06 💚 BERCAKAP DENGAN MATA

1.3K 138 64
                                    

"Aku tak ada bela seekor nebelung. Gila. Baka yang jarang ditemui. Mana mungkin aku boleh dapatkan makhluk berkabus itu."

Beryl mencebik. Masih bengang kerana kepalanya ditekan dengan kuku panjang bunian itu.

"Kau melampau Beryl. Aku tahu kau suka angkat bakul. Tetapi kali ini kau betul-betul sombong. Kau menyembunyikannya."

Sylvan merenung tajam pada wajah Beryl. Masih sakit hati apabila Beryl melepaskan batuk pada wajahnya. Ingat dia nak percaya pada Beryl?

Tak nak percaya pergi mampus. Pemuda berambut merah itu memutarkan bola matanya.

Pergi mampus? Macam mana nak mampus? Sedangkan kebenaran sudah jelas di depan mata. Hati Sylvan merungut. Bunian berambut putih itu menjeling Beryl. Dia faham maksud gerak-geri mata manusia belagak itu.

Depan mata mana? Yang ada depan mata aku bunian bodoh. Beryl menghembuskan keluhan. Bukan dia tak tahu maksud jelingan mata Sylvan. Melalui jelingan mata sahaja Beryl tahu apa yang berada di dalam kepala otak bodoh bunian itu.

Sylvan membalas dengan merenung tajam pada mata Beryl. Bunian bodoh? Baiklah. Aku tunjukkan bukti. Kita lihat siapa lebih bodoh dan bangang.

Beryl memejamkan matanya. Akur.
Apa-apa sahajalah.

Bunian bodoh dan manusia belagak itu hanya bercakap dengan melalui pandangan mata. Masing-masing bengang dengan sikap masing-masing. Jadi, malas nak bertekak panjang. Buat haus tekak sahaja.

Bertengkar dengan pandangan matapun boleh.

Namun, hanya sahabat akrab sahaja mampu bertutur dengan pandangan mata. Kan?

💓

"Ini diaaaaa!!!!"

Sylvan menghulurkan pada Beryl haiwan itu. Kucing berbulu lebat bewarna kelabu asap. Dari tadi kucing itu lena tidur di atas katil Beryl.

"Seekor Nebelung! Biar betul?!"

Beryl teruja. Baka yang sangat jarang ditemui!

Kucing itu pula mendiamkan diri sambil merenung wajah Beryl. Langsung tidak peduli akan Sylvan yang sedang memegang pada bahagian ketiaknya.

Nebelung merupakan baka kucing yang jarang ditemui. Majoriti bermata hijau. Bentuk mukanya pula runcing.Bertubuh panjang. Berbulu kelabu asap. Kerana itu juga dirinya digelar makhluk berkabus.

Sylvan terpinga-pinga melihat reaksi Beryl. Maknanya? Nebelung ini bukan dia punya?

"Baru sekarang nak percaya?"

Beryl mengambil perlahan kucing itu daripada tangan Sylvan.

"Kalau bukan kau punya? Siapa punya?"

Sylvan terpinga-pinga.

"Aku rasa dia sesat."

Beryl membelek rantai riben merah jambu pada leher kucing itu. Tiada nama? Tapi yang pasti ini hak orang.

"Kucing ini nampak tua? Tak akan sesat tak kenal jalan. Banyak-banyak kediaman, masuk kediaman kau pula. Tak masuk akal. Apa yang kau ada?"

Sylvan mengemukakan spekulasinya.

"Salah ke kalau dia masuk ke bilik aku? Bukan kucing jantan semakin berusia semakin suka merayau ke?"

Ujar Beryl pula. Kucing itu masih diam di dalam lengan Beryl. Kelihatan selesa.

"Hmmm, jantan ke tu? Tapi kenapa pakai riben warna merah jambu?"

Sylvan berkerut.

"Tak apa. Mari kita lihat."

JELMAAN LELANDRAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum