BAB 14- UGUT

Mulai dari awal
                                    

"Morning papa!!"tegur Aiman melabuhkan punggung di kerusi sebelah Saiful.

Saiful sedang enak menjamah nasi goreng cina yang dimasak isterinya tadi. Saiful menoleh dan agak pelik melihat penampilan anaknya itu yang tidak nampak seperti mahu ke pejabat pagi ini.

"Hm..Aiman tak masuk ofis ke nanti ni? Baju tu macam bukan nak masuk ofis je."

Aiman tersengih memandang Saiful.

"Err..kena ke masuk ofis tu? Kalau Aiman ambik cuti hari ni boleh tak pa?"soal Aiman sengaja menayang muka tidak sihat mahu membuat papa mengizinnya bercuti hari ini. Dia bercadang mahu ke sesuatu tempat pagi ini.

"Hah hah!! Tak payah nak menggatai ya Aiman Zafril!! Masuk ofis satgi ni. Kamu ikut papa satgi,pegi sekali."balas Saiful memberi kata putus.

Aiman ketawa dan mengangguk akan kepalanya. Akur dengan arahan papa. Dia boleh sahaja pergi ke pejabat dengan penampilannya sekarang. Tak semestinya asyik nak berkot hitam dengan tali leher je.

Usai sarapan pagi, Saiful dan Aiman berjalan keluar dari rumah menuju ke arah kereta masing masing. Akim awal awal lagi sudah berangkat ke pejabat kerana dia jarang sekali bersarapan di rumah. Akim lebih mementingkan kerja kerjanya di pejabat kerana klien semakin ramai dan membuatkan dia sibuk menguruskan kewangan syarikat.

"Pa, Aiman naik keta sendiri lah. Aiman ikut papa kat belakang. Hah! Aiman masuk ofis sekejap je kut pa sebab Aiman ada hal sikit kat luar. Ok?"ujar Aiman berdiri di muka pintu keretanya.

"Tak pegi ofis lagi dah inform papa nak keluar. Ish kamu ni Aiman! Yela.."rengek Saiful menjeling lalu masuk ke dalam kereta.

Aiman ketawa kecil mendengar rajuk papanya tadi. Benda tak boleh nak tangguh dah, dia harus menjalankan rancangannya hari ini juga. Aiman masuk ke dalam kereta tempat pemandu dengan senyuman nakal.

*****

Maya siap sudah mahu bertolak ke tempat kerjanya pagi itu. Maya menyalam tangan ibu dan abah lalu melangkah keluar dari rumah menuju ke arah keretanya. Kotak baldu merah kepunyaan Aiman sudah dimasukkan ke dalam beg tangannya untuk dipulangkan kepada tuannya.

Azrul senyum berdiri di sebelah Nora yang memerhati Maya di muka pintu. Azrul sudah pun mengetahui cerita tentang adiknya dipinang seseorang semalam.

"Ibu.. dah nak kahwin dah Maya tu nanti. Azrul ni bila lah lagi ni ya? Rasanya Maya dulu kut , Azrul kahwin kemudian."usik Azrul sengaja buat ayat sedih.

Nora menoleh memandang Azrul.

"Tak de, tak de!! Sebelum diorang tu nikah, ibu nikahkan kamu tu dulu Azrul. Tula..bila nak bawak calon isteri datang rumah?"soal ibu agak geram dengan Azrul yang tidak pernah menceritakan tentang mana mana gadis.

Entah anaknya itu ada buah hati ataupun tidak. Dia pun tidak tahu. Azrul hanya senyum kecil memandang ibunya.

*****

Maya sudahpun berada di hospital dan siap menyarungkan kot putih doktor di badannya. Dia menuju ke arah kaunter. Lubang hidung Maya belum lagi kelihatan di sini mungkin belum sampai lagi. Kebiasaanya Husna pasti sudah terpacak di hospital tetapi tidak hari ini.

"Mira, hari ni saya nak ambil tugas rawatan ringan jela boleh? Full tak hari ni?"soal Maya senyum.

Mira menoleh. Dia membelek jadual tugas hari ini.

"Hah, boleh doktor. Lagipun job rawatan ringan tu tak banyak yang nak buat hari ni."balas Mira senyum.

"Ohh. Ok. Thanks Mira."balas Maya turut tersenyum.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang