Part 49

13.6K 404 10
                                    

Ammar menarik langsir. Dia menghampiri isterinya itu diikuti dengan seorang wanita. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Ainul.

Mata Ainul membulat. Dia lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu. Ainul mencium tangan wanita itu dengan penuh kasih.

Wanita itu tersenyum seraya menyoal..

"Menantu mama sihat? Mana cucu mama, mama nak tengok"

Ainul tersenyum. Memang sah selama ini dia sudah tersalah faham. Rupanya wanita yang Ammar peluk ialah Puan Rose, iaitu Mama Ammar!
Puan Rose masih lagi kelihatan cantik dan awet muda. Padanlah dia boleh tersalah faham! Dia sudah berkira bahawa Puan Rose itu adalah bakal madunya!

'Abang, maafkanlah isterimu!' Rintih Ainul dalam hati.

Jururawat membawa sepasang bayi kembar ke dalam ruangan itu.

"Comelnya cucu Nenek!" Ucap Puan Rose sambil mengucup pipi bayi lelaki kembar itu.

Seketika kemudian, Puan Safura datang bersama keluarganya yang lain berserta Ziyad.

Puan Safura terkesima tatkala melihat wajah Puan Rose, begitu juga Puan Rose.

Puan Rose menghampiri Puan Safura lantas memeluk tubuh wanita itu.

"Kak.. Maafkan saya. Saya.... berdosa pada akak...." ucap Puan Rose.

Puan Safura hanya membisu. Namun, jauh di sudut hatinya, dia sudah memaafkan wanita itu. Barang yang lepas, usah dikenang.

"Takpelah Ros. Akak dah lama maafkan Ros" ujar Puan Safura sambil menepuk nepuk belakang Puan Rose yang teresak.

Ainul dan Ammar sekadar menyaksikan ibu masing masing. Ammar mengusap usap rambut Ainul. Ainul memegang erat tangan Ammar lalu dikucupnya.

"Akak. Tengoklah tu cucu cucu kita. Comel kan?" Ujar Puan Rose.

Puan Safura mengangguk laju dan menghampiri cucunya itu. Diciumnya dengan penuh kasih.

"Ain, hang sihat?" Soal Ziyad yang memecahkan kesunyian.

"Boleh tahan" jawab Ainul bersahaja.

"Kembar noh anak hang. Boleh bagi aku satu" seloroh Ziyad.

Ammar berdehem.

"Amboi, suka hati kau je. Penat penat aku buat baby tu ngan Ain, senang senang je kau nak ambik" ujar Ammar.

Ainul mencubit manja peha Ammar. Ammar mengaduh. Ziyad ketawa. Ainul dan Ammar juga turut ketawa.

"Ni nak bagi nama apa anak anak ni?" Soal Ziyad.

Ainul memandang Ammar. Ammar mengangkat bahu.

"Its up to you sayang" ucap Ammar.

*******

"Abang" panggil Ainul.

Kerja Ammar terhenti seketika tatkala terdengar panggilan isterinya.

"Ya sayang. Ada apa?" Soal Ammar.

Ainul meraih tangan Ammar. Dikucup sayu kedua dua tangan suaminya itu. Ainul tidak mampu bersuara. Hanya air mata yang mengalir.

Ammar panik melihat Ainul yang menangis. Dia lantas duduk di samping isterinya dan memegang bahu Ainul.

"Sayang? Kenapa ni? Kenapa nangis? Tell me, siapa yang buat sayang sedih?" Soal Ammar.

Ainul masih membisu.

"Abang ke yang buat sayang sedih? Abang mintak maaf sayang. Abang minta maaf" ujar Ammar.

Ainul menggeleng laju.

"Abang taksalah. Abang tak pernah buat salah pada Ain. Ain yang selalu buat abang susah. Ain tak pernah percayakan abang. Ain ragukan kesetiaan abang. Ain berdos......" belum sempat Ainul menghabiskan ayatnya, jari telunjuk Ammar sudah berada di bibir Ainul.

"Syyyyy sayang, dont say like that" Ammar menenangkan isterinya itu. Dia lantas memeluk erat tubuh Ainul.

"Abang maafkan sayang. Kita kena saling mempercayai. Okay? Ingat pesanan arwah Dee?" Soal Ammar. Ainul mengangguk laju.

"Walau apa yang berlaku, Ain tetap percayakan abang. Ain janji"

Mereka berpelukan. Namun, tangisan salah satu bayi mereka itu meleraikan pelukan mereka berdua.

"Alolo kenapa anak abi nangisy ni. Tu tengok abang Syafiq senyap je tidur" Ammar memujuk bayinya itu. Pelat bunyinya!

Ameer Syafiq dan Ameer Wafiq nama diberi. Yang membezakan mereka adalah tahi lalat yang berada di atas kening kiri Syafiq.

"Kembung perut kot bang? Alah kesyian anak umi kembung perut ya? Meh syini umi sapu minyak meh" ujar Ainul yang turut pelat apabila berbicara dengan bayi.

Ainul menyapu lembut minyak di perut Wafiq. Ammar pula tiba tiba menyelak bajunya ke atas.

Ainul memandang pelik.

"Abi pun kembung perut juga. Umiiiii, tolong sapu minyak kat perut abi" Ammar merengek.

Ainul ketawa seraya menampar lembut bahu Ammar.

"Ish mengadalah abang ni!"

Pecah tawa mereka berdua. Bahagia dapat dirasakan oleh mereka berdua saat itu.

Ya ya I know hambar 😂😂😂 tapi berusaha jugak nak tamatkan cerita ni. Comment apa yg patut okay? Kalau sudi vote and followlah saya dan follow crita ni smpai habis ye, hehe. Thanks

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now