#ML14

149 10 0
                                    

Ji hyo masuk ke tandas dan tiba tiba dia terdengar seseorang bercakap dalam telefon.Dia berhenti dan mendengar senyap senyap apa yang dibualkan.

"Kau fikir aku suka sangat ke dekat mamat tu?Tak ingin aku dengan dia sebenarnya.Aku cuma nak duit dia je"Jawab perempuan itu.
"Nak kesian buat apa?!Tu la asal bodoh sangat pergi percaya aku suka dia.Rupanya nak tipu orang kaya ni senang je kan?"Mun ji ketawa jahat.

Ji hyo membulatkan matanya kerana terkejut.Dia menghendap sedikit untuk melihat siapa orang yang bercakap.Dia dapat merasakan itu mun ji tapi dia perlu lihat dahulu.Ternyata memang mun ki la yang berkata tadi.

'Tak sangka mun ji sanggup buat macam ni.Selama ni dia bukan suka joong ki tapi.terpaksa sebab joong ki anak tan sri?Betul la gosip orang selama ini yang dia ni pisau cukur?Kenapa la aku tak perasan rancangan jahat dia selama ini?'Ji hyo berkata dalam hati.Dia ingin keluar dan menyelamatkan joong ki daripada perempuan jahat ini.Malangnya kaki dia tersepak tong sampah ketika dia pusing ke belakang.
'Ouhh Man!!Asal kaki aku malang sangat hari ni.Asyik buat masalah je..'Rungut ji hyo dalam hati.

"Ok la beb..Aku telefon nanti.Aku rasa ada orang dengar apa aku cakap"Mun ji terus matikan telefon dan segera pergi ke arah bunyi itu.Dia terkejut apabila ji hyo yang berada di dalam tandas itu.Lepas tu mun ji buat muka sakit hati.Bengang..!!

"Kau dengar kan apa yang aku cakap tadi?!"Mun ji terus bertanya marah.
"Ann..anyeeoo.."Tipu ji hyo.Mun ji terus menarik ji hyo dengan kasar untuk pergi ke tempat solekan.Dia menolak ji hyo dengab kuat ke dinding.
"Kau tak payah nak bohongla!Kau fikir aku bodoh?!"Mun ji menaikkan lagi suaranya.Mun ji memandang ji hyo.Dia dah tahu jawapannya.
"Bagus la kalau kau dah tahu.Senang sikit kerja aku lepas ni.Tak payah nak sorok dari kau lagi."Mun ji mengendurkan sedikit suaranya.
"Kenapa kau sanggup buat joong ki macam ni?Tahu tak dia sepenuh hati cintakan kau?"
"Huhh.. kau fikir aku layan..Memang tak lah..Dia tu bukan jenis lelaki apa aku nak..Dah la bodoh ada hati nak dekat aku..Dia tepuk sebelah tangan je.Tak de lah susah mana nak tipu orang kaya..Sama je bodohnya.."

Pang..
Ji hyo menampar pipi mun ji.Dia sakit hati dengan apa yang diucapkan oleh mun ji.
"Sanggup kau kan?Demi duit sanggup permainkan perasaan orang.Ouhh..aku tahu kenapa dia bukan jenis apa yang kau nak.Sebab dia baik dan tak layak untuk kau, kau sebenarnya nak lelaki yang sama perangai macam kau kan?Aku takkan biarkan kau menang.Aku akan bagi tahu dia."Ji hyo berkata.Pedas!!Ji hyo ingin pergi tapi ditarik mun ji kasar.Ji hyo tersandar balik pada dinding.Leher ji hyo dicekik kuat oleh mun ji membuatkan ji hyo sukar bernafas.
"Berani la kau nak bagi tahu dia..Kalau kau bagi tahu dia kau mampos!"Mun ji menguatkan lagi cengkamannya di leher ji hyo.Marahnya membuak.Ji hyo cuba untuk melepaskan tangan mun ji yang mencengkam lehernya tapi tak berhasil.Nafasnya semakin pendek..Sukar untuk dia bernafas lagi..

Mun ji melepaskan cengkamannya di leher ji hyo.Ji hyo terduduk dan terbatuk batuk.Mukanya tadi yang merah semakin hilang.
"Ingat,Kalau kau berani buka mulut,kau takkan lepas."Mun ji terus berlalu.Sempat lagi dia membetulkan rambut dan bajunya di hadapan cermin...Ji hyo tak tahu nak buat apa.Kalau dia bagi tahu joong ki perkara sebenar,nyawa dia melayang.Tapi kalau dia tak beri tahu joong ki,joong ki akan ditipu.Ji hyo menangis teresak esak.Dia bingung.

Bersambungg..


Miracle LoveWhere stories live. Discover now