Special Chapter

1.6K 211 87
                                    

" Mengada. Sengaja nak buat orang yang ajukan soalan tu rasa bersalah ke? " ujar Hoseok perlahan tetapi kata-katanya dapat ditangkap oleh telinga Yoongi.

Yoongi mengetap giginya. Posisi baringnya diatas sofa dibetulkan. Dia perlu menahan sabar. Dia faham sangat dengan perangai Hoseok yang terkadang emosi tidak menentu.

Taehyung, Jimin dan Jungkook duduk dihadapan televisyen menonton cerita kegemaran mereka. Namun mereka dapat merasakan aura gelap yang berada dibelakang mereka. Aura gelap itu bukan datangnya daripada Yoongi, tapi Hoseok.

Aura itu terlalu kuat hingga mengganggu konsentrasi mereka tetapi mereka cuba untuk tidak mengendahkan. Suasana didalam dorm tersebut hanya ditemani dengan suara yang datangnya dari televisyen. Entah kenapa aura keceriaan didalam rumah itu hilang serta merta pada malam ini.

" Nak fikir pasal perasaan Jin hyung, fikir sekali perasaan Army. "

" Sebab aku fikir perasaan Army, aku beritahu dia kenapa Jin hyung jadi macam tu. "

" Tapi kau tak fikir pasal perasaan Army yang tengah sedih. Jangan main hambur je macam seratus peratus salah Army. "

" Aku tak akan tulis sesuatu kalau aku tak tahu macam mana nak imbangkan penulisan aku. "

" Hyung. Boleh diam tak? Kitorang nak tengok TV lah. " ucap Jungkook. Niatnya yang sebenar untuk menghentikan tikaman lidah yang berlaku antara dua hyung nya itu.

Jungkook tak mahu perkara ini menjadi semakin melarat. Dia takut perkara yang terjadi dahulu kembali lagi. Mereka asyik bergaduh kerana Jin hyung.

Jimin menyembamkan wajahnya diatas bantal yang sedang dia peluk. Perasaan yang dia tidak suka datang lagi. Taehyung mengusap belakang Jimin dengan penuh lemah lembut.

" Fuck off, Jeon Jungkook. " kata Hoseok perlahan.

Jungkook hanya mengetapkan gigi. Pilu perasaannya bila Hoseok mencarut pada dia. Dia tak biasa dengan semua ni.

" Jangan mencarut depan adik-adik boleh tak. " marah Yoongi tetapi masih dalam nada yang tenang.

" Mind your own bussiness. "

" Dia adik aku. Urusan dia urusan aku. "

" Sejak bila kau fi-- "

" Hoseok, we need to talk " Yoongi menarik kasar lengan Hoseok lalu masuk ke dalam biliknya.

Suara tengkingan besar dari dalam bilik kedengaran hingga ke ruang tamu. Jimin yang tadinya menyembamkan muka diatas bantal mengangkat kepalanya.

Jungkook dan Taehyung terkejut melihat wajah Jimin yang sudah dibasahi dengan airmata. " Aku nak tidur. " ucap Jimin perlahan.

" Tapi kita kan tengah tunggu pizza sampai. " Jungkook memandang Jimin dengan wajah risau.

" Hyung tak lapar. Kau makan lah dengan Taehyung. " balas Jimin lantas dia naik ke tingkat atas.

Taehyung mengeluh. " Penat kan, Jungkook? " kata Taehyung lalu menoleh ke arah lain.

" Penat sangat. " tanpa disedari, airmata mereka berdua mengalir jatuh dipipi.

" This thing gonna be alright. Hyung janji. " tangan Taehyung berpaut pada tangan Jeon Jungkook.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Muahahahahahahaha!!!

Aku bosan sangat XD

So enjoylah special chapter ni 😂😂😂

Bye bye 💞💞💞💞

[C] BTS DAILY DIARY S2 [ Malay Fanfic ]Where stories live. Discover now