13 💚 PISAU

1.1K 112 71
                                    

(AMARAN - Segala babak dalam cerita ini adalah sekadar suka-suka. Don't try it at home. Don't try it anywhere. Don't ever try it. Pesanan daripada penulis.
Inspirasi daripada RustyCage. Credit to him. ❤)

🔪

Pernah dengar tentang satu permainan?

Pemainan yang dipanggil "Irama Tetak".

Di mana semua orang boleh bermain dengannya.

Ada kata bodoh.

Ada kata bangang.

Tapi apapun, tetap menghiburkan.

Tak. Kau tak boleh guna pensil.

Tak. Kau tak boleh guna pena.

Ya, Kau hanya boleh gunakan pisau.

Di mana kau akan tetak, tetak, tetak dan terus tetak!

Tetak di setiap celah jari.

Tetak sambil menyanyikan irama lagu pisau.

Kau akan menyanyi mengikut rentak yang semakin laju.

Dan tetakkan pisau juga akan semakin laju.

Kalau jari kau terluka, terkelar ataupun terputus  maksudnya kau kalah.

Sebelum main, ada dua perkara yang kau perlu buat.

Minum seteguk air.

Asah pisau kau.

🔪

Beryl mengambil pisaunya. Diletakkan di atas meja. Pisau emas putih yang memiliki hiasan permata hijau muda yang cantik.

"Ini pemberian daripada seorang guru aku. Sebagai tanda hormat kepadanya , aku tak akan kalah."

Ujar Beryl dengan penuh yakin. Beryl mahir dalam permainan ni. Siapa lagi kalau bukan gurunya dan seorang anak tukang kebun telah mengajarnya suatu ketika dahulu.  Juara bertahan di Eple. Setiap pelanggan yang mencabar Beryl akhirnya terpaksa menghulurkan sejumlah wang emas kepada Beryl. Beryl menjadi kaya-raya juga kerana permainan ini.

Sylvan meneguk airliurnya. Ini bukanlah  permainan kegemarannya. Dia bencikannya. Walaupun ayahnda saudaranya hebat. Walaupun kekandanya mahir tetapi Sylvan tidak menyukainya. Bagaimana dia harus berlawan dengan Graig? Dan kenapa Beryl mencadangkannya kepada Graig?!

"Aku yakin dia akan kalah. Selepas ni kita halau dia berambus."

Ya, itulah alasan Beryl.

Graig juga mengeluarkan pisaunya. Pisaunya juga berukuran sehasta sama dengan milik Beryl. Cuma pisaunya kelihatan lebih ngeri. Hanya pisau yang biasa rekaannya. Cuma ia berlumuran darah.

"Maaf, boleh tumpang basuh kat sinki? Aku terlupa nak basuh."

Ujar Graig selamba tanpa sebarang emosi.

Beryl terpinga-pinga. Begitu juga dengan Sylvan. Air liur diteguk.  Jarinya ditundingkan pada arah sinki disebalik meja kaunternya.

"Baiklah, terima kasih."

Graig menuju ke arah sinki.

"Darah siapa tu?"

Beryl berbisik perlahan pada Sylvan.

"Anggaplah dia siang ikan pagi tadi."

Sylvan tersengeh seperti kerang busuk. Tidak mahu memikirkannya.

🔪

"Kau tau peraturan permainan ini kan?"

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now