Prolog

96 4 3
                                    



My dad told me something when I was young. Progress can't be achieved without sacrifice. Is merupakan kata-kata yang cukup ganjil untuk diberitahu kepada budak hingusan berumur 13 tahun seperti aku. Namun, aku tidak ambik pusing sangat kerana aku lebih gemar bermain di tepi sungai serta memanjat pokok mangga, seperti kebanyakkan remaja 13 tahun akan buat. Setelah menginjak usia, baru aku lebih mengerti maqasid di sebalik kata kata ayahku itu. Sebelum aku teruskan, lebih baik jika aku perkenalkan diri. 

Nama? Cukuplah kau kenali aku dengan nama Z, obviously bukan nama sebenar. Pekerjaan aku? Tentera Bersekutu Kerajaan Malaysia. Bila masa pula Malaysia ada Tentera Bersekutu? Bukan sekarang, tetapi pada tahun 2020 nanti apabila muncul seorang douchebag bernama Salman Chaud, ekstrimis yang telah meletupkan diri sendiri di hadapan Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agong UMNO sedang berlangsung.Menurut risikan awal, Salman Chaud is actually a member of the Pakistani Soldier who went rouge sebab Malaysia tidak beri apa-apa sokongan semasa ISIS datang takluki Pakistan. Peristiwa ini telah mencetuskan perbalahan di antara Negara Islam sesama sendiri kerana tidak dapat mencapai persefahaman. Mereka ni dari dulu lagi memang tak sebulu, cuma baru sekarang baru nak bertekak bagai nak rak. Lantas, perbalahan tersebut bertukar menjadi peperangan sebenar. 

Negara Islam yang radikal seperti Arab Saudi telah bergabung dengan Negara Islam yang sama radikal dengannya lalu menubuhkan Kesatuan Islam, sebuah pakatan ketenteraan untuk menentang Negara Islam yang konservatif dan ada baur-baur bacang dengan pihak Barat. Siapa lagi kalau bukan Malaysia, negara Satu Malaysia? Negara mula meminta bantuan ketenteraan daripada negara-negara yang baik dengan Malaysia seperti China dan Amerika. Negara jiran seperti Indonesia tidak ingin masuk campur kerana mereka sendiri tidak mahu berperang dengan negara yang penuh dengan Pak-Pak Arab yang suka menumpahkan darah orang tanpa sebab yang munasabah. China, yang telah menjalinkan hubungan diplomatik yang akrab lagi padu dengan Malaysia dari zaman Tun Razak sehingga kini, tidak mahu untuk memberikan sebarang bantuan kerana Malaysia telah ''mengkhianati'' hubungan mereka dengan meminta bantuan Amerika Syarikat. 

Jadi, semenjak itu peperangan demi peperangan telah berlaku di tanah air serta di negara-negara Timur Tengah. Sedikit demi sedikit keamanan dihakis oleh peperangan. Malaysia tidak ubah seperti Syria, cuma perimeter kemusnahannya lebih besar sedikit daripada Syria. Negara memerlukan askar-askar tambahan kerana ramai yang telah terkorban. Aku sahut seruan kerajaan untuk mempertahankan negara sejurus selepas terjadinya Perang Pahang. 

Tentera Kesatuan Islam mendarat di pantai Beserah, Kuantan tanpa dijangka oleh sesiapa. Mereka menyelinap di malam hari dan mara dengan pantas, menjahamkan kampung dan bandar, melumpuhkan setiap infantri yang mempertahankan negara. Mujur serangan mereka dapat dipatahkan pada hari ketiga, apabila misil dron buatan Amerika memusnahkan Jengka, tempat tentera Kesatuan Islam bertahan. Ketika itu, hampir separuh Pahang sudah bertukar menjadi padang jarak padang tekukur. Aku pulang ke tanah air setelah mendapat tahu keluarga aku telah terbunuh dalam peperangan tersebut. Itu merupakan tujuan asal aku memasuki Tentera Bersekutu, untuk menuntut bela ke atas kematian keluargaku.

 Askar-askar baru diberi latihan dan ditempatkan di Kem Tuah, yang terletak jauh di pendalaman Perlis. Kami dilatih selama 8 minggu, dengan pelbagai jenis latihan ketenteraan asas dan khusus. Para wanita yang memasuki tentera akan dilatih menjadi paramedik dan staf sokongan di pangkalan ketenteraan. Aku dianugerahkan pangkat Sarjan dan diberi kepercayaan untuk menyertai kompeni pasukan khas Xilo 11 di Kem Sabak Bernam selepas pengtauliahan. Aku teruja untuk menyertai pasukan ini kerana ianya merupakan kompeni terbaik dalam Tentera Bersekutu. Mereka belum pernah kehilangan ahli kumpulan dan setiap misi yang dilaksanakan belum pernah gagal. Peranan Xilo 11 dalam Tentera Bersekutu adalah sangat penting. Tugas mereka adalah untuk menjalankan misi sukar yang tidak boleh dilakukan oleh tentera biasa. Hari pertama aku di Xilo 11, pasukan aku telah dikerahkan ke Abu Dhabi untuk melakukan "infiltration" dan memintas pakej yang mengandungi maklumat penting tentang Kesatuan Islam. Menurut risikan awal, ianya dilihat sebagai misi yang mudah. Masuk dan keluar dengan cepat. 

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. We were wrong, dead wrong.

 

AgensiWhere stories live. Discover now