b a b 3

4.7K 182 23
                                    

Caramel latte yang baru ku pesan sebentar tadi kuhirup perlahan. Enaknya.. Pelawalah apa saja jenis coffe, memang semua ku kebas. Aku memang addicted dengan coffee. Ni semua sebab Imran lah, dulu Imran selalu mengajakku ke cafe milik abangnya. Jadi dari sana, aku merasa berbagai-bagai jenis coffee dan yang menjadi kegemaran aku sampai kini ialah Caramel latte.

Selepas Imran memutuskan untuk berpisah disebabkan dia nak bersama Wirda a.k.a sepupu kesayangan aku tu, aku tidak pergi lagi ke cafe milik abangnya itu, Tapi itu tak bermaksud aku sudah melupakan coffee yang selama ini menenangkan aku. Jadi aku pulak pergi ke cafe yang Syaza rekomen kat aku. Walaupun jauh sikit dari kawasan rumah, but it worth it! Dan yang penting aku tak nampak lagi wajah Imran.

Lamunan ku terhenti saat satu salam menyapa ke telingaku. Aku terus menoleh dan membalas salamnya.

"Haneef?" terkejut juga aku bila aku terserempak dengan 'bakal suami' aku ni. Selalu ke dia pergi sini? Tak pernah nampak pun.

"seorang ja?"

Pertanyaannya aku balas dengan anggukan kepala.

"selalu saya kesini, baru first time saya tengok awak" Haneef membuka cerita.

"saya selalu pergi sini, tapi malam-malam" oh, patutlah tak pernah berjumpa. Dia datang malam, aku selalu datang pagi-pagi.

"lagipun saya lepas jogging. Tak salah kan kalau saya singgah sebentar?"

Haneef mengenakan T-shirt bewarna putih, berseluarkan track suite paras buku lali dan berkasut Adidas bewarna neon. Rambutnya pulak dibiarkan tidak terurus, namun perfect dipandang. Memang gayannya tak nampak seperti seorang ustaz mahupun cikgu. Mesti kalau siapa saja yang tengok Haneef sekarang, tak mungkin ada seorang pun yang percaya kalau dia ni seorang ustaz dan mesti mereka salah sangka yang Haneef mungkin seorang model.

"boleh saya duduk sini? " Aku mengangguk dan menyuruhnya duduk.

"jauh termenung tadi. Saya beri salam 3 kali baru awak nak balas salam saya"

Aku terpinga-pinga. Jauh sangat ke aku melamun tadi? Haih.. Imran juga kan yang aku lamunkan.

"Caramel latte?" tanya Haneef, saat matanya tertumpu pada coffee di depanku.

"yup, favourite"

"mine's Americano" Aku menunjukkan muka geli. Apa sedapnya Americano ni? Pahit adalah!

"kenapa buat muka macam tu? Americano sedap eh" Haneef tergelak menunjukkan lesung pipit nya di kedua belah pipinya.

"so.. awak dah tahu nenek dan tok omma nak kita kahwin bulan ni?" dia mengangguk.

"awak okay ke? Dengan semua ni?" Okay, Zafra. Ini lah kesempatan kau laksanakan misi pembatalan kahwin yang tok omma rancangkan tu.

Haneef mengangkat bahunya lalu menghirup coffee yang paling tidak ku sukai, "dah nasib. Saya terima saja lah"

Aku menatap muka selamba Haneef. Dia terima je? Takkan dia tak kisah nak berkahwin dengan aku?

"Awak almost 22 kan?"

Aku mengangguk.

"you're so young, tapi tak apa" Haneef masih dengan senyumannya. Memang kalau aku ni aiskrim, dah lama aku cair dengan senyumannya.

"awak tak kisah ke dengan umur saya? Bukan ke saya terlalu muda untuk berkahwin?" tolonglah cakap ya. Kalau dia cakap 'ya' nanti senang sikit kerja aku nak beritahu tok omma yang taste Haneef ni bukan aku.

"apa pulak masalahnya dengan umur awak? Saidatina Aisyah sendiri pun kawin semasa umurnya 19 tahun" siapa pulak gerangan wanita yang bernama Saidatina Aisyah ni? Adik dia ke?

