20 💚 OH, PUAN BONITO

1K 106 38
                                    

Beryl melangkah keluar daripada pintu barnya.

Sylvan dan Graig berdiri di dalam. Di muka pintu.

Beryl pandang sekeliling. Orang lalu lalang tiada. Biasalah waktu senja.

Sekejap. Sudah senja? Lama mereka melayan siluman ini.

"Apa kau tunggu lagi manusia? Tanggalkan pakaian kau."

Ujar Graig dingin.

Beryl menjuihkan bibirnya.

"Aku taulah, kau tak sabar nak tengok?"

Setelah itu terus sahaja Beryl menanggalkan bajunya. Disangkutkan pada bahunya.

Graig berkerut.

"Sekarang tengok susuk aku yang menawan."

Beryl mendepakan kedua tangannya. Tubuh Beryl ternyata berketak-ketak. Memperlihatkan lekuk-lekuk pada tubuhnya. Kalau para wanita yang lalu lalang pasti akan berhenti melangkah. Bahkan lelaki juga?

Graig membuat muka bosan. Sekarang dia faham maksud teka-teki yang diberikan bunian tadi. Suka mengangkat bakul...

Sylvan menepuk dahinya.

"Aku tidak faham bagaimana kau tidak mempunyai perasaan malu."

"Nak malu apanya? Aku yakin dengan penampilan aku. Kalau kurus kering aku malu. Lagipun, bukan ada sesiapapun di luar waktu-waktu begini."

Ujar Beryl menjongketkan keningnya.

Mata hijaunya memandang sekeliling. Ya, ternyata lengang. Tiada seorang manusia mahupun seekor kucing yang kelihatan. Yang terpacak di luar hanyalah pohon-pohon epal, tiang lampu dan juga Beryl.

"Baiklah, 30 minit daripada sekarang."

Ujar Graig sambil tersenyum sinis.

"Tak ada masalah. Sekurang-kurangnya aku boleh berehat daripada menghadap kau."

Paip rokoknya yang melengkung dikeluarkan dan diletakkan di tepi bibir lantas dinyalakan dengan pemetik api. Lebih baiklah berdiri diluar ni daripada menghadap kebodohan dan kekarutan siluman.

Graig menjongketkan keningnya. Matanya melirik pada sesuatu. Sesuatu pada tubuh Beryl.

Ya, sesuatu pada Beryl.... pada pinggangnya  Ya, tali pinggang. Ia tidak dikuncikan. Langsung tak senonoh. Manusia ni cuai.

"Aku ambik ii, manusia."

Sepantas kilat Graig menarik keluar tali pinggang Beryl. Biji mata Beryl terbuntang luas. Terus pintu barnya itu ditutup daripada dalam!

Sylvan juga terkedu. Pantas pergerakkan Graig.

"SILUMAN!!!!"

Beryl menjerit sekuat hati. Paip rokok digigit kuat. Celaka kau siluman! Tombol pintu digenggam dan dipulas dengan kasar oleh Beryl. Ia dikunci daripada dalam!?

"HOI! BUKALAH!"

Bergerak-gerak paip rokok pada tepi bibirnya apabila lelaki berambut merah itu menjerit-jerit. Sebelah kaki Beryl diletakkan pada pintu. Cuba membuka pintu dengan menghentak tapak kasutya pada pintu sambil memulas tombol pintu dengan kasar.

JELMAAN LELANDRAWhere stories live. Discover now