04

3.2K 361 64
                                    

"yoongi pergi dulu. bye omma," kataku lalu menutup pintu rumah. kemudian aku membetulkan tali beg aku yang senget sebelah, baju kemajaku dan rambut aku supaya aku nampak kemas tapi swag. puas hati dengan penampilan aku, aku mula melangkah keluar dari perkarangan rumahku dan berjalan ke sekolah.

semasa aku membelok di satu selekoh tetiba-

"YOONGI!"

"AISHiiiiiiiiii-" aku terlompat dan hampir tercarut di public. bersembur air liur aku. aku menjeling gerangan yang berani membuat aku jentat di pagi hari.

"ehe," dia sengih seperti kerang busuk. aku menggulingkan mataku lalu meninggalkan kerang bernama jung hara yang kemudian terkocoh-kocoh mengejar aku dari belakang. dalam sekelip mata, dia dah ada di sebelah. dia yang jalan cepat ke aku yang siput?

"ingat petang ni. rumah kau," dia mengingatkan sambil berjalan bersebelahan aku. langkah aku dihentikan dan bibirku mengukir senyuman yang sangat lebar. hara pun berhenti dan memandang aku.

"oh sayangnya, aku ada hal~" kataku dengan girang, "esoklah ye."

hara mengerdipkan matanya lalu menyatukan kedua-dua tangannya dan membentuk satu penumbuk. dia memandang aku dengan mata yang bersinar, "malam ni kan boleh."

"kau...nak datang rumah aku malam-malam?" mataku membesar.

"takdelah, guna linelah. tapi kalau kau nak, boleh j-"

"okok guna line line."

"hehehe," suka dia ketawakan aku. aku mendengus dan mempercepatkan langkahku meninggalkannya.

"yah! yoongi!" dia menjerit memanggil aku. aku mengulingkan mataku seraya berpusing, "nak ap-"

dia memakaikan sesuatu di kepalaku sambil tersenyum. aku memandangnya dengan muka blank.

"ambiklah, hadiah hari jadi ke-14. haha nasib baik muat," katanya lalu tersenyum dan meninggalkan aku yang sedang memproses apa yang berlaku tadi.

aku memandang belakangnya sehingga dia hilang dari pandangan.  kemudian aku menanggalkan 'hadiah' tadi. aku membelek-belek 'hadiah' tersebut dan bibir aku mengukir sebuah senyuman kecil.

beanie ni comel.

aku menyimpan beanie tersebut dalam beg dan sambung berjalan ke sekolah tinggi jeongguk.

-

jam menunjukkan pukul 3:48 p.m. aku mencapai beg aku dan air soda yang tinggal setengah tin lalu berjalan meninggalkan siber kafe. aku berjalan ke arah satu bangunan dua tingkat yang berdekatan dengan siber kafe tersebut dan memanjat tangga yang membawaku ke tingkat dua.

pintu yang tidak berkunci ditolak dan aku melangkah masuk ke dalam sebuah tempat yang dipanggil studio menari.

"yoongi hyung!" sapa jimin yang sedang bergelut dengan taehyung. aku hanya mengangguk dan berjalan menuju ke bilik persalinan. nak tukar baju, apa style pakai baju sekolah masa berlatih, bruh.

selesai menukar pakaian, aku menyumbat baju sekolah aku ke dalam beg dan meletakkan beg ke dalam loker aku. aku pun keluar dari bilik tersebut dengan hati yang excited sebab tak payah jumpa hara petang ni hoho.

"yah jimin lepaskan aku lah!" jerit taehyung yang kepalanya disepit oleh ketiak jimin. jimin hanya menjelirkan lidahnya, "aku akan lepaskan kalau kau bagi kat aku benda alah tu."

"nEVER!"

"bagilah wehhh!"

"TIDAK MUNGKIN!"

aku memandang mereka dengan muka annoyed lalu berbaring di atas lantai. pe benda lah, sebab satu botol air pun nak gaduh padahal ada lagi sekotak botol air mineral yang sama lol.

namjoon dan hoseok yang baru sampai pun buat muka judging tengok dua ketul tu.

"hyung dah kenapa?" namjoon memandang aku yang terbaring di tengah-tengah studio. aku mengangkat keningku. dia mengeluh dan blah. kekeke.

"mana jin hyung dengan jung-"

'BANG!'

"sINI! FUHH SEMPATT!" jerit jungkook selepas merempuh pintu. nasib baik tak tercabut. dia dan jin hyung sedang dalam proses nak menstabilkan kadar penafasan mereka. jadi aku yang tadi terduduk sebab terkejut, kembali baring, memandang lampu. kita berfotosintasis ya.

ok sebab aku ada kat sini ialah aku ada dance practice dengan budak-budak ni.

aku dan budak-budak ni tubuhkan satu kumpulan nama bangtan scouts aka bts. ketua: kim namjoon. semua dari sekolah yang sama.

namjoon, kelas 3-2. owner studio ni slash rapper. dia muda setahun dari aku tapi sebab bijak terlebih, dapat lompat setahun. dia sepatutnya duduk sama kelas dengan aku tapi minta tukar ke kelas sebelah. persaingan sengit katanya.

tu hoseok, kelas 2-2. rapper. sama umur dengan namjoon. suka senyum dan sentiasa hyper. tak paham aku.

jin hyung, kelas 4-2. vocal. sunbae paling banyak bebel yang pernah aku jumpa tapi masakan dia sedap. yumm

jimin, kelas 2-1. tukang buat high note. pakcik ketot yang ada abs. kekadang banyak mulut. selalu bergelut dengan taehyung.

taehyung, kelas 2-1. vocal. alien. minat bintang. sedang berusaha untuk mengajak crushnya keluar.

jungkook, kelas 1-1. golden maknae-

"yoongi hyung, bangunlah," jungkook menarik tanganku dan aku bangun dengan malas sekali. dia membawa aku ke dalam bulatan perbincangan di utara studio.

"jom osom, penat aku asyik centre je." ujar hoseok.

"takda hal. sapa yang ganjil dia jadi~" kata namjoon.

+

maaf chapter ni lame
slow update soreeh

-one

nutty.Where stories live. Discover now