Bunuh !

495 38 62
                                    

Wina mencengkam lengan aku. Sakit memang sakit tapi sakit lagi hati aku. Aku tak faham apa yang Ain buat.

Kenapa? Kenapa dia kutip kaca kaca tu? Takut terpijak? Serius itu tindakan yang kurang bijak. Dia kesuntukan masa !

Eh cop cop.

Aku bukan nak dia selamat, okey? Aku cuma rasa sayang kalau dia mati seawal ni. Come on lah, she's Ain Nurshafiqa Athirah. She's a killer. Takkan semudah tu dia mati?

Tak adventure langsung !

"Izzah, Wina rasa tak sedap hati."

Omg ! Wina dan nalurinya. Naluri Wina selalu betul. She's a mind hacker.

Creepy, right?

Jantung aku mula berdegup dengan pantas. Aku kerling Wina. Wina sedang ralit memerhatikan Ain.

"Wina...rasa tak sedap hati sebab apa?"

Wina pandang wajah aku.

"Wina dapat rasa dia akan buat sesuatu yang diluar jangkaan kita. Wina dapat rasa something, serius. Dia mungkin-"

Kata kata Wina terhenti di situ apabila tiba tiba sahaja skrin dihadapan kami rosak. Wajah Ain hilang daripada pandangan.

"Eh kenapa ni? Apa yang jadi?"

Aku kalut. Segala butang yang ada aku tekan. Gagal membetulkan skrin tersebut, aku menghentak skrin kerana geram. Ceh.

"Wina dah agak dah. Dia mesti baling serpihan kaca atau serpihan mikrofon yang keras tu dekat kamera cctv kita."

Aku ketap bibir, menahan rasa marah yang membuak buak. Tak padan dengan kecik Ain tu ! Mesti dia rejam kamera cctv tu. For your information, bukan senang nak pecahkan kamera cctv. Ternyata Ain bukan calang calang budak lima belas tahun.

Padahal dia tu mana rajin bersukan. Huh. Pelik betul.

"Patutnya biar je dia beku dan mati. Tak pun patutnya kita tikam je dia masa dia bangun tu."

Wina baru sahaja ingin membuka mulut untuk membalas kata kata aku tetapi bunyi letupan yang kuat dan bertalu talu membuatkan aku dan Wina kedua duanya terkejut beruk.

Letupan? Periuk api !

Maknanya...

"Ain dah pijak ke?"

"Tak tahu. Jom pergi tengok !"

Wina mencampakkan pistol ke arah aku. Ye, pistol. Jangan nak terkejut pulak. Ingat susah ke nak cari pistol sekarang ni? Beli online pun bolehlah. Aku menyambut dengan pantas.

"Wina, jangan lupa benda benda tu !"

"Tak, Wina tak lupa !"

"Okey cun."

Kelam kabut aku dan Wina bergerak keluar daripada bilik tersebut. Ain, entah apa yang kau buat sebenarnya ni? Apa pun yang kau rancangkan, aku akan pastikan kau tak berjaya kali ni !

***

Ain mencampakkan lagi serpihan kaca di tangannya ke atas tanah lalu dia berlari ke tempat hujung bilik. Bunyi letupan menguasai ruang tersebut. Ain menutup telinga. Ngeri weh ! Macam perang pulak dah.

Walaupun kakinya dah berdarah terpijak kaca, dia terpaksa jua melangkah dengan sedaya upaya yang termampu. Darah melekat di atas lantai, berbentuk tapak kaki Ain. Dah berbau darah dah satu bilik ni.

Ew. Loya tekak.

Sebaik sahaja letupan berhenti, Ain melihat ke arah pintu. Tercabut kau ! Nampak sangat banyak gila periuk api dekat situ. Ain lega apabila banyak periuk api yang telah meletup. Kalau macam tu, senanglah dia nak lalu atas tanah tu nanti.

Dendam ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now