Bab 1

29.4K 185 3
                                    

Nadia tersedar. Terkebil kebil matanya memandang siling. Dia menoleh ke sisi katilnya melihat jam loceng. Pukul 5.30 pagi.

"Awalnya aku terjaga. Haih ni kang kalau tidur balik mahu terbabas smpi pukul 7."

Nadia bingkas bangun berjalan pergi ke tandas. Nak tidur balik rasanya memang tak boleh la kang ada yang terlepas solat subuh niaya kena hambat dengan mama kang.
Selepas mandi dan solat subuh Nadia naik keatas katilnya. Niat ingin baring saja tetapi baru dia merebahkan dirinya dalam beberapa saat Nadia sudah terlena kembali.

Ton ton ton ton!
"Ishhh bising la alarm ni! Aku nak tidur pun tak senang." Nadia bingkas bangun dari baringnya. Tah ke berapa kali agaknya alarmnya berbunyi. Dia mencapai phonenya.
"Baru pukul 9.30 ishh! Ehh jap! Pukul 9.30?! mampus aku dah lambat!!"

Nadia bangun dan terus mencapai bajunya yang sudah tersedia. Mulutnya tak lepas dari terkumat kamit menyumpah seranah pada alarm handphonenya . Ada ke patut marah alarm tu? Dia yang tidur mati. Alarm bunyi sebelah telinga pun pekak lagi.

Nadia turun ke bawah dengan kelam kabut terus mencapai kunci kereta untuk pergi ke kolej. Mama,papa dah lama pergi kerja. Kalau tidak dah kena bebel dah ni. Barang barangnya habis semua dicampak sebaik saja masuk ke dalam perut kereta. Nadia meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya. Takde masa nak sopan santun aku dah lambat ni.
Dalam masa 15 minit saja Nadia sudah sampai ke kolejnya. Nadia terus meluru laju ke kelasnya. Sampai saja di depan kelas Nadia menenangkan dirinya. Nadia masuk ke dalam kelas dengan lagak biasa. 'Aik? Prof tak sampai lagi ke? selamat la aku hari ni.' Nadia terus meluru ke tempat duduk belakang apabila ternampak rakan baiknya.

"Oii!"
Amira dan Izzati yang sedang berbual terkejut dengan kehadiranku terus menampar kuat lenganku.

"Terkejut aku bengong! Kau pahal lambat? Ni mesti kes tidur balik en? Tahu sangat kau ni"

"Heee mana tahuu wakk.. Lepas solat subuh tadi aku tertidur." Aku mengambil tempat disebelah Amira.

Tiba tiba Amira memecahkan suasana setelah beberapa saat mendiamkan diri.

"Eh korang tahu tak nanti kita akan dapat senior tau!"

"Senior? Bape ramai?" Tanyaku

"Setiap sorang ada senior. Wuishh kalau dapat abang abang senior yg handsome best gak ek?"

"Hahahaha kau gatal ek? Aidil tu nk campak mana kak?" Balas Zaty pedas.

"Alaaa dia tu simpan dalam hati. Yang lain buat stok dalam poket je hahahaha"

Kami bertiga ketawa serentak dengan kuat kerana mendengar jawapan Amira. Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah teman temanku. Selepas beberapa minit baru aku sedar sorang lagi geng aku takde.

"Eh, fiza mana? Takkan tak sampai lagi? First day masuk sem 3 ni."

"Ermm entah. Tak datang kut kan semalam dia demam" kata Amira bagi menjawab soalanku

Aku membuat bentuk 'O' dibibir serta mengangguk tanda mengerti.

******

Setelah habis kelas kami berduyun keluar dari kelas. Macam ikan bilis dah aku tengok. Seperti biasa habis waktu kelas kami akan pergi ke cafe sementara menunggu kelas yg seterusnya.

"Weh korang aku nak gi tandas la. Korang pegi la dulu nanti takde tempat duduk kang"

"Haa okay la kitaorang pergi dulu. Cepat sikit Nad!"

Aku hanya menunjukkan isyarat 'ok' dan terus berlari anak akibat sakit perut melampau. Tiba dalam perjalanan ada seorang jejaka menahanku. Aku mendongakkan kepala kerana dia terlalu tinggi. Galah betul! Sempat aku menelek wajah jejaka didepanku. Erm kacak!
Kau tengah sakit perut pun sempat lagi telek muka orang eh Nadia? Gatal betul😝

"Adoi tepi laa! Apa ni halang jalan orang!" Tengkingku

"Eh tunggu dulu. Saya nak jumpa awak. Awak Akira kan?"

Aku membuat muka pelik sebelum menjawab "Ha ya! , so can you move? Aku nak pergi tandas la!" aku menahan sakit perut yang semakin menggila dengan malaun kat depan ni aduh mcm tak kasi orang jalan je!

Tapi tanpa aku sendiri sangka, aku melepaskan virus hidung. 'Pottt prettt' aku dan mamat ni melopong 3 saat.

"Alamakkkk!!! Tepi laa sakit perut!!" Aku terus meluru masuk ke tandas  dengan menepis tangannya kuat dari menghalang jalanku.
Lantak kau la! Sape suruh halang jalan aku tu mesti balik mandi wajib sebab terbau kentut aku hahaha!

********
Hye awak awak semua! Hee terima kasih la sebab sudi membaca nd sorry sgt sgt kalau permulaan citer ni boring ke apa ke. Sbb citer ni suka suka je jangan
serious sgt hee✌🏻️

Hey Mrs.Grumpy!Where stories live. Discover now