Dua Belas

4.5K 680 106
                                    

"Apa kau buat ni taehyung??" soal aku.

Taehyung memandang aku dengan matanya yang tajam merenung Hyerin.

Hyerin pula, dia terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni.

Sungguh, taehyung dah banyak berubah. Even, dia sanggup nak tampar kawan baik dia sendiri.

Jujur aku cakap, Apa clone Hyerin tuh buat dekat Taehyung sampai camni sekali?

Taehyung menarik tangannya dari pegangan aku.

"Hyerin, apa kau buat dekat pipi Hyejin tu sampai dah berbekas merah?!" Tengking Taehyung. Semua memandang kami.

Hyejin kena tampar? Bagusnyaa.

"Taehyung, ken-"

"Ahh!! Sudahlah!! Aku tahulah kau cemburu akan aku dan Hyejin! Tapi takyah lah sampai menyakiti orang! Kau ingat kau sapa nak sakiti orang?! " kata Taehyung lagi. Matanya penuh dengan amarah.

Aku tak mampu nak backup Hyerin kerana aku sendiri tak tahu apa jadi sebenarnya. Dan kenapa Hyerin nak tampar Hyejin.

Tapi, aku yakin.. Hyerin tak pernah sakiti orang. Meskipun Taekwondo dia tali pinggang hitam.. tapi, dia tak pernah memukul orang sesuka hati.

Hyerin menampar Hyejin mesti ade sebab tertentu. Takkan lah Hyerin nak tampar Hyejin kerana dia cemburu akan hubungan Hyejin dan Taehyung? Lawak apakah itu?

"Taehyung.. Ni bukan pasal tu.. Ni pasal--"

Sekali lagi ayat Hyejin dipotong oleh Taehyung.

"Dah. Aku tak nak dengar lagi. Mulai saat ni, hubungan persahabatan kita putus. Aku taknak kawan dengan manusia yang cemburu tak bertempat cam kau ni. Selamat tinggal. " kata Taehyung. Dia mengatur langkah pergi.

Aku dan Jimin hanya memandang Taehyung yang berjalan pergi itu.

" Hyerin.. Apa jadi sebenarnya ni?? " soal Jimin. Aku memandang Hyerin. Tapi, dia sudah takde disebelah aku. Begitu juga disebelah Jimin.

Bila aku menoleh kebelakang, aku nampak Hyerin berjalan pergi. Tangannya mengesat mukanya. Sah, dia menangis.

Macam.. Apa korang rasa, kalau kawan baik yang korang dah berkawan lebih dari 5 tahun.. Tak percayakan korang, and terus putus kawan dengan korang. Sape tak sedih?

Dan orang itu juga orang yang paling kau sayang. Lebih dari sayang.

Aku lantas mengekori Hyerin. Hyerin masuk kedalam tandas perempuan.

Erk. Perlu ke aku masuk?

Ahh lantaklah! Sekarang ni Hyerin lagi penting. Redah jelah.

Aku masuk kedalam tandas perempuan. Nasib aku baik, takde sesapa dalam tu.

Hyerin masuk kedalam satu bilik tandas. Dia menguncinya. Jadi, aku takleh nak masuk. Aku terdengar bunyi esakan tangisannya.

Jantung aku berdegup laju. Aku sungguh risau akan Hyerin.

Kalau ikutkan aku, nak sahaja aku tendang pintu bilik tandas ni. Lalu memeluk Hyerin dengan seerat-erat nya.. Aku tahu sekarang ni dia perlukan bahu seseorang untuk menangis diatasnya.

"Hyerin-ahh.. Buka lah pintu ni" kata aku sambil mengetuk pintu.

"Ju.. Hiks.. Jungkook?" Soalnya. Esakan dia ditahan-tahan. Tak mahu aku dengar lah tu.

"Hyerin, jebal. Buka pintu ni." kata aku lagi.

"Taknak"

Aku mengeluh. Aku duduk diatas lantai tandas perempuan itu. Apa aku kesah kotor atau tidak.

my wish.Where stories live. Discover now