10

99 8 2
                                    

-김새라 p.o.v

sebenarnya aku malas mahu ke pejabat hari ini. kalau boleh mahu sahaja duduk di rumah jaga yoongi, tapi itulah appa kata pagi ini ada mesyuarat syarikat.

terpaksalah aku datang memandangkan aku salah seorang orang penting di syarikat ini. appa kata aku boleh kerja separuh hari sebab tiada siapa mahu menjaga yoongi di rumah petang nanti.

toktok.

"masuk" ujarku selepas mendengar ketukan pintu. mata aku masih lagi memandang penyata penyata kewangan syarikat.

"hi saera!" bunga ros yang dibeli oleh jejaka itu diletakkan di atas meja. kini mataku seratus peratus ke arah jejaka itu.

dia mark lee.

"kau nak apa masuk pejabat aku ni? tolong keluar kalau tiada apa yang penting hendak kau katakan"

"aku nak tanya. kenapa keluarga kau tolak pinangan aku?"

jadi betullah yang dia nak kahwin dengan aku? ya tuhan aku bersyukur sangat appa dan omma aku bukan jenis yang seperti dalam drama.

"mark lee. kau dan aku, sudah tiada apa apa hubungan lagi antara kita berdua. jadi jangan kau mahu berangan untuk kahwin dengan aku. hati aku pada kau sudah lama mati."

"kalau aku tidak boleh memilikki kau. yoongi juga tidak boleh memilikki kau. bukan setakat yoongi, sesiapa sahaja tidak boleh!"

tangannya dihentakkan dimejaku. habis bergegar segala kerja penting ini. mahu sahaja aku tampar si mark ini.

"kim saera" ini suara appa.

"appa" terkejut juga aku nampak appa masuk bilik.

"eh mark lee?" muka mark yang bengis itu dimaniskan. dasar talam dua muka.

"uncle. hi" dia berjabat tangan dengan appa. ya tuhan kecil besar kecil besar sahaja aku melihat mark ini. rasa mahu tumbuk tepat pada mukanya.

"saera, pergilah balik. dah setengah hari kamu di office. nanti tiada siapa pula yang mahu jaga di rumah itu. omma sudah keluar mesyuarat" aku tersenyum manis selepas appa membenarkan aku pulang.

yes! akhirnya aku dapat jumpa yoongi dan aku bersyukur kerana aku boleh larikan diri daripada mark lee sekarang ini.

"jaga di rumah? siapa yang sakit di rumah? bukan saera anak tunggal ke uncle?" ujar mark pelik.

"menantu uncle sakit." appa membalas. ya tuhan kalau kau lihat muka mark sekarang pasti kau akan tergelak.

"saera nak balik dah ni. rasanya kita semua boleh keluar dari office saera sebab saera nak kunci" appa terus membawa mark lee keluar sebab aku tahu dia pasti akan mempersoalkan apa yang appa baru sahaja katakan.

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

"saera dah balik" kasut kerjaku ditinggalkan. mata melilau mencari yoongi dirumah. kenapa rasa seperti aku yang mencari rezeki, yoongi yang menjadi suri rumah. kelakarnya.

bau yang sedap menerap masuk ke dalam hidungku. wah siapa yang masak ini? pantas langkahku dibawa ke dapur.

terkejut juga aku melihat yoongi sedang memakai apron dan memasak di dapur. dia nampak seperti seodang lelaki yang .... aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya.

"eh cinta dah balik?" ujarnya saat memusing ke belakang. lebih tepat menghadap aku. tangannya didepakan menandakan dia mahu pelukkan.

langkah kecil ku buka untuk masuk kedalam dakapannya.

"mesti cinta penatkan? cinta pergi bersihkan diri dulu. lepastu cinta turun, kita makan sama sama" kepalaku diusapkan. aku ini terlihat seperti anak kecil yang sedang mendengarkan motivasi seperti seorang ibu.

pantas aku membersihkan diri kerana ingin makan makanan hasil tangan yoongi.

"cinta dah siap!" ujarku selepas mengenakan jog pants dan tshirt biasa.

"meh sini cinta duduk sebelah gummy" kerusi disebelahnya ditarik supaya aku dapat duduk. so gentleman

"wah sedapnya. semua nampak sedap. boleh ke cinta makan sekarang?"

"boleh cinta"

sedang ingin aku menghirup sup yang dibuat yoongi, rambutku mula berjuntai juntai ke bawah. maklumlah baru lepas mandi, aku tidak biasa untuk mengikatnya.

tangan yoongi memegang rambutkuuntuk memudahkan aku hirup sup. act fool act fool act fool. ya tuhan, perkara sekecil ini pun sudah buat perutku penuh dengan rama-rama.

"sedap tak cinta?" tanya yoongi.

aku mengangguk dan mula meratah segala jenis makanan yang ada. ada juga aku suap sedikit kepada yoongi. takkan aku mahu makan sendirian, banyak sangat ini.

❥・•❥・•❥・•❥・•

"cinta, how's your day kat office harini?"

"okey sahaja gummy. tapi..."

"tapi apa cinta??"

takut sebenarnya aku ingin memberitahu yoongi mengenai mark lee. apakah patut atau tidak aku beritahunya?

"gummy , jangan marah tau. tadi mark masuk office cinta. dia pertikaikan kenapa cinta tolak pinangan dia untuk kami berdua kahwin. thanks god sebelum keadaan jadi keruh, appa dah masuk dalam office dulu. gummy tahu tak? appa panggil gummy apa? appa pangil gummy tu menantu~~~~ kembanglah cepat gummy"

panjang lebar aku aku bercerita yoongi hanya tersenyum sahaja mendengar.

"comalnya cinta ni. kalau boleh hari hari nak dengar cinta bercerita" rambutku diselitkan kebelakang telinga.

"cinta, harini gummy balik rumah gummy ye. tak eloklah duduk kat sini lama lama. gummy pun ada rumah sendiri"

"alaaa~~~~" aku mula meradang seperti budak kecil. mulalah aku untuk tarik muka dengan yoongi. duduk sahajalah di rumah ini. bukan ada kami berdua, parents ku juga ada disini.

"cinta... tak eloklah gummy duduk sini lama lama. apa nanti kata jiran jiran cinta." lembut sahaja yoongi memujuk. macam mana aku tidak jatuh hati padanya.

"nanti hari hari bekerja, gummy ambil cinta okey? kita pergi sama sama. you dont need to drive anymore, cause i'm gonna be your driver."
senyum ku mula melebar lepas yoongi berkata seperti itu.

ya tuhan. aku harap sangat dialah yang terbaik untukku.

[C]  RETURN ; min yoongiWhere stories live. Discover now