dan cool ini mempunyai bantal busuk.

"so, saya takut nanti awak yang saya peluk" sebaik Haneef menghabiskan kata-katanya, wajahku panas. Jantungku kembali berdetak seperti kejadian hari pernikahan ketika Haneef mengucup dahiku. Aish! Cliche betul lah!

"saya ada bantal peluk. Awak guna lah dulu.." aku lantas berdiri dan berjalan ke katilku sebelum meletakkan bantal peluk ke sebelahku. Aku kembali berbaring di katil sebaik lampu ditutup. Kini hanya lampu tidur yang menerangi bilik itu. Haneef sudah merebahkan diri di sebelahku, bantal peluk yang ku beri tadi dipeluknya kemas. Selepas dia mengucapkan terima kasih, dia terus pergi ke alam mimpi. Ngantuk sangat lah tu.

🌸🌸

Haneef mengekori ku ke meja makan. Kelihatan tok omma, papa, aunty Shia, mak long, pak long, sepupu aku Nazim, Nizam dan isterinya Hani serta anak kembar mereka Amir dan Amirah sedang duduk menunggu kami. Basically semua keluarga aku sekarang berkumpul di meja makan kecuali keluarga mak ngah dan kak Rina.

"As'salamualaikum" salam Haneef disambut oleh semua keluargaku.

"duduk lah Haneef" pelawa tok omma dengan senyuman lebarnya. Eleh cucu menantu dia je? Cucu dia tak pulak dia pelawa..

"Zafra, duduk lah kat sebelah Haneef tu" suruh aunty Shia. Aku mengangguk dan terus duduk bersebelahan Haneef. Memang aku akan duduk sebelah dia pun kalau tak di pelawa.. kenapa? Sebab ni je satu kerusi kosong yang ada.

"eh, Haneef.. kenapa dengan dahi kamu tu? Bengkak saja pak long tengok" soal pak long.

Aku menarik nafas sebelum meneguk air yang telah di sediakan. Mampus lah aku kali ini..

Haneef menoleh menghadapku sebelum tersenyum dan menggaru-garu belakang lehernya. "saya terjatuh dari katil semalam pak long"

Aku dapat lihat dari wajah pak long yang nampak taksub.

"tak sangka adik sepupu aku ni ganas orangnya"

Sebaik Nizam melontarkan ayat itu, air yang ku teguk tadi tersembur sedikit. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Haneef mencapai air kosong dan menyuruhku minum. Gila.. sudahlah aku tersedak sebab minum, sekarang kau suruh aku minum lagi? Walau apapun, aku teguk jua air yang diberi oleh Haneef. Sedang aku minum, Haneef mengurut-ngurut belakangku.

Setelah aku meletakkan air itu ke meja, Nizam dan isterinya- Hani yang asyik mentertawakan aku ku jeling. Dia kalau tak menyakat aku memang tak sah!

"sudah-sudah lah tu Nizam. Zafra, nanti kamu sapu ubat kat dahi suami kamu tu" sebaik tok omma bersuara, meja makan menjadi sunyi. Tok omma memang kalau bab spoil kan suasana memang dia juara.

Usai Haneef memanjatkan doa makan, kami mula menjamah makanan yang disediakan.

Aku mencapai sendok dan menyendok sedikit nasi ke pingganku. Sebaik aku meletakkan semula nasi itu ke tempat asalnya, seperti biasa tok omma akan menegurku.

"Zafra.. beri lah nasi tu kat Haneef"

Dengan separuh rela, aku terus mengambil mangkuk nasi dan meletakkannya di hadapan Haneef sebelum kembali menyuap makananku ke mulut.

"Zafra" kini kedengaran tegas suara tok omma memanggilku. "kautkan lah nasi tu"

Ada-ada saja tok omma ni nak cari kesalahan aku.

Aku kembali ke bilik lalu mengambil novel yang aku baru beli 2 minggu lepas. Selepas sarapan tadi pagi, tok omma menyuruh Haneef ke bilik bacaannya dan menyuruhku balik semula ke bilik. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh tok omma pada Haneef atau mungkin tok omma akan bagi gaji Haneef sebab berjaya berkahwin dengan aku. Urgh..

Tak lama kemudian, pintu bilik di kuak. Sosok tubuh suamiku yang masuk ke dalam bilikku. Haneef lalu duduk di sebelahku. Lama juga dia memandang ke arahku tanpa bersuara.

"awak nak?" tanyaku menunjukkan cawan nescafe yang ku buat tadi. Mungkin dia nak nescafe ni, sebab itulah dia asyik pandang aku minum.

Haneef tersenyum, "nak"

Sekejap saja cawan yang berisi setengah nescafe itu melekat di bibirnya dan di hirup perlahan. Aku membuntangkan mata. Niat aku nak membancuhkan nescafe yang baru untuknya tapi dia minum pulak nescafe bekas aku minum.

Cawan kosong di letakkan semula ke meja. "urr, sorry saya habiskan. Nescafe yang awak buat tu memang sedap sangat"

Dengan tangan yang menggaru-garu lehernya, Haneef tersengih.

"tak apa. Lagipun saya dah kenyang pon"

"umm, lain kali awak buatkan untuk saya juga eh?"

"maybe" jawab ku selama. Masih adakah lain kali buat kami?

Mataku kini beralih pada dahi Haneef yang kelihatan membiru sedikit. Aku tahu dahinya itu disebabkan aku. Semalam saat aku terjaga dari tidur, aku rasa ada tangan yang melingkari pinggangku. Terkejut sangat aku pun menolak nya sehingga jatuh di katil.

"masih sakit ke dahi awak tu?" tanyaku, lalu bingkas bangun dan membuka peti kecemasan yang memang di sediakan di bilikku.

"sikit"

Ubat yang ku tuang ke kapas ku usap-usap di dahinya yang bengkak itu. "ni salah awak jugak eh"

Ya, memang salahnya sendiri juga. Kalau dia tak peluk aku semalam, bengkak dan aksi menerajang semalam takkan berlaku.

"salah awak jugak sebab badan awak tu selesa di peluk" tawanya.

Ustaz Haneef tengah flirting dengan aku ke?

Ustazku SuamikuWhere stories live. Discover now