Tiga Puluh Lapan

4K 541 15
                                    

"Kau pergi mana?! Aku tanya kau tak jawab pun kan?!" Teriak omma pada aku.

Aku tersentak.

"Rin tak pergi pun club omma.." kata aku sambil menunduk.

"HABISTU?!"

"Rin.. Rin-" belum sempat aku menyatakan kat mana aku pergi, omma meluru kearah aku dengan muka bengisnya.

Aku berasa ketakutan menyebulungi tubuhku.

Omma menarik rambutku lalu menghentakkan ia pada dinding.

"Kau tau tak kembar kau berlaparan dekat rumah ni?! Kau biarkan dia sesorang! Kembar jenis apa kau ni?!" Soal Omma dengan nada yang tinggi padaku.

Disebabkan omma menarik rambutku terlalu kuat, mata aku berair.

Kepala aku menjadi sakit sangat. Ia bagaikan ubun rambutku hendak tercabut.

"Omma.. sakit.." kata aku.

Namun, omma tak endahkan rayuan aku. Tambahan pula, dia lagi menarik rambutku dengan lebih kuat.

Aku memandang Hyejin. Aku memandang dia dengan pandangan 'mintak tolong' tapi, dia tersenyum jahat.

Apa salah aku?

"KAU TAK GUNA!" Teriak omma lalu menghentak kepala aku pada dinding dengan lebih kuat.

"GUMYEON!" teriak Heyoung yang baru pulang kerumah lalu menolak omma ketepi. Omma hampir nak terjatuh, mukanya berubah kepada reaksi terkejut.

Heyoung memandang Omma dengan pandangan tajam. Dia menoleh pada aku.

Tubuh aku lemah longlai. Kepala aku sakit bagaikan hendak tercabut semua ubun-ubun rambutku.Kaki aku bergigil dengan apa yang Omma baru sahaja buat padaku.

Sanggup omma buat camni pada aku? Apa salah aku.

"Hyerin! Rin!? Gwenchana? Rin-ahh??.." soal Heyoung. Aku tak dapat lagi bertahan.

Aku rebah di bahu Heyoung. Dan selepas itu, aku hanya tahu ianya semua benda gelap.

***
"NAMJA ITU ADELAH KAU, TAEHYUNG!"

Aku terdengar bunyi suara perempuan bergema dalam minda aku.

Tapi, aku takleh nampak apa-apa. Semuanya kabur.

"Aku cintakan kau sejak kali pertama aku jumpa kau. Tapi, kenapa kau pilih Hyejin dari aku? Apa beza aku dengan Hyejin?" Kata sebuah suara yeoja.

"Aku dah tak tahan tengok kau dan Hyejin bersama. Kau tahu tak bertapa sakitnya bila lihat orang yang kau cintai selama ni bercinta dengan orang lain?!" Kata yeoja tu lagi.

"Aku hanya menganggap kau sebagai kawan baikku, Rin. Tak lebih dari itu." Tetiba, aku terdengar suara namja pulak.

Suara tu macam aku kenali.

Jap, tu.. Taehyung?

"Hyerin.. aku.." kata Taehyung lagi.

"Jangan sentuh aku, Taehyung.. tolonglah." Kata yeoja tu pulak.

"Aku.. nak balik." Kata yeoja tu lagi.

Then, aku tak dengar apa-apa. Aku cuba cari mereka lagi, tetapi segala usahaku gagal.

Aku terbangun. Tumbuh badanku habis basah kerana peluh. Aku mengesat peluh yang mengalir pada dahiku.

"Hyerin! Kamu okay dearly? ade sakit sana sini tak??" Soal Heyoung bertubi-tubi kearah aku.

my wish.Where stories live. Discover now