"Macam mana kawan-kawan aku boleh tengok dia tapi tokleh tengok kita?"

"Sebab kita manusia. Dia yang kau maksudkan tu benda lain" kata Zahid perlahan. Tangkal mengeluh.

Tangkal merenung lagi benda berupa Munie itu. Sedikit demi sedikit terubat juga rasa rindunya kepada Munie.

-

Munie terkejut dengan panggilan itu. Dia memandang sekeliling. Mulut kawannya masih tertutup. Aik rasanya macam ada orang panggil nama aku tadi.

Munie melilau kan pandangannya. Eh jap. Macam kenal...

"Tari!!!!" Kata Munie. Dia terus berlari ke arah Munie ciplak dengan girang. Yang lain memandangnya aneh.

"Kau dah kenapa?" Tanya Raqy. Dia mengetuk perlahan bahu Munie. "Tahu lah jumpa kembar. Eksaited sangat tu" ejeknya.

Munie mencebik. Aky memandang Munie pelik. Sejak bila dia rapat dengan Munie ciplak ni?.

Munie hanya tersenyum. Sejak dia tahu bahawa mamanya yang suruh Tari meniru wajahnya, dia terus rasa gembira dan senang dengan kehadiran Tari.

DUM!

Semua tersentak.

"Bunyi apa tu..." tanya Ilmi. Dia memeluk tangan Mika erat. Takut nak dekat dengan Aky dek kerana terlihat benda cilak di depan mereka itu.

Shh. Diam.

Semua membisu.

Raqy menarik perlahan tangan rakan-rakannya untuk berlalu mecari tempat sembunyi. Yang lain hanya akur.

Mika terasa seram sejuk. Rasa macam ada aura lain yang berada di sekelilingnya. Dia setia berada di belakang dan memimpin tangan Ilmi.

Jalan... jalan dan terus berjalan. Keluar dari kawasan mereka tadi.

"Il..Ilmi. Kita nak gi mana ni? Mana yang lain?" Tanya Mika. Dia memandang sekeliling. Kosong. Tak ada sesiapa disitu. Tiba-tiba pegangan tangannya terasa sejuk.

"Ilmi?"

Ilmi didepannya berhenti melangkah. Dia melihat Mika dengan anak matanya sambil tersenyum.

"Ilmi, stop. You scared me" Mika menelan liur.

Tiba-tiba wajah Ilmi memulas. Mika tercengang. Pegangan tangannya semakin lama semakin kuat sehingga Mika sukar untuk melepaskannya.

"To..tott...tolong!!!!" Jerit Mika. Wajah Ilmi masih memulas. Kelihatan darah memercik di sana sini. Mika semakin resah. Degupan jantungnya tak terkawal.

-

"Mana Ilmi dengan Mika?!" Tanya Aky. Dia menolak Raqy dengan kasar.

"Mana aku tahu bro. Dia jalan belakang tadi kan. Aku kat depan kot!" Bela Raqy. Geram dia tengok Aky yang tiba-tiba menudunhnya bukan-bukan.

"Kau tahu tempat tu bahaya, kau bawak kitorang pergi sini kenapa?!"

Raqy diam. Dia tahu kalau dia cakap sekarang pun, otak Aky tak dapat melihat rasional penjelasannya.

"Aky.. Relax okay? Kita akan cari diorang" kata Munie. Dia menepuk lembut bahu Aky. Menenangkannya. Aky terdiam. Dia menarik nafas dalam. Minta ditenangkan. Raqy hanya memandang Aky dengan wajah kasihan. Dia pun kusut sebenarnya. Sekarang ni buka awek Aky je yang hilang. Awek dia sekali!

"Aku rasa aku tahu la apa jadi" kata Munie. Aky dan Raqy mengalihkan pandangan mereka ke Munie. Munie segera menjelaskan kemungkinan yang difikirnya

"Kita jalan straight je kan tadi? Then macam mana boleh sampai sini?" Tanya Aky.

"Told you tempat ni pelik. Kedudukan kita berubah. Dunia ni dunia cermin. Dunia fantasi. Kita akan sentiasa terpantul" jelas Raqy. Munie mengangguk setuju. Aky mengeluh lemah.

"Okay sekarang apa yang kita nak buat? For god sake, please cari Ilmi!" Aky meraup wajahnya kasar.

"Relax okay? Kita akan jumpa diorang balik" pujuk Munie lagi. Aky mengangguk lemah. Nak taknak dia kena tunggu je apa yang jadi lepasni. Tiba-tiba mata Aky terlekat pada sesuatu yang kelihatan seperti terapung. Dia terus mendekatinya.

Board didepannya di belek.

"Come on. Ambil je lah!" Kata Zahid. Aky tersentak. Suara siapa tu? Dia memandang sekeliling. Yang lain pun sama.

"Siapa tu?"

"Zahid la. Cepat la amek board ni. Berat namati! Dia sepit kaki aku ni!" Kata Zahid lagi. Tanpa menunggu lama, Aky terus mengangkat board itu dan campak ia ketepi.

"Ui kau campak buat apa?! Penting tu!" Kata Zahid lagi. Dia segera bangun sambil mengheret kakinya yang tersepit itu ke arah board TOD yang dilempar Aky tadi. Aky terkejut melihat pergerakan daun yang dilanggar Zahid. Mungkin ianya nampak makin seram since he cant see Zahid in real life. Just the voice.

"Macam mana kau boleh dengar kitorang?" Kata Munie. Dia mendekati Aky dan melihat ke arah Board yang terangkat itu. Tahulah dia ada Zahid disitu.

"Aku bukak deria keenam aku" jawab Zahid sambil menggosok board didepannya itu.

"Kau ada deria keenam?" Tanya Raqy pula.

"I bet you heard me just now" kata Zahid. Dia memandang ke arah mereka yang entah ke mana-mana mata mereka melilau. Zahid tersenyum.

"Munie.. kau pun boleh buka kau punya deria. Kalau kau nak tengok kehenseman aku la." gurau Zahid. Munie ketawa.

"Thanks. But no, thanks. Too many things dekat sini" kata Munie.

"Dont blame you" kata Zahid. Dia kembali melihat Board itu semula. Tak sanggup melihat 'benda-benda' itu tengah menjilat Aky, Raqy dan Munie. Terlalu banyak disini. Dia tak sanggup nak tengok tapi ini saja cara dia untuk berkomunikasi dengan Munie untuk selesaikan semua ini. Bayang yang sedang membelitnya langsung tidak mengganggu konsentrasi dia mencari jawpaan di board itu. Biar lah. Dia dah biasa.

"Now, apa yang kita kena buat?" Tanya Munie. Dia mendekati Zahid. Tahulah Zahid Munie dah buka deria dia juga. Zahid tersenyum sambil menghulur board ke Munie. Munie turut tersenyum.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now