SI KOSONG

2.5K 243 5
                                    

Kau terduduk. Lidah menjadi kelu. Hati kau bagai ditikam.

Dan air mata kau mula merembes keluar.

Saat itu, seluruh tubuh rasa tidak bermaya. Rasa tiada darah mengalir di pembuluh darah. Semuanya Lembik!!

Dan ketika itu juga kau merasakan kosong.

Kosong kerana mereka yang menjaga kau telah pergi.

Dan kau mula bertanya pada diri kau..

"Adakah aku si kosong?"

Kau bangkit dari kekecewaan. Kau cuba mengisi kekosongan itu.

Kemudian kau masih bertanya..

"Adakah aku masih si kosong?"

Perit mencari jawapannya..

Dan ini satu-satunya.

"KEMBALI KEPADA-NYA."

PSIKOМесто, где живут истории. Откройте их для себя