05

113 7 0
                                    

"kau nak tahu tak yoongi, kenapa aku getback balik dengan mark waktu kami di Canada?" kata saera. pantas aku mengangguk.

siapa sahaja tidak mahu mendengar kisah itu.

"mark merayu, dia kata dia menyesal sebab curang tapi aku masih ragu ragu masa tu yoongi. dia siap berkata 'ouh hero kau mana?' aku jawablah sahaja kau melanjutkan pelajaran di korea." lagi sekali tangisannya pecah. tubuh badannya aku usap dengan lembut.

"kim saera, jangan teruskan ceritanya kalau kau dah tak mampu nak teruskan okey?"

aku membawanya masuk ke keretaku semula. tahulah aku mahu membuatnya gembira kembali.

kereta dipandu keluar dari kawasan parkir sungai han.

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。





"eh yoongi, kau nak bawa aku kemana ni? bukan jalan balik ke rumah aku" tanya saera.

"rileks saera, lets have some fun okey! takkan kau nak balik rumah dengan keadaan sedih. Funfair here we come!" jeritku

"kita nak pergi funfair ke??" mata saera kelihatan gembira kembali. bersinar jnar matanya.

senyumanku diukir kerana melihatnya yang gembira. aku sukakan saera ke?

sesampai sahaja kami di funfair, saera terus menarikku untuk bermakn permainan pertama. macam mana kalau saera bawa aku naik rollercoaster? habislah aku.

"yoongi, hehehe jom naik roller coaster!" ajak saera. sudah ku bilang. mampus aku.

"yoongi cepatlah!" saera menarik narik tanganku .

tempat duduk dihadapan sekalilah dipilih oleh saera. katanya lebih seram kalau duduk depan sekali dan belakang sekali.

jantung aku sudah berdegup dengan laju kerana takut. damn rileks yoongi.

satu... dua... ti...

belum sempat aku nak habiskan kiraan aku, laju betul roller coaster ni bergerak.

ෆ¯ࡇ¯ෆ


turun sahaja aku dan saera dari roller coaster , aku terus muntah muntah. memang mabuk teruk atas roller coaster tadi.

"yoongi, kau okey tak ni? sorry tho weyh, aku tak tahu pun kau gayat tinggi"

"takde pape saera! aku okey je ni. jangan risau. jomlah kita sambung main lagi"

"okey jom!" terus gembira moodnya selepas rasa serba salah kerana membawa aku naik roller coaster.

aku tak tahu kenapa aku rasa gembira sangat sangat bila membawa saera keluar dan membuatnya happy.

"yoongi, aku dah start penat dan mengantuk. jom balik" ajak saera yang sudah terkebil kebil matanya kepenatan.

"jomlah. kau larat lagi tak tu nak jalan? kalau tak, naiklah belakang aku." tubuh badanku direndahkan sedikit supaya saera dapat naik.

"tapi weyh kalau aku berat macam mana?"

"saera aku dah biasa kan angkat kau dari high school lagi"

"hehehe thank you yoongi"

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

keretaku sudah tiba dihadapan rumah saera. agak lewat jugalah kami balik ni. tak lewat  sangat pun sebenarnya.

baru jam 11.00, tidak dikira lewatlah kan? dapat aku lihat lampu ruang tamu rumah saera masih menyala.

"weyh saera, dah sampai rumah kau" aku mengoncang tubuhnya kuat.

"ha? okay okay!" gelabah saera dibuatnya

sebelum dia masuk ke rumahnya, sempat saera berborak sedikit denganku mengenai harini.

ye, dia gembira. gembira sebab aku membawanya keluar. aku pun happy sebab dapat gembirakan saera.

sedikit sebanyak dapat mengubat rasa sakit aku yang baru lepas putus bersama kekasihku.

andai sahaja saera itu teman wanita aku, pasti kami pasangan paling bahagia.


[C]  RETURN ; min yoongiWhere stories live. Discover now