Part 5

6.9K 262 1
                                    

PERTAMA kali dia melangkah sejauh ini setelah tamat belajar lebih 5 tahun lalu. Dia hanya bekerja di syarikat tidak jauh dari rumah keluarganya. Tidak pernah mencuba nasib di ibu kota. Berat hati sebenarnya mahu ke sini. Namun dia tahu dia perlu berhijrah jika dia mahu lebih berjaya.

Peluang sudah berada di depan mata. Keluarganya juga memberi restu. Akhirnya dia di sini. Berada di ibu kota dengan perasaan yang bergolak. Ibu kota. Kampung halaman lelaki itu. Entah kenapa terasa dekat tiba-tiba. Kalut hati bila memikirkan kemungkinan bertembung dengan lelaki itu. Argh, mustahil.

Hakikatnya dunia ini besar. Tak mungkin sekecil mana hingga dia mampu bertemu dengan lelaki itu. Dia membuang jauh perasaan takut yang hadir. Tak mungkin. Namun kenapa ada sesuatu yang membisikkan rasa yang tidak enak. Seolah-olah nalurinya menghantar isyarat yang bahaya bakal melanda. Argh, mengarut.

"Mak cik I tak salah pilih orang. Bila dia cakap you bagus... I terus percaya you bagus," ucap Farzan setelah puas mengutarakan soalan buat gadis manis yang duduk di hadapannya itu.

"Thank you. I'll do my best, Encik Farzan," ucap Aazeen yakin. Jawatan yang ditawarkan dengan gaji yang menarik cukup untuknya bersedia menongkah arus. Jawatan yang lebih besar tentunya datang dengan tanggungjawab yang besar. Dia sudah bersedia.

"I tak ragu you boleh buat kerja. Yang I nak cuma satu benda aje," ucap Farzan serius. Melihat kening gadis manis itu berkerut buat dia menyambung kata. " I nak you lama kat sini. Jangan cepat sangat cabut."

"I memang plan nak stay lama kat sini." Macam pelik pula kata-kata itu. Macam ada sesuatu yang tersembunyi. Takkanlah baru kerja dah nak cabut? Memang tak logik.

"Bagus. Bagus. Make sure you do. I tak nak hilang lagi sorang assistant manager."

"Ada yang I perlu tahu ke?" soal Aazeen selamba. Dia memang lebih suka sikap berterus-terang. Kalau ada masalah lebih baik mereka bincangkan.

"Your manager," ulas Farzan. Entah kenapa berdepan dengan gadis manis ini buatnya lebih kasual. Bagaikan melayan seorang kenalan lama. Sepatutnya dia lebih serius. Namun gadis manis ini lebih selamba. Buatnya tidak boleh serius.

"What about him?"

"You akan tahu nanti. I bawak you jumpa dia sekarang. Dia akan explain tentang skop kerja you lebih detail lagi," ucap Farzan bingkas bangun. Walaupun dia tahu Ishaq bencikan perempuan namun tidak mudah mencari pekerja lelaki memenuhi kriteria yang diinginkan sebagai pembantu pengurus akaun.

"Okey."

Aaezeen melangkah lambat-lambat membuntuti Farzan. Setiap langkahnya terasa berat. Bagai ada sesuatu yang menantinya. Sesuatu yang tidak enak. Perutnya terasa memulas tiba-tiba. Seolah-olah dilanda rasa gementar yang tidak tahu datang entah dari mana.

'Apasal aku ni? Dah gila ke? Tak pasal-pasal rasa seram sejuk. Takkan kau tak yakin boleh pegang jawatan tu? Kau boleh, Zeen. Jangan jadi pengecut!' Dia berperang sendiri. Entah kenapa dia rasa macam ada benda buruk yang bakal terjadi sekejap lagi. Ada kaitan dengan manager tu ke?

"Cik Aazeen," panggil Farzan bila gadis manis itu begitu jauh ke belakang. "Are you okay?" soalnya bila melihat wajah manis itu kini berubah bagaikan gementar.

'Hah, sudah. Yang ni belum apa-apa lagi dah nampak gaya takutnya. Kejap aje cabut ni.' Farzan menggaru kepala tidak gatal. Mana nak cari pengganti ni?

"Sorry. I... okey," balas Aazeen merapatkan jurang. Wajah terus dimaniskan. Perasaan yang bergolak cuba dibuang jauh. Sayangnya, rasa gementar itu tetap hadir. Tangannya terasa sejuk. Namun kali ini riak wajahnya dikawal. Biar nampak manis seperti tiada masalah. Dan sepatutnya memang takkan ada masalah.

         'Apa yang tak kena dengan aku ni?!'

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now