Lima Puluh Satu

3.6K 488 23
                                    

Hyerin.

Bam!

Aku tersentak sebaik sahaja bunyi tersebut kedengaran.

Tu bunyi tembakan bukan?

"Tae..hyung. tu bunyi apa?" Soal aku. Tergagap. Tubuh aku mula menggigil.

"Rin.."

"Unnie!" Aku teriak perlahan. Air mata aku mula menakung di tubir mataku. Aku cuba berlari kearah depan rumah untuk dapatkan Heyoung.

"Rin, sabar." Kata Taehyung sambil menahan aku. Dia memeluk aku dari belakang.

"Sekarang ni, kita kena buat rancangan kita. Selamatkan Hyejin" bisik taehyung pada telinga aku. Aku menangis sepuasmya.

"Unnie je yg paham aku Tae. Kalau dia takde, aku taktahu nak buat apa dalam hidup aku, Tae." Kata aku. Taehyung hanya memeluk aku erat dari belakang.

"Mianhae." Kata Taehyung sepatah.

"J..jom lah kita buat rancangan kita tadi." Kata aku sambil mengesat air mata aku.

"Kau okay? Betul nak teruskan ni?" Soal Taehyung. Aku mengangguk.

"Okay. Jom" kata Taehyung. Dia menarik lengan aku.

"Kau panjat dulu." Kata Taehyung. Aku mengangguk.

Kalau aku kehilangan Heyoung, aku takkan kehilangan Hyejin pulak.

Aku memanjat tali itu sampai ke tingkap sebuah bilik, yang aku pasti, tu adelah bilik stor tingkat 2.

Aku bukak tingkap itu, lalu menjejak kakiku kedalam bilik stor itu.

Tatkala aku jejak sahaja kakiku, aku terpijak sesuatu.

Aik, ni tangan kan?

Aku tengok ade seorang tubuh yeoja terkujur baring diatas lantai bilik Stor tersebut. Tubuhnya kelihatan lemah tak bermaya.

Setelah beberapa kali aku melihat Tubuh itu, barulah aku perasan.

Ianya Hyejin.

Aku meluru kearah Hyejin. Aku menggoncangkan tubuhnya.

"Jin, Hyejin-ahh! Ireonaa!" Kata aku. Tangan aku tak berhenti daripada menggoncang tubuh badan Hyejin.

Kelopak mata Hyejin terbuka sedikit. Dia memandang aku.

"Rin.. rin.. selamatkan aku rin." Kata Hyejin dengan lemah.

Aku memandang dia sayu. Dengan pantas, aku menanggalkan tali ikatan pada tangannya dan juga kakinya.

Taehyung melompat maduk melalui tingkap lalu menjatuhkan tali yang digunakan tuk naik tadi.

Taehyung meluru kearah aku lalu duduk menghadap Hyejin.

Aku sedang mencuba tuk putuskan tali ikatan pada kaki dan tangannya.

Aku menarik tali tersebut. "Dah, putus!" Kata aku. Aku mencabut semua tali ikatan pada tubuh Hyejin.

Sebaik sahaja aku mencabut tali tersebut, Hyejin terus memeluk Taehyung.

Dia peluk Taehyung.

"Tsk.. aku takut, tae." Kata Hyejin. Aku hanya memerhati mereka dengan hati yang tercarik-carik.

Kelihatan air muka Taehyung berubah. Dia seakan terkejut dengan tindakan Hyejin.

Well, aku pun sama.

Taehyung membalas pelukkan Hyejin. Hati aku makin besar lukanya.

Dia cuma kembar kau, Hyerin. Lagipun, dia tak tahu pasal hubungan korang. Lek lek.

Aku mengeluh. Takkan lah aku perlu menempuhi kenangan pahit dahulu?

"Hyejin. Kita dah tak banyak masa. Heyoung unnie maybe dalam bahaya sekarang ni" kata Aku. Aku mula membangun.

Hyejin meleraikan pelukkan taehyung. Dia memandang aku.

"Mana Heyoung unnie?" Soal Hyejin lalu meluru kearah aku.

"Dia ade kat bawah, tarik perhatian Gumyeon." Kata aku. Aku seolah-olah hendak menangis. Bukan apa, aku teringatkan bunyi tembakan tadi. Aku risau jika Tembakan itu diacukan kepada Heyoung.

Kalau benda tu terjadi..

Heyoung mungkin dah takde.

Tak! Tak mungkin! Think positif.

Aku meluru kearah pintu bilik tu. Aku mengeluarkan segugus kunci dari poket hoodie aku.

Ya, ni kunci extra rumah ni, mmg aku ade simpan.

Aku membuka pintu bilik tu berhati-hati dengan perlahan-lahan. Manalah tahu, ade samseng yang jaga pintu ni.

Aku menjengulkan kepala aku keluar, naise. Takde sesapa pun.

"Clear." Kata aku lalu menyuruh Taehyung dan Hyejin keluar.

"Taehyung, kau bawak Hyejin ke kereta. Ade dua laluan nak ke pintu utama, gunakan Laluan kedua sebb laluan tu tersorok sikit." Kata aku. Taehyung memandang aku.

"Kau?" Soalnya.

"Aku.."

Belum sempat aku habiskan ayatku, Hyejin pantas memotong.

"Aku nak pergi carik sesuatu dulu. Korang gi dulu nnty, aku menyusul." Kata Hyejin.

Aku pandang dia dengan pandangan kau-biar-betul. Yelah, aku dan Taehyung baru je selamatkan dia, then.. nak kena tinggalkan dia balik. Apekah.

"Korang gi dulu, ni benda penting" kata Hyejin. Aku mengeluh.

"Tae. Kau ikot Hyejin." Kata aku.

Taehyung pandang aku. "Kau? Macam mana kalau kau tercedera?" Soal Taehyung.

"Tu tak penting, nyawa unnie aku lagi penting tae. Selamat tinggal." Kata aku lalu berlalu pergi.

Taehyung memadang sahaja aku pergi. air mukanya mmg kelihatan tak senang.

***

Taehyung.

"Kau nak cari apa ni?" Soal aku. Hyejin memandang aku.

"Benda penting. Ianya bukti." Kata Hyejin lagi.

"Bukti apa? Kita dah kesuntukkan masa ni. Silap-silap nyawa Hyerin pun melayang cam unnie kau" kata Aku. Aku mmg hilang sabar dekat Hyejin ni. Dalam masa genting ni lah, dia nak carik bukti tak pape dia tu.

Bukti tak penting, nyawa org yg aku sayang tu penting.

"Apa maksud kau macam unnie aku?" Soal Hyejin. Dia memandang muka aku dedalam.

"Unnie aku dah mati ke?" Soal Hyejin. Air mukanya berubah.

"Aku.. aku tak--"

"Aku takkan lepaskan Gumyeon kalau dia bunuh kakak aku! Aku akan sumbat dia kedalam penjara tak kira apa cara sekalipun! Berani dia khianati aku! Sial." Kata Hyejin. Dia melangkah kedalam sebuah bilik.

Jap, tu bukan bilik parents drg ke?

Aku keliru. Patut kah aku ekori Hyejin atau pergi bersama dengan Hyerin?

Aku risau kalau Hyerin akan ditangkap dan dibunuh oleh segemuk tu.

Aku taknak kehilangan Hyerin lagi.

***

Srry short part uhuks ;-;

my wish.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon