Main !

606 50 45
                                    

Ain membuka mata secara perlahan lahan. Dia terkejut apabila mendapati dirinya berada di dalam satu mesin. Entah apa nama mesin ni, dia pun tak tahu tapi dia hampir nak menjerit sebab terlalu panas suhu dalam mesin ni.

Ain cuba meronta ronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Mesin yang mengurung dirinya ini kedap udara. Entah berapa lama dia diletakkan di dalam mesin ini, dia sendiri tidak tahu tapi entah mengapa, dia sudah mula rasa sesak nafas.

Berapa kandungan karbon dioksida dalam mesin ni? Berapa banyak pulak oksigen yang ada? Macam mana nak keluar ni? Dapat ke aku bertahan?

Itulah antara persoalan yang bermain di minda Ain. Dia cuba mengetuk bahagian atas mesin tersebut namun tangannya pula yang terasa sakit. Ceh.
Aku dekat mana ni?

***

Wina menyiku lengan aku. Aku angkat kening, pelik dengan aksi Wina. Nasib baik dia siku tak kuat sangat. Kalau tak, mesti lebam tangan aku. Wina memuncungkan bibirnya ke arah mesin dihadapan kami. Aku turut melihat ke arah mesin tersebut.

Ada pergerakan ! Ain dah bangun !

Eh. Kejap. Aku bukan teruja sebab dia dah bangun dan masih hidup. Aku cuma teruja sebab dia dah bangun untuk menghadapi kematian sebenar dia. Senyum sinis mula terukir secara automatik. Aku kerling Wina. Wina juga sedang tersenyum sama.

Oh yeah baby !

Wina pantas mencapai alat kawalan yang terletak di atas meja kecil disebelahnya. Dia menekan satu butang kecil berwarna hijau. Aku bangun dan bergerak ke arah mesin tersebut.

"Kita tak ikat dia, kan?"

Soalan Wina membuatkan aku menoleh dan mengerling sekilas ke arah kawanku itu.

"Tak. Kita kan, nak suruh dia main?"

Wina gelak jahat. Dia faham sangat apa yang aku cakapkan. Dia menghampiri aku dan menolak aku ke tepi. Tangannya bergerak gerak menekan beberapa butang yang terdapat di sisi mesin. Aku hanya membiarkan. Dia tolak tak sakit, okey? Jadi aku tak kisah.

"Ready nak sorokkan diri, Izzah?"

"Ready !"

"Let's start the party !"

***

Ain terdengar bunyi klik dan tiba tiba sahaja bahagian atas mesin terbuka sedikit. Ain terkejut. Rasa ragu ragu menguasai diri. Macam mana mesin ni boleh terbuka? Ain menolak bahagian atas mesin perlahan lahan, maka ternampaklah ruang keseluruhan sebuah bilik.

Bilik apa ni?

Eh kejap, hirup udara dulu. Kang tak pasal pasal mati pulak sebab lupa nak bernafas.

Tarik nafas dalam dalam, hembus. Good job, Ain. You're so clever ! Ahaks. Sempat lagi nak perasan sendiri.

Ain bangun dan duduk memeluk lutut, masih lagi di dalam mesin tersebut. Dia melihat sekeliling. Tak ada orang. Bilik kusam yang kosong, hanya ada mesin ini bersama dua buah kerusi dan sebuah meja kecil. Ain mengelap peluh yang mengalir di dahinya. Panas !

Dia berdiri dan melompat turun daripada mesin pelik tersebut. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia nampak mesin sebegini. Dah lah suhu tiba tiba berubah. Sekejap panas macam nak kena panggang, sekejap suhu jadi normal. Pelik Ain dibuatnya.

Ain menghampiri pintu.

Dikunci ke? Aku kena kurung ke?

Ain memulas tombol pintu tersebut. Tak berkunci. Bunyi pintu berkeriut membuatkan bulu roma Ain tegak berdiri. Ain beristighfar dua kali sebelum menjenguk ke bilik sebelah. Matanya terbuntang melihat bilik tersebut.

Dendam ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now