Lima Puluh Tujuh

4.1K 499 52
                                    

Jungkook.

Aku meluru kearah suara tersebut. Takkan lah tu suara Heyoung noona?

Ternyata, suara itu berdekatan dengan rumah Hoseok Hyung.

Aku mula rasa tak sedap hati.

Aku ternampak Heyoung noona dan Hoseok hyung berdiri dalam hujan. Mereka seperti berkata sesuatu.

Setelah aku lihat bebetul pada Heyoung noona, ternyata Heyoung noona menangis.

Aku menyorok kebelakang sebuah rumah. Aku mendengar perbualan Hoseok hyung dan Heyoung noona.

Mesti tentang hubungan dorang.

"Maafkan aku.. Heyoung.." kata Hoseok hyung dengan suaranya suram.

Maaf? Tentang apa?

"Maaf?" soal Heyoung noona. Aku nampak dia tersengih.

"Kenapa kau tak bagi tau aku tentang hal ni awal-awal? Kenapa baru sekarang hoseok? Kenapa?!" tengking Heyoung noona. Aku terkejut dengan kelakuan heyoung noona.

Dia yang lembut dan sopan yang selalu aku lihat tidak ade lagi.

"Sebab aku tak nak kau sedih, Heyoung!" nada Suara Hoseok Hyung mula meninggi.

"Sedih? Habis sekarang ni aku tak sedih ke?!" tengking Heyoung noona kembali.

"heyoung, dengar sini. Aku sebenarnya nak bagitahu kau bila sampai masa yang sesuai. Tapi--" belum sempat Hoseok hyung neng habiskan ayatnya, heyoung noona dah potongnya.

"Tapi apa Hoseok?! Apa?! Kau buat aku ni macam orang bodoh yang mencurahkan rasa cinta aku kat kau! Padahal kau dah ade bakal isteri yang kau akan kahwini nanti!!"

Aku tersentak dengan kata-kata heyoung noona.

Betul ke Hoseok hyung dah ade perempuan lain yang akan dikahwini oleh dia nanti?

Jadi.. Sebab ni lah Heyoung noona marah?

"Heyoung.. Aku cintakan kau." kata Hoseok hyung lagi.

"Penipu.. Kau pengkhianat!!" kata Heyoung noona. Dia memukul-mukul dada hoseok hyung. Hoseok hyung terus menahan kedua tangan heyoung yang sedang memukul dadanya dengan hanya merentap pergelangan kedua tangan heyoung. Heyoung yang sudah lemah hendak melawan terhenti.

Heyoung menundukkan kepalanya sambil air matanya mengalir pada pipinya.

Aku yang lihat kelakuan heyoung noona itu ingin sahaja aku memeluk dia. Aku dapat rasakan macam mana perasaan nya bila dapati orang yang mencintainya ade orang lain lagi bagus darinya.

"Kenapa kau buat aku macam ni Hoseok?.. Apa salah aku kat kau?.." soal heyoung. Nada suaranya makin perlahan dan lemah.

"Kau tak buat salah pape dekat aku, Heyoung. Ni bukan kehendak aku tuk berkahwin dengan Jihye. Ni semua rancangan omma aku. Aku tak dapat nak halang rancangan omma." kata Hoseok hyung.

Jihye? Jihye kan.. Kawan baik hoseok hyung sejak sekolah menengah rendah?

"Kau sepatutnya bagi tahu aku lebih awal! Bukan sekarang!" kata heyoung. Hoseok hyung hanya terdiam.

"Kau namja yang tak guna! Aku benci kau!" kata heyoung lagi. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun, Hoseok hyung tetap menahannya.

Secara tetiba, hoseok hyung menarik heyoung kearahnya lalu bibir heyoung noona bertemu dengan bibir hoseok hyung.

Hati aku seperti terkoyak. Lagi.

Dengan segera, Heyoung noona menolak hoseok hyung dengan sepenuh daya perempuannya lalu menamparnya.

my wish.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα