Part 1

25.7K 811 18
                                    

#TULISAN ITALIC MERUPAKAN FLASHBACK. HIHIHI :)

"Ish, susah betul nak dapat job sekarang ni kan ibu. Jenuh Ain cari, tak jugak dapat dapat" keluh Ain.

"Alah Ain, sabarlah sikit. Usaha tu kena lipat gandakan. Jangan tau merungut aje" balas Puan Safura.

'Adehh menyesal mengadu kat ibu. Last last bebelan yang aku dapat'

"Hm, Iyolahh ibu oi" kata Ain.

"Haa, jom teman ibu pergi pasar kejap" ajak Puan Safura.

"Aduh ibu Ain malas lah. Ibu ajaklah Awiy pergi. Eh?"

"Awiy sibuk dengan kerja dia tu. Teman ibu kejap aje" pujuk Puan Safura.

"Orite orite, baiklah ibu. Haa ate, mohle kite" balas Ain dengan loghat perak.

Di pasaraya, Ain membuntuti ibunya. Seakan akan bosan dengan ibunya yang cerewet memilih barangan dia meminta diri untuk berjalan jalan.

"Nanti ibu tunggu Ain kat kaunter tau. Ain nak cari barang Ain kejap"

Di bahagian atas pasaraya tersebut keadaannya sangat sesak. Orang ramai berasak asak untuk masuk ke sana.

"Ish, time time macam ni lah ramai pulak orang. Tadi lengang je aku rasa" Ain mengomel sendirian.

Sedang asyik Ain berasak asak, dia terpijak kaki salah seorang pengunjung di situ.

Pijakkannya itu agak kuat, membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Aduhh!! Eh kau apahal, sabar boleh tak? Kau ingat kau sorang ke yang nak masuk!" Jerkah lelaki itu.

Ain terpana saat melihat wajah lelaki itu

Ain kenal benar dengan wajah itu.

Wajah lelaki itu yang berkerut menahan kemarahan juga sedikit mengendur lalu menanggalkan rayban yang dipakai. Keningnya dijongket.

Ain tidak mahu berlama di situ. Dia segera melangkah pergi setelah meminta maaf.

'Ammar Rizal. Mengapa mesti aku bertemu dengan kau' rintih Ain.

Lelaki itu memandang susuk tubuh yang semakin menghilang itu

'Berani kau muncul depan aku ya' Ammar berkata kata dalam hati.

Ammar lalu tersenyum sinis dan tunduk mengesat ngesat kasutnya yang dipijak Ain. Lalu bangkit dan membetulkan jaketnya. Dia memakai semula rayban miliknya itu.

Ain mempercepatkan langkahnya menuju ke kaunter.

Mujur ibunya juga sudah selesai membayar.

Ain segera memaut lengan ibunya untuk pulang segera.

Ain mengelamun semasa pemanduannya itu ditegur keras oleh Puan Safura.

"Ain, kamu ni kalau nak memandu tu fokus lah sikit. Nanti kalau accident sape yang susah." Bebel puan Safura

"Yelah yelah. Ain fokus ni ibu, okay? Ibu?" Ain membalas.

Puan Safura menggeleng geleng melihat tingkah anak keduanya itu.

Pintu bilik dikuak. Ammar masuk lalu menutup pintu. Jari jemarinya diletupkan dan tali lehernya dilonggarkan.

Ammar terus merebahkan diri di katil empuk miliknya lalu menghidupkan penghawa dingin.

Matanya dipejamkan. Dia mahu mengosongkan mindanya. Namun, wajah gadis yang dibencinya itu bermain di fikiran.

Ammar membuka matanya.

"Ainul Mardhiah."

Ammar membutirkan nama gadis itu.
Terimbas kembali peristiwa yang membuatkan dia membenci gadis itu.

"Mama, jangan tinggalkan Ammar. Ammar sayangkan Mama" Ammar merayu mamanya agar tidak pergi meninggalkannya.

"mama kena pergi sayang. Papa dah halau mama. Jadi mama kena keluar dari rumah ni"

Air mata Ammar Rizal jatuh. Bukan dia tidak tahu. Mamanya dihalau keluar oleh papanya kerana dia menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelakon lelaki yang terkenal.

'Aku benci lelaki itu. Aku benci seluruh keturunan dia! Aku benci!' Bentak hati Ammar yang masih berusia dua belas tahun itu.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KEMBOJA.

Ammar Rizal kelihatan tenang menelaah pelajaran di kerusi batu sendirian. Sedang leka menelaah, Ammar terpandang seorang gadis yang sedang berjalan melintasinya.

'Lawanya dia' bisik hati kecil Ammar.

Ammar kembali menelaah pelajarannya setelah itu. Dia perlu bersiap siap untuk menghadapi ujian akhir tahun tingkatan satu pada esok hari.

Ammar memendam rasa suka kepada gadis itu sehinggalah umurnya menginjak tujuh belas tahun. Namun Ammar tetap dengan keegoannya. Melayan gadis itu nak taknak. Namun, dalam hatinya wujud satu perasaan suka yang membuak buak.

Gadis itu tidak pernah ditegurnya, apatah lagi melemparkan senyuman.
Tatkala mata bertentangan pula, dijelingnya gadis itu. Aduh, tinggi sungguh ego Ammar!

Pada suatu hari, ketika mereka berdua berjalan berselisih, bahu mereka berlanggar. Buku buku yang dibawa oleh gadis itu berteraburan di lantai.

"Sorry" sepatah kata terkeluar dari mulut gadis itu

"Itsokayy, lain kali jalan pakai mata" balas Ammar sambil menunduk membantu gadis tersebut.

Setelah selesai mereka berdua bangun lantas gadis itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Ammar menguntumkan senyuman setelah gadis itu berlalu.

Matanya tertancap pada sebuah buku yang dibalut kemas berada di dalam longkang yang tidak berair.

Dicapainya buku itu lalu dibuka.

'Ohh. Diari dia!' Ammar menduga.

Dibawanya diari itu ke rumah untuk dibaca. Ammar sekali lagi menguntumkan senyuman.

Ammar membuka diari itu.

Dia membaca setiap butiran ayat yang ditulis gadis itu.

Ammar terkejut. Semua yang tertulis di dalam diari itu mengisahkan tentang dirinya!

Bererti. Gadis itu juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya!
Hati Ammar berbunga bunga.

'Aku tidak bertepuk sebelah tangan!' Sorak Ammar dalam hati.

Ammar menyelak ke halaman seterusnya.

Terdapat sekeping gambar. Matanya tertancap ke arah lelaki yang amat dikenalinya.

Ya Nordin Ahmad! Pelakon lelaki terkenal. Lelaki yang juga telah meragut kebahagiaan keluarganya. Dilihat pula gadis yang lelaki itu peluk. Dia ialah gadis yang disukainya selama ini!

Diari itu ditutupnya kasar.

'Kalau lelaki aku dah benci, seluruh keturunannya juga aku benci!' Bentak hati Ammar.

Ternyata Salah MencintaimuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon