Tepuk !

713 55 80
                                    

"Izzah, tengok ni."

Wina menggerakkan jari telunjuknya, memanggil aku supaya mendekati komputer riba yang terletak di tepi bantal.

Aku pantas melompat naik ke atas katil dan meniarap di sebelah Wina. Wina memuncungkan mulutnya ke arah skrin. Aku pantas melihat info yang tertera di situ.

"Seorang gadis berumur lima belas tahun telah ditemui mati pada jam enam lima minit petang tadi. Mangsa dijumpai oleh seorang pekerja lelaki, Mat bin Rom di dalam sebuah gudang kosong di Jalan Jambu Batu, Shah Alam. Punca kematian masih belum dikenalpasti tetapi mayat gadis tersebut ditemui dalam keadaan sejuk dan agak basah. Pihak polis masih menjalankan penyiasatan di tempat kejadian manakala mangsa kejadian yang dikenali sebagai Ain Nurshafiqa Athirah binti Binuri Anur akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Sekian laporan berita siaran langsung daripada tempat kejadian."

Aku terus menoleh ke arah Wina. Wina dah sedia dengan senyum jahat sambil menghulurkan tapak tangannya. Aku terus menjerit kegembiraan sambil ber'hi-five' dengan Wina.

"Yessss dah lama aku tunggu saat ni !"

"Oh yeah, oh yeah."

Wina dah acah buat salsa atas katil. Korang bayangkan je lah macam mana pun eh dia buat. Habis berterabur bantal atas katil, siap ada yang jatuh atas lantai lagi. Entah salsa ke kickboxing yang Wina tengah buat sebenarnya.

"Okey Wina, tunggu apa lagi? Jom lah !"

"Jommm !"

"Barang tu Wina jangan lupa bawak !"

Wina buat thumbs up. Rasanya sepanjang hari ini, ini ialah kali pertama dia tersenyum dengan ikhlas. Wina capai hoodie hitam lalu disarungkan ke tubuhnya dengan pantas. Satu pek darah kecil dibawa bersama.

Sementara Wina sibuk dengan barang barangnya, aku capai pula hoodie hitam aku. Sama macam Wina. Ye lah, nak pergi bunuh orang lagi, takkan nak pakai hoodie terang benderang warna pink pulak, kan? Buang tebiat namanya tu.

Aku capai satu bekas kecil di atas meja di tepi katil. Semua yang aku perlukan, ada dalam ni. Aku kerling Wina. Wina sedang menghampiri aku.

"Izzah yakin ke rancangan kita dah menjadi?"

Aku angguk.

"Rancangan kita berdua takkan gagal. Otak Wina kalau bergabung dengan otak Izzah, confirm success !"

Wina gelak.

"Jom cau cepat. Nanti tak sempat."

Aku akur dengan arahan Wina. Kami melangkah keluar daripada rumah dengan muka gembira.

Destinasi utama?

Hospital Shah Alam !

***

"Pelik betullah cara budak ni mati."

"Ye lah, dengan basahnya. Sejuk lagi. Nak kata kena rendam dalam tangki air macam tak logik."

"Kesan jerut pun tak ada."

"Kesan kelar atau calar pun tak ada langsung."

Dendam ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now