28 💚 BAJU TERBALIK

1K 120 31
                                    

Ibu Pejabat Kesatuan Rosamund

Malam

Pintu utama ibu pejabat dibuka!

Semua mata di dalam terus beralih pada ruang pintu. Dan pandangan mata setiap daripada mereka terus berkerut.

Apa yang telah berlaku?

Sylvan melangkah masuk bersama Beryl.

Biji mata Sharon dan Samantha
terbuntang luas!

"TUAN SYLVAN?!"

Sharon terkejut.

"Apa yang telah berlaku?"

Samantha berkerut seribu.

Sekejap.

Siapa Sharon dan Samantha ni?

Baiklah, beri laluan sekejap untuk perkenalkan dua watak sampingan ni.

Sharon dan Samantha ini merupakan setiausaha kepada rakan setugas Sylvan, Glen Nikolai.

Sekian. Itu sahaja.

🌸🌺

"Tuan Sylvan? Apa yang telah berlaku?" Samantha menghampiri Sylvan.

Terkejut mereka melihat Sylvan berlumuran dengan darah. Eww..hanyir baunya

"Kalian jangan risau. Semuanya baik-baik sahaja."

Sylvan tersenyum.

"Cepat Sylvan, aku nak balik cepat."

Beryl menolak bahu Sylvan dengan bahunya.

"Sabarlah. Aku pun nak cepat."

Sylvan mencebik.

"Ah! Encik Beryl!"

Sharon menjerit.

Beryl berkerut. Nyaring suara perempuan itu.

"Apa yang berlaku? Tangan Encik berdarah. Dan kenapa balut macam tu?"

Samantha berkerut sambil tersyum kelat melihat tangan Beryl. Balutannya sungguh tidak kemas. Ia tidak langsung menutup kesan luka. Malahan balutannya longgar.

"Oh, ini---"

"Itu adalah darah aku. Manusia ini telah cuba membunuh aku."

Graig yang kemudiannya menyusul menyampuk. Lehernya masih menampakkan kesan luka yang panjang serta dalam. Darah tidak lagi mengalir. Cuma luka tersebut masih lagi basah.

Beryl menjeling Graig. Boleh tahan siluman ini menagih perhatian.

Sekejap.

Ini sesuatu yang pelik. Mula-mula Graig melangkah keluar dulu daripada bar Beryl tetapi sekarang Graig pula lambat tiba. Kenapa ya?

🍺

Imbas Kembali

Graig terus melangkah. Hatinya tidak sabar ingin membuat laporan kepada Kesatuan Rosamund. Pemilik bar itu harus disumbatkan ke dalam penjara bawah tanah. Cukup dia benci dengan Beryl.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba langkahnya terhenti. Sebelah tangannya dicekakkan pada pinggangg manakala sebelah jari telunjuknya diletakkan pada sisi kepalanya.

"Aku dekat mana sekarang ni?"

Graig terpinga-pinga. Laluan di Eple dia masih tidak tahu walaupun sudah sebulan berbulan madu di Eple.

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now