"tahu tak siapa Saidatina Aisyah ni?" mungkin Haneef nampak muka bengang aku masa dia menuturkan nama orang yang aku tak kenali. "dia isteri Rasulullah, juga putri kepada Abu Baqar As-Siddiq"

Aku mengangguk lalu menundukkan kepalaku. Aku rasa aku pernah belajar sejarah nabi-nabi ni, tapi aku langsung tak ingat. Maklumlah masa cikgu bersyarah di depan, aku buat perkara lain. Perkara apa? Tidur lah of course.

"tak apa. Lepas kita kawin nanti saya ajar awak dengan sejarah-sejarah nabi" kata Haneef. Bibirnya mengukir senyuman. Entah kenapa pipi aku rasa panas ketika ini.

"I know this sound rude but.. awak tak ada girlfriend ke? Maksud saya-"

"tak cik Zafra, saya tak ada girlfriend dan tak pernah ada girlfriend" senyuman dibibirnya semakin lebar. Aku pulak sedikit ternganga. Betul ke apa dia ni? Tak ada teman wanita? Mesti dia bohong. Ya lah, muka bak model omputih ni takkan tak ada yang punya?

"boleh saya tanya lagi?"

"awak dah tanya pun" laa, ustaz ni loyar buruk lah pulak.

"sekiranya awak disuruh memilih pasangan sendiri.. awak nak yang macam mana?"

Haneef tertawa kecil, "jujur saya katakan awak tak adalah dalam senarai perempuan idaman saya "

Aku tersentak, terasa darah mengalir ke wajahku. Bibirku ku ketap penuh geram. Kurang asam punya ustaz! Aku tahulah perempuan macam aku ni tak ada orang nak guna.

"tapi kalau boleh saya nak yang sopan-santun, jaga adab dan percakapan. Tegas. Bersifat keibuan dan yang penting sekali pandai jaga aurat dia"

Kak Rina! Sebaik Haneef menyenaraikan perempuan idamannya, hanya kak Rina yang bermain dikepalaku. Kak Rina memang 99% daripada senarai yang dikatakan Haneef. Kalau aku? Hampeh. Satu pun tak mengena..

"awak memang tahu kan semua list yang awak sebut tu tak ada satu pun yang mengena pada saya.. jadi awak tetap nak kawin ke?"

"kalau awak ditakdirkan menjadi isteri saya. Saya tak kisah. People change you know.. mana tau satu hari nanti awak berubah?"

Berubah? As in berubah menjadi seorang yang bertauliah macam si cucu kesayangan tok omma tu? Hak pui!

"listen Haneef.. saya memang tak pernah fikir pun nak berkahwin. Lagi-lagi dengan ustaz macam awak ni. Saya tahu awak tak suka saya dan awak tak nak kawin dengan saya. So? Apa lagi? Terangkan lah semua pada tok omma" bidasku dengan suara lembut namun berbaur geram.

Haneef menatapku sekejap sebelum mengalihkan pandangannya. Aku baru perasan Haneef kalau bercakap dengan aku, dia tidak pernah menatap atau memandang wajahku. Nampak sangat aku ni hina kat mata dia.

"kenapa cakap macamtu? Saya tak pernah cakap pun yang saya tak sukakan awak. Dan saya tak pernah kata pun saya tak nak berkahwin dengan awak. Jadi saya tetap dengan rancangan nenek dan tok omma tu"

"masalahnya saya tak nak kawin dulu. I'm still young! And I don't like you!"

"Like I said before, people change. Mana tahu satu hari awak terjatuh suka dengan saya lepas kita kawin nanti?" katanya.

"sebelum awak menyesal.. saya nak bagitau awak yang saya tak pandai masak"

"tak apa nanti saya ajar" senyumnya.

"saya degil dan keras kepala"

"saya dah sedia maklum dari awal lagi" ni pasti tok omma yang bagitau.

"saya tak mudah untuk jatuh cinta"

"I'll make you fall for me then.."

Ustazku SuamikuWhere stories live. Discover now