◆Chapter 2◆

8.1K 252 6
                                    

Lepas aku kena tampar dengan Alieya,terus aku dan dia tidak bertegur.Muka dia,memang lansunglah aku tak pandang.Aku berniat baik nak tolong dia tapi aku pula yang kena.Biarkanlah kakak aku yang seorang tu.Memang perangai dia macam tu,nak buat macam mana.

"Isya,boleh tolong ibu tak?"Ibu duduk disebelah ku lalu membuat muka berharap.Aku haraplah bukan permintaan yang mengarut-ngarut.

"Tolong apa bu?"

"Tolong ibu pergi belikan barang-barang dapur.Barang-barang semua dah habis.Nak tunggu ayah malam lah jawabnya kita makan."Kata ibu panjang lebar.

"Boleh jugak.Sekejap Isya nak pergi siap."Kata ku lalu bangun.Tetapi ibu lagi cepat meraih tanganku dan aku duduk semula.Dari reaksi muka ibu,aku tahu ibu sedih.

"Isya menyesal ke ada kakak macam Alieya?Isya bencikan Alieya?"Tiba-tiba ibu bertanya seperti itu.Aku tak tahu nak cakap apa.Aku sayangkan Alieya,tapi bila dia cari masalah dengan aku and aku rasa menyesal dapat kakak macamtu.Tapi aku tahu tu semua ada hikmah.

"Tak bu.Isya tak pernah bencikan Alieya.Isya sayangkan dia."Jawabku sambil memegang tangan ibuku.Aku kesian dengan wajah orang tua dihadapanku ini.Wajah yang selalu menangis sebab sikap Alieya.

"Ibu harap Isya tak bencikan dia walaupun dia dah buat macam-macam dengan Isya."

"Dia kakak Isya,tak mungkin Isya nak bencikan dia.Tak apalah ibu,Isya nak siap sekejap.Nanti tak masak pulak masakan ibu tu."Kataku sambil tersenyum lalu melangkah naik ke atas bilik ku.

Selepas aku bersiap terus kaki mengatur langkah ke bawah.Lalu aku mencari kelibat ibu didapur.Kesian ibu,dengan usia sebegini dia tetap buat itu ini, sedangkan ibu ibu orang lain yang dekat luar sana masa-masa macam ni tengah berehat.

"Ibu,Isya nak pergi dah ni."

"Nak pergi dah?Sekejap ibu ambilkan senarai barang."

Ibu terus menghulurkan ku senarai barang yang hendak dibeli.Banyaknya!Mak aih,aku dah lah pergi sorang-sorang.

"Isya pergi dulu tau bu.Assalamualaikum."Kataku lalu menyalam tangan ibuku dan melangkah keluar daripada rumah dan terus kereta ku meluncur laju ke supermarket.

Ikan kembung sekilo✔
Sawi✔
Kacang panjang✔
Lobak✔
Ayam✔
Ikan Bilis✔
Bawang✔

Semua dah beli.Dah!Aku pun nak balik.Aku terus melangkah keluar daripada supermarket itu selepas selesai membayar.Kenalah aku angkut sorang-sorang barang ni.Tak ada siapa ke yang nak tolong?

"Isya kan?"Aikk?Baru aku tanya dah ada orang datang menegur?Untung betul aku ni.Eh sekejap!Suara ni macam pernah aku kenal.

Damn!

"Err...awak salah orang ni.Sorry."Aku terus cepat-cepat melangkah apabila aku melihat wajah lelaki itu.Tetapi tanganku ditarik oleh lelaki itu.Nasiblah tak jatuh barang-barang ni.

"No!"

"Awak salah orang lah."

"No!Kau Isya kan?"Aku masih lagi menunduk tidak mahu menunjukkan muka ku.

"Tak.Saya Auffa."

"Yes!You Auffa Aliesya right? "Kata lelaki itu sambil memetik jari apabila meneka nama penuhku.Aku terus memandang lelaki itu sambil tersengih.

"So,alang-alang aku dah jumpa kau ni aku nak minta hutang aku hari tu."Huh!Dah agak mamat ni confirm nak mintak hutang dia hari tu.

"Alaaa!Nanti-nantilah.Saya nak kena balik ni.Nak hantar barang-barang ni,nanti ibu nak masak."

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now