Episod 0

85 6 4
                                    

2016

"Selamat pagi, Yuna."

Yu Na memalingkan wajahnya. Senyuman menjadi penyambut Mi Roo yang duluan menyapa Yuna sesampai saja mereka di hadapan pintu lif. Keramaian di dalam lif tersebut tidak menjadi perhatian mereka, Yuna dan Miroo terus melangkah masuk bersama. Berjalan serentak.

" Eo, pagi Miroo-ah. Awal sampai?" Yuna menerima pemberian air kopi daripada mesin yang dihulurkan oleh Miroo. Sempat dia beli sebelum masuk ke pejabat. Mungkin dia sudah tahu bahawa Yuna turut sampai pada waktu sama dengannya.

Miroo mencebik. "Bukan selalu, Salah ke aku datang awal?" soal Miroo, air kopi di teguk kemudian dia menghembus keluar nafasnya. Puas dapat minum air kopi sebelum mulakan pekerjaan.

Senyuman kecil membentuk di bibir Yuna, mata terarah pada pintu lif, terbuka di tingkat seterusnya di mana ada beberapa yang keluar.

" Ani. Aku cuma terkejut. Selalu kau datang kerja mesti 5 minit lambat. Sama ada 5 minit atau seminit lambat. Tapi hari ni, awal pula?" Kedengaran Yuna ketawa kecil.

" Sebab aku dengar ada Pengurus baharu masuk," Bisik Miroo kepada Yuna lalu dia turut terikut gelak dengan Yuna.

Pintu lif kembali terbuka di tingkat seterusnya, Sepasang mata diangkat lalu merenung tepat ke wajah Yuna. Yuna turut melakukan sebegitu.

Tiada reaksi yang di paparkan oleh mereka berdua. Miroo memandang orang yang masih di luar lif tersebut, silih-berganti dengan wajah Yuna.

"Tak nak masuk ke, Encik? Jauh lagi kami nak sampai dekat tingkat pejabat kami," Miroo bertanya kepada gerangan lelaki kemas berbaju jas lengkap, Rambut pula sikat tepi seakan orang baru lepas melakukan temuduga kerja. Miroo menunggu jawapan orang itu, Dia masih menekan butang buka pintu lif tersebut. "Encik?"

"Maaf, Saya sedang mengelamun tadi..., Saya masuk." Lelaki itu menjawab soalan Miroo lalu melangkah masuk ke dalam lif yang masih tersisa 4 orang di dalamnya.

"Encik nak ke tingkat berapa?" Ramah Miroo bertanya.

"Tingkat 6..,"

"Eh, kami pun nak ke tingkat 6, kebetulan semacam apa ni kan, Yuna?" Miroo menyiku Yuna yang tidak fokus dengan perbualan mereka.

"Erm, maaf? Oh, ya. Ah, betul.. Kebetulan yang pelik." Bisik Yuna.

Mata mengerling ke arah Yuna yang nampak suram. Lelaki yang berdiri di sebelah Miroo itu berdehem kemudian membetulkan tali leher yang terasa sesakkan dada. Jantung usah dikatakan lagi. Berdebar. Bukan kerana dia bakal berada di tempat baru namun kerana... wanita yang berada sama di dalam lif tika ini.

"Ok, Jom! Kita dah sampaiii..." Suara jeritan teruja Miroo terdengar lalu dia terus menarik Yuna keluar terlebih dahulu.


Yuna meletakkan fail kerja yang baru diterimanya pagi tadi daripada kakitangan bawah kendaliannya di kedai baju berjenama Zone 22 di cawangan Pusat Membeli Belah Dongdaemun. Dia mengeluh.

"Haih. Semua benda nak habis, Semalam minta stok alatan tulis pun tak sempat nak hantar ke ibu pejabat lagi.. Sekarang, ada bertambah kerja hari ni. Berganda-ganda pula tu, " Yuna melabuhkan punggung dikerusi kerja miliknya yang berlapikkan alas duduk bercorak panda. Sungguh empuk walaupun duduk selama 8 jam. Tangan membelek setiap borang permintaan daripada kakitangannya itu. Bunyi selakan kertas terdengar jelas, senyap sunyi. Fokus Yuna hanya terarah pada kertas di genggamannya. "Eo, Ubat pengokot, cek. Pelekat, cek. Nota lekat. cek. Isy, semua benda pelik-pelik dia minta ni." Kepala menggeleng perlahan lalu mata pen menandatangani tempat khas menandakan permintaan kakitangan tersebut di persetujui. Dia termenung seketika. Wajah lelaki di dalam lif pagi tadi kembali menerjah kotak memorinya.

BEST FRIEND? | Bad Person {2016}Where stories live. Discover now