16 💚 AMBANG MAUT SI BUNIAN

1.1K 112 51
                                    

Telapak tangan gatal. Beryl mula merepek. Difikirnya kemenangan. Kerana apa? Tapak tapak tangan gatal. Dapat emas.

Tangannya terus menetak.

Tak.tak.Tak!Tak!TAKTAKTAKTAKTAK!

KTIIIIINGGGGGG!!!

Opps! Beryl tertetak pada permata cincin topaz milik Graig. Habis tercampak batu permata topaz itu! Terdapat lubang kosong pada cincin itu. Permatanya ke mana pergi?!

TAK! Pisau ditetak kasar di atas meja oleh Beryl. Tamat?!

"Arggggh!!!!!" 

TAK! Graig menjerit serentak dengan tetakkan terakhir! Permata cincinnya tercampak keluar!

Biji mata Beryl terbuntang luas! Aku tersalah tetak! Tidak! Tidaaaak. Tapi?! Tangan Graig tidak berdarah???

Aduhhhh..... Darah merah yang pekat mengalir. Bisaaaa! Beryl melirik pada tangannya. Darah mengalir keluar dengan deras dari tepi tanganya disisi jari ibu. Lukanya dalam. Darah tidak henti-henti mengalir.

Bibirnya digigit.  Pedihnya. Beryl yang tercedera. Tapi Graig yang menjerit. Sungguh megelirukan. Macam mana Beryl boleh tak sedar.....Tapi Beryl menang. Dalam menahan sakit Beryl tersenyum.

Gelaran juara bertahan irama tetak masih aku pegang.

Aku hebat! Aku kalahkan seorang siluman.

🔪

Kamar tidur Beryl.

Beryl duduk di atas katilnya. Tangan kanan Beryl sedang memegang botol kaca air tequila. Tangan kirinya pula sedang dibalut dengan kain putih oleh Sylvan.

"Kau gila Beryl. Luka kau dalam!"

Ujar Sylvan sambil terus membalut tangan Beryl. Darah tidak henti-henti keluar.

"Tapi aku kalahkan siluman tu."

Beryl tersenyum puas. Air botol tequila terus diteguk.

Sylvan mencebik. Belum apa-apa sudah minum meraikan kemenangan. Sedangkan Graig tidak berambus pergi lagi.

"Beryl? Kau tak halau Graig lagi?"

Sylvan selesai membalut tangan Beryl. Tersengeh seperti kerang busuk. Darah masih mengalir. Macam sia-sia sahaja. Sylvan tak ada sentuhan seni membalut.

"Halau? Kenapa pulak?"

Beryl berkerut. Air botol diletakkan di atas lantai.

"Bukan kau dah menang?!"

Sylvan tak puas hati! Beryl ni apahal?!

"Ya, aku menang. Tapi Graig kata hukuman ke atas dia akan dijalankan selepas pusingan kedua tamat. Jadi kau terpaksa kalahkan dia dulu."

Jawab Beryl pula.

"Apa?! Tapi ini sia-sia."

Sylvan menepuk dahinya. Baru nak rasa lega. Tapi bagaimana.

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now