Part 13

6.1K 204 2
                                    

"MACAM MANA tempat baru? Okey?" soal Mak Anjang Dayu ramah.

        "Okey je," balas Aazeen tersenyum tawar. Susah mahu memalsukan senyuman. Adik ayahnya yang seorang ini baik dengan keluarga mereka. Adik yang mengenang budi. Tak semua adik-adik ayahnya mengenang budi begini.

        Kalau diikutkan dia mahu mencari rumah sewa sahaja. Ayahnya yang berkeras agar dia menumpang di sini. Risau sangat anak daranya duduk sendiri. Almaklumlah tak pernah tinggal di ibu kota. Baru dua hari di ibu kota, rasa rindu pada kampung halaman menggamit. Rindu pada si ayah yang cukup suka memanjakannya. Ayah, hati berbisik rindu.

        Ayah yang paling faham hatinya. Walau dia diam tidak meluahkan, ayah tetap memahami hati anak gadisnya. Ayah menyalahkan diri atas luka anaknya. Ayah yang sentiasa berkorban apa sahaja demi insan lain. Ayah mengorbankan masa depan demi adik-adik. Dan ayah yang membuang segala keinginan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

       Sebak terasa mengenangkan nasib seorang ayah yang hidupnya sentiasa berkorban demi orang lain. Besar pahala ayah. Dia rindu mahu menatap wajah redup si ayah. Rindu mahu bersandar di dada ayah. Dialah yang paling manja dengan ayah. Tangan yang dimamah usia itu sering mengusap ubun-ubunnya. Saat hati bergolak sakit, dia mengharap ayah berada di sisi menenangkannya.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now