1

9.7K 963 31
                                    

Puan Han mengeluh melihat kertas di hadapannya. Lalu dialihkan pandangannya kepada anak perempuannya, Han Yumi. Yumi sedang duduk melutut di hadapannya sambil kepalanya tertunduk. "Tahu pulak kamu rasa bersalah."

Yumi menutup mulutnya dan mengangguk. Puan Han mengeluh dan meletakkan kertas slip peperiksaannya di meja tehnya. "Eomma dah tak tahu nak kata apa dengan kawan-kawan eomma. Mesti mereka akan tanya memandangkan kebanyakan anak-anak mereka sama umur dengan kamu, dahtu satu sekolah pulak."

Puan Han berdiri dan berjalan menuju ke bilik tidurnya. "Nampaknya upah tutor pun tak guna. Eomma akan cuba cari jalan untuk kamu, ya?" Dia berkata lalu berjalan memasuki biliknya.

Mata Yumi mengekori langkah eommanya sehingga pintu ditutup. "Aku pun tak tahu kenapa boleh teruk sangat markah periksa ni." Yumi mencapai kertas slipnya itu dan merenung ke arah kertas itu dengan harapan gred D tu boleh berubah jadi A.

Tiba-tiba Yumi tergelak dan telefonnya pula berdering. Terhenti gelaknya dan matanya langsung melihat ke arah skrin.

From: Jin Sunbae

Hoi, latihan hoki petang ni nak mula dah! Kau kat mana?

Yumi menutup matanya dan mengeluh. "Lupa pulak petang ni ada latihan!" Lantas Yumi berlari ke atas, lalu menukar bajunya kepada jersi hoki.

"Eomma!" Yumi menjerit dari luar bilik. "Yumi pergi latihan hoki dulu!" Dengan itu, Yumi segera meninggalkan perkarangan rumahnya dan berlari untuk mendapatkan teksi.

Puan Han hanya memerhatikan anaknya dari pintu rumah. "Budak ni, tahu main je kerjanya. Tengoklah, eomma dah tahu apa yang perlu dibuat, biar kamu ni jadi cerdik sikit."

"Saya minta maaf sebab lambat, cikgu Jeon!" Yumi memberikan tunduk hormat beberapa kali sebagai tanda maafnya. Cikgu Jeon pula, sedang sibuk meneliti senarai nama pemain-pemain yang akan mewakili BigHit High ke kejohanan hoki bulan hadapan.

Cikgu Jeon menjeling. "Pergi ikut latihan dan jangan ganggu saya sekarang." Dingin suaranya memberitahu. Dengan tersipu-sipu, Yumi berjalan menuju ke arah pemain-pemain yang sedang melakukan pemanasan badan.

Mesti aku kena hukum. Tak kena sekarang, nanti mesti kena. Yumi berfikir, namun masih meneruskan latihannya dengan bersungguh-sungguh untuk kejohanan yang akan datang.

Sedang asyik para pemain menjalani latihan, wisel yang ditiup oleh Cikgu Jeon menandakan waktu latihan sudah tamat. Yumi melihat ke arah jam tangannya, menunjukkan jam pukul 7:45 petang. Perlahan-lahan, Yumi dan rakan-rakannya berjalan ke arah Cikgu Jeon yang sedang berdiri di hadapan mereka.

"Baiklah, saya akan umumkan senarai nama pemain yang akan menyertai kejohanan bulan hadapan." Satu-persatu nama diumumkan oleh Cikgu Jeon namun nama Yumi masih lagi belum didengari.

"Jadi, masih ada satu lagi slot kosong untuk diisi dalam pasukan perempuan. Yoona dan Bora, saya akan perhatikan prestasi kamu. Jadi, tolonglah berusaha." Ayatnya seperti merayu, tapi ton suaranya masih lagi dingin.

Dengan itu, semua pemain bersurai dan pulang ke rumah. Yumi, masih lagi terpinga-pinga kerana namanya tidak dipanggil sama sekali. Tentang slot yang kosong pun tak. "Sunbae," Yumi memanggil Jin yang turut sedang mengemas barangnya.

"Apa?" Tanya Jin sambil berjalan ke arahnya. "Kenapa nama saya tak ada dalam senarai? Cikgu Jeon pun tak panggil saya untuk slot yang kosong tu."

"Manalah Sunbae tahu." Jin berkata dengan malas. "Kalau nak tahu, jom jumpa cikgu Jeon. Budak ni, bukan nak tanya sendiri." Kata Jin sambil mencubit pipi Yumi lalu Yumi mengerang.

"Cikgu, saya nak tanya boleh tak?" Jin bertanya bagi pihak Yumi. "Kenapa Yumi tidak tersenarai dalam pasukan hoki kita?"

Cikgu Jeon melihat ke arah mereka berdua, sebelum memasukkan barang-barangnya ke dalam bonet kereta. "Sebenarnya, cikgu tak nak kamu, Han Yumi."

Mata Jin dan Yumi terbeliak, terutama sekali Yumi. "Kenapa pulak?" Yumi bertanya kerana tidak berpuas hati. "Boleh awak tinggalkan kami berdua?" Cikgu Jeon bertanya kepada Jin. Dengan segera, Jin beredar dari situ dan menunggu Yumi di pagar sekolah.

Cikgu Jeon bersandar di bonet keretanya dan melihat kosong ke arah Yumi. Nampak sangat yang Yumi tidak berpuas hati dengan keputusannya. "Nak tahu kenapa?" Yumi laju mengangguk.

Dah tu kenapa aku nak tanya pulak tadi? Bengong pun ada jugak cikgu Jeon nilah. Kutuk Yumi.

Cikgu Jeon mengeluarkan jari telunjuknya. "Pertama sekali, awak sering lambat ke latihan."

Jari kedua dikeluarkan menunjukkan tanda 'peace'. "Kedua, awak cepat penat, tak ada stamina."

Jari ketiga pula ditunjukkan. "Ketiga, awak gagal dalam ujian Sains saya! Oleh itu saya larang awak ikut kejohanan ni."

Ternganga Yumi mendengar tiga alasan Cikgu Jeon itu. "Tapi cikgu ...." Dengan segera Cikgu Jeon berlalu memasuki keretanya dan meluncur keluar dari perkarangan sekolah meninggalkan Yumi keseorangan.

Yumi mengeluh.

"Jadi inilah yang orang kata sudah jatuh lagi ditimpa tangga."

♡♡♡

Do vote + Add to your rl + comment .

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookWhere stories live. Discover now