Party Buli

264 23 0
                                    

Sulli menghabiskan masanya selama satu hari dgn duduk di dlm tandas. Die tak berani nak kluar sebab takut akan terjadi bende same seperti tadi. Hampir sahaja waktu akhir kelas nak tamat, dtg sekumpulan perempuan ke tandas. Mereka tidak tahu tentang kehadiran Sulli di dlm bilik air tu.

"Wei, ko rase mane pompuan tu pergi eh? Baru je pagi tadi aq nampak die" kate salah seorang perempuan itu.

"Entahla aq pon tak tau. Ko rase die pegi mane ehh Suzy??" Kata kawanya pulak.

Sulli dengar ape yang mereka cakapkan tetapi die tidak pasti siapakah yang dieorang maksudkan dan Sulli tau, Suzy tu ialah perempuan yang dtg bersame Mark di atas bumbung.

Suzy merupakan anak perempuan terkaya di Korea. Ayah dan maknya berkawan baik dengan ayah dan mak Mark. Ramai yang tau Suzy sukakan Mark semata-mata kerana duit.

Suzy hanya tersenyum sinis mendengar ape yang kawannya cakap kan itu.

"Sulli?? Hm..Die tau la bile nak keluar nanti." Jawab Suzy ringkas. Menggigil satu badan Sulli apabile namenya dipetik "Padan la muka dengan budak nerd tu. Sape suruh cari pasal dengan orang atasan, kan dah kene." Sambung Suzy lagi. Lalu mereka pon beredar dari situ. Sulli hanye duduk dalam tandas sambil termenung kosong. Dalam hatinya die cube mengigatkan ape yang telah die lakukan sampai la perkataan yang Mark sebut muncul di kepalanya. Ape yang Sulli rase hanya tuhan saja yang tahu. Die tak berani nak gerakkan walau seinci pon kaki die sehinggalah waktu sekolah tamat.

Dia menunggu lebih kurang dalam 50 minit sebelum keluar drpd tandas. Dan die pasti yang cikgu dan pelajar yang lain sudah tidak beradar di kawasan sekolah. Die berharap die dapat balik ke rumah dengan selamat dan die berharap agar bau busuk daripada air kotor yang jatuh atas kepalanya tadi hilang.

Sulli pergi ke kelasnya untuk mengambil beberape buku nota. Dalam perjalanan ke sane, entah mengapa die tidak nampak walau satu pon orang yang beradar di sekitar sekolah. Selalunya akan ade beberape pelajar yang masih berkeliaran di sekolah. Tetapi die tidak perduli sangat tentang sume tu. Sampai sahaja die ke meja belajarnya, die dapati yang mejanya dipenuhi dengan kesan contengan.

Ada yang menggunakan pen marker pemenent dan ade yang menggunakan sharpie. Di mejanya tertulis dengan kata2 yg kesat seperti 'pegi matilah!! ' , 'perempuan x tau malu ' , 'SLUT ', 'HODOH ' dan yang paling Sulli tak boleh terima ialah, 'Mak Ayah ko dah MATIkan. Knape perlu JEALOUS dgn mak ayah orang lain! '. Perkataan 'MATI ' Dan 'JEALOUS ' sengaja dibesarkan. Hati Sulli bagai ditikam dengan pisau dan pedang yang tajam berkali-kali. Sakit di hatinya hanya tuhan sahaja yang tau. Di kerusinya pulak terdapat gam yang banyak. Sulli berdiri di situ sambil menahan air matanya daripada jatuh ke pipi. Mahu sahaja die menjerit dan mencarut dekat orang yang buat ni tapi apakan daya dengan kehidupannya itu. Tanpa berlengah lagi, die terus mengambil kain lap dan membersihkan meja dan kerusinya. Cukup la ianya hilang sedikit daripada tak bersih langsung.

Selesai mengambil buku notanya. Sulli berjalan menuju ke lokernya. Perasaan marah dan sedih tu dipendam dalam2 di hatinya. Tidak mahulah die menunjuk pada orang yang die ni sebenarnya lemah. Dalam perjalanan menuju ke lokernya. Kaki die tersungkur lalu Sulli jatuh ke tanah. Bagai ade tali yang diregang dan sengaja diletakkan di situ.

Belum sempat die bangun, die telah pon dikelilingi oleh ramai orang. Mereka semua merupakan pelajar di universiti ini. Lutut Sulli berdarah dan di tangannya terdapat beberape kesan calar yang mungkin datangnya drpd seretan di lantai. Sulli bangun dengan badannya yang menggigil. Kesakitan di lututnya tidak la seberapa. Mungkin kerana dahulu die telah merasakan sesuatu yang lebih teruk. Sejurus selepas die bangun, Tiba-tiba....

~~~~~~
(Penulis)
Jeng jeng jeng.... nak tau ape yang akan berlaku, kena la tunggu lepas ni hehe 😜

P.L.A.Y.B.O.Y.Where stories live. Discover now