Tudung dan Rogol

5.4K 325 7
                                    

Wah, brutal sungguh tajuk kau! Cuba cari bahasa sopan sikit!

Taknak. Korang nak tajuk elok sikit, pergi join usrah. InshaAllah tajuknya secantik bunga raya. Kalau korang nak bertanya atau menyatakan ketidakpuasan hati, boleh pm mention comment ws aku takda wc  uninstall sebab tak reti guna

Lame gila

Berbalik kepada tajuk, sejak dua menjak ni, banyak betul aku baca dekat laman sosial

" Cuba kalau kau pakai jubah tudung labuh siapa nak rape kau. Orang tengok pun takut."

" *** MP claims that "Women can prevent sexual crimes by not wearing short pants and skimpy dresses"

Sumber : twitter

Weh weh wake up! Bangun laaaaaa tudung bukan faktor utama yang menyebabkan kes rogol berlaku !

Hypothesis :
semakin labuh tudung, semakin berkurang kemungkinan dirogol

Hypothesis is rejected! DITOLAK

Hatta perempuan berbaju longgar bertudung labuh juga menjadi mangsa rogol! Kau nak bukti?

Wanita Iraq dirogol oleh tentera amerika, wanita Iraq pakai baju saiz adik kau ke? Dok kan?

Itu luar negara! Ni Malaysia weh

Bulletin media, 6 Oktober 2015
Kes penemuan mayat reput di Lahad Datu. Mangsa, seorang wanita bertudung, dirogol dan dibunuh.

Dan, berhentilah buat analogi pelik pelik,

Perempuan ibarat makanan kalau tak tutup dengan tudung saji lalat hinggap

rape: simple analogy, makanan bawah tudung saji, kalau orang dah lapar sangat, dia buka juga tudung saji dan makan
-mhmmdhariri -twitter

Perempuan tak tutup aurat macam gula-gula takda plastik nanti dihurung semut.

Weh, kau pernah nampak perempuan jalan naked dalam mall tak?
Orang yang dirogol tu, no matter how skinny seluar dia, how fit baju dia, she didn't show her vigina around tau. The rapist yang tanggalkan seluar dalam dia.

Sebelum buat analogi, fikir.

Never tell your adik / anak that she should wear hijab to prevent rape

NO!

ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Setiap amal bergantung kepada niat, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)

Kalau pakai semata mata nak elak rogol, itu je la yang kau dapat sedangkan, kelebihan hijab itu banyak!

Untuk lelaki (ada ke lelaki yang baca buku aku ni lol)

Dah boleh berhenti kut salahkan perempuan. Kau yang gersang, perempuan yang disalahkan.

A faithful man tahu yang zina itu dosa besar yang menghancurkan umat.

Aku nak share story Mr. AA (weh, izinkan aku cerita kat sini demi maslahat umum yeee, tolong la jangan kata kau simpan buku ni dalam library kau gak)

Mr. AA?

Tak, dia tak ada kaitan dengan diva AA.

Yep, aku scroll sampai 22/2 punya conv.

AA: Dh ada kes en bangla try raba org. Hahahah cam bodo ja

Aku : TAhh menakutