• 2 •

5.1K 358 16
                                    

Jungkook: Peluk saya juga

Hati kau bagaikan ingin meletup apabila dia berkata ayat tu. Dia pegang kedua belah tangan kau dan tarik kau supaya dekat dengan dia.

Mata Jungkook kembali merenung kau setelah dia lilitkan tangan kau di sekitar belakang pinggangnya.

Hati kau berdegup dengan kuat apabila dia lilitkan tangannya di sekeliling badan kecil kau dan memeluk kau. Dia bersandar ke hadapan dan letakkan kepalanya atas bahu kau dengan mukanya berada di leher kau.

Pernafasannya membuatkan kau geli. Kepala kau bersandar di dadanya dimana kau boleh rasa peluh panas dan kepanasan badan terhadap pipi kau.

Perasaan kau tiba-tiba bercampur. Apabila dia berdiri di hadapan kau, kau takut apa yang dia akan lakukan.

Tapi sekarang dia peluk kau dalam dakapannya.. kau berasakannya selamat.
Macam dia lindungi kau dari apa-apa ancaman bahaya. Kau perlahan-lahan menutup mata dan mendengar degupan jantung Jungkook.

Kau terdengar suara yang tergelak kecil. Kau membuka kembali mata kerana gelak kecil itu datang dari dia.

Jungkook: So.. macam ni nervous awak bila saya dekat dengan awak.

Ayatnya mengejek kau. Kau menolak dia dan dia tersadung jauh dari kau.

Kau: Jungkook! Kenapa awa---

Jungkook: Awak suka saya?

Kau terkejut dengan soalannya. Dia bersandar ke hadapan untuk selaraskan mata kau dan dia. Apabila kau tidak berkata apa-apa.. bucu bibirnya tersenyum sedikit.

Jungkook: Saya rasa ye.

Kau patut tumbuk dia tetapi kau tidak melakukannya. Melainkan, kau memandang ke tempat lain dan bongkok ke bawah untuk mengambil pek botol air.

Jungkook: Meh saya tolong

Tangannya berada di atas tangan kau tetapi kau mengelak sendiri. Kau tak melihat dia mahupun bercakap. Kau abaikan Jungkook dan keluar dari bilik itu.

🌸🌸

Selepas apa yang telah berlaku, kau mengelak dan abaikan Jungkook seperti Jungkook tidak wujud.

1 minggu berlalu.
Kau tahu yang Jungkook tahu kau mengelak dan abaikan Jungkook, dan itu membuatkan kau lebih senang. Sebab abaian kau terhadapnya nampaknya menggembirakan dia.

2 minggu berlalu.
Peraturan pertama kau dalam fikiran selalu tak lupa.
Itulah satunya cara kau tahu yang Jungkook takkan menyelinap di belakang kau dan buat apa-apa mengerikan seperti apa yang dia buat dulu.

Masih... dia kadang kala mencuba untuk bercakap dengan kau atau kadang kala dia berpura-pura kebetulan terserempak dengan kau hanya untuk tarik perhatian kau.

3 minggu berlalu..
Dan selepas itu sebulan.
Akhirnya abaikan dia macam ini.. sebenarnya membuatkan kau berasa lebih lega.

🌸🌸

Kau membawa kotak besar yang penuh dengan makanan ringan ke dalam sebuah bilik kecil.

[C] Silent Tease [ MALAY VERSION ] • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now