Empat Puluh Dua

4K 538 49
                                    

"Aku dah ingat semuanya Taehyung. Semuanya." Kata Hyerin disertai air mata mengalir pada pipinya.

Aku terkejut. Hyerin dah ingat semuanya?

Semuanya?

"Hyerin, kau turun. Kita bincang perkara ni bebaik" kata aku. Perlahan-lahan langkah ku menuju kearahnya.

"Aku dah kotor Taehyung.. aku dah tak berguna!" kata Hyerin.

"Kau tak kotor Rin, Percayalah cakap aku." Kata aku.

Heyoung dah terduduk dan menangis dibahu Hoseok hyung. Hoseok hyung memeluk Heyoung dan mangusap rambutnya untuk tenangkan dia.

"Jangan lah buat perkara macam ni, Rin. Ia takkan dapat selesaikan apa-apa." Kata aku lagi. Hyerin menangis.

Aku menarik dia turun, dia hanya akur. Tubuhnya lemah. Aku lantas memeluknya erat.

"Kau ada aku, tak kiralah kau kotor macam mana pun.."

"Aku tetap sayangkan kau" kata aku sambil mengusap rambutnya yang lurus itu.

Hyerin menyembamkan mukanya pada dadaku sambil menangis.

***

Jungkook Pov.

Aku lihat Taehyung memeluk Hyerin.

Ya, hatiku sekali lagi pecah.

Kini, hyerin sudah mengingati semua ingatan yang dia lupa sebelum ni.

Jadi, tu bermaksud.. aku dah tak ada peluang untuk menjadi pengarang jantung dia.

Sepatutnya aku dari mula lagi kena belajar 'Tak' mencintai Hyerin. Dan move on.

Tapi, aku tak boleh. Hati aku seakan memang dah melekat dekat Hyerin dan takkan boleh dipisahkan.

Aku mengeluh. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari rooftop itu.

"Kook, kau nak kemana?" Soal Jimin.

Aku menoleh. Jimin berdiri dipintu ke rooftop itu.

"Pergi"

"Ke mana?"

"Aku pun tak tahu.."

Jimin meluru kearah aku. Dia menarik bahuku lalu memandangnya.

"Kau jangan macam ni, aku tahu kau terluka sebab Hyerin tu kan?" Soal Jimin. Aku menunduk.

"Erm" balasku.

"Ade banyak lagi yeoja dekat dalam Korea ni, Jungkook.."

"Tapi, dorang tak macam Hyerin"

"Aku tahu, tapi.. Hyerin sukakan Taehyung kan?"

"Aku tahu tu."

"jadi?"

"Kau tahukan hati aku tak boleh lupakan Hyerin?" Soal aku.

Jimin mengeluh. "Mungkin Hyerin bukan Jodoh kau. Kook, tuhan ada perancangan lebih baik dari kita. Maybe jodoh kau akan jadi lebih baik dari Hyerin?" Kata Jimin nak menenangkan aku.

"Yelah, aku try tuk lupakan Hyerin"

"Haa, camtulah kawan aku" kata Jimin sambil menepuk bahuku.

kalaulah aku boleh..

***

Hyerin Pov.

Aku duduk diatas katil aku sambil memeluk kedua belah kaki aku. Hanya ada Heyoung sahaja didalam bilik wad ku ini. Heyoung menyuruh yang lain keluar supaya Aku boleh cakap semua hal peribadiku padanya.

my wish.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon