02

4.2K 448 107
                                    

tahniah kerana anda telah selamat sampai ke sekolah.

aku membaca papan tanda berkarat yang tergantung di pagar sekolah sambil berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah seperti zombi. aku memandang malas bangunan sekolah yang tersergam indah di hadapanku sambil membetulkan beg sandangku. kakiku membawa aku masuk dan menuju ke loker kesayangan.

"huARgh," aku menguap sambil mengeluarkan buku yang diperlukan lalu bergerak ke kelasku, kelas 3-1.

aku duduk kat kelas top tapi selalu dapat tempat terakhir. paling tinggi pun no. 19 dari 20, tu pun sebab sorang pindah. aku pun tak paham kenapa cikgu tak campak aku pergi kelas sebelah lewls.

-

setelah memanjat 28 anak tangga, akhirnya min yoongi selamat sampai ke kelasnya. aku duduk di tempatku dan menggantungkan begku pada cangkuk di tepi meja. tempat aku kat barat daya kelas dan tepi tingkap. masa cikgu ajar kat depan, aku selalu terbang ke angkasa ikut tingkap ni. bukan aku, fikiran aku. seronok :D.

aku melipat tanganku dan letakkan kepalaku di atas meja beralaskan tangan aku. goodnight people-

"annyeong, min yoongi!"

meja aku tiba-tiba ditepuk kuat. aku terlompat ke belakang dan hampir jatuh kerusi. HAMPIR. syaiton betul sapa yang kacau aku tidur ni- aish minah ni lagi.

"kau nak apa hara," aku mengeluh.

"takde pape," jung hara menyengih lalu duduk di meja hadapanku. aku mengulingkan mataku dan kembali ke posisiku yang asal; sebelum ada orang kacau.

"yoongi bangunn!" katanya sambil mencubit kedua-dua pipi gebu aku. aku yang takda mata, muncul balik mata aku kerana effect kesakitan pipi. aku menepis tangannya dan menjelingnya dengan jeling maut.

"shuh shuh bla bla," aku menghalau hara dengan melambai-lambaikan tanganku.

dia memegang tanganku dan menjelirkan lidahnya, "shiro, wekk."

erk. ikut kaulah. aku memandangnya kemudian tanganku. aku menjongketkan keningku dan dia pun ikut. aku bagi muka fed up aku lalu menarik tanganku dari gengamannya.

"aku nak tangan aku balik. sibuk je nak buat harta."

"kalau boleh buat harta, aku dah ambik pastu simpan dalam peti."

patutlah orang panggil dia pelik. memang pelik pun. sERAM-

tetiba hara bangun dan mengosokkan rambutku sebelum pergi ke tempat duduknya yang terletak selang 3 meja ke kanan. lidah aku hampir tercarut sebab dia serabutkan rambutku yang penat aku sikat pagi tadi.

"yah!"

"hehe. seronok kacau kau. dah dah cikgu dah masuk tu," dia mengeyitkan matanya ke arahku dan badan aku meremang.

oh baru perasan kelas dah penuh. lel.

ketua kelas macam biasa, suruh orang bangun kemudian kami sambut cikgu dan tunduk hormat dan duduk bla bla bla.

"baiklah keluarkan buku teks kamu," arah park seongsangnim lalu menulis sesuatu di papan hitam. aku buat ape yang disuruh dan secara tak sengaja aku terpandang hara yang mengeluarkan seekor ayam mainan dari begnya. kemudian sebuah rubix cube- what?

aku terkebil-kebil tengok barang yang dikeluarkan oleh hara dari begnya. mainan dan mainan dan mainan. dia bawa ape pergi sekolah  ha? buku takda langsung. macam mana dia belajar-

dia perasan aku perhati dia lalu pandang aku tapi aku sempat pandang depan. fuhh nasib tak kantoi.

ok aku ceritalah sikit pasal jung hara aka budak genius tapi pelik di jeongguk high school. dia terlampau genius sampaikan cikgu kat sini pun dah fed up dengan soalan bertubi-tubi dia. budak no.1 dalam kelas.

perangai pelik dia;
1. tak pernah bawa buku pergi sekolah (bukti dah tengok tadi)
2. selalu senyum sampaikan orang kadang-kadang pun label dia gila.
3. selalu duduk seorang.

aku pernah kenal dia sebelum ni, rasanyalah. rasanyalah. aku tak ingatlah-

"min yoongi sambung!" suara lantang park seongsangnim membawaku kembali ke kelas. aku yang blank, memandang cikgu park dengan muka seposen. tapi malangnya tak berkesan sebab cikgu tu suruh aku berdiri kat luar kelas. yeay life.

-

"kamu boleh masuk semula min yoongi."

aku hanya mengikut arahan dan kembali duduk di tempatku. ketua kelas arahkan untuk semua bangun.

"terima kasih, kelas."

"terima kasih, seongsangnim."

"oh hara ikut saya," pesan cikgu park sebelum melangkah keluar dari kelas.

"aye aye captain!" dia tabik dan ikut cikgu dari belakang.

mataku mengikut langkah hara hingga dia keluar dari kelas.

"akhirnya ketenangan," gumamku lalu menutup mata.

+

fuhh kelas addmath pagi nnti tapi kerja tak siap lagi yAYY HAHAHAHABISLAHHH- okbye (ノ´ヮ´)ノヾ(*´∀`*)ノ

-one

nutty.Where stories live. Discover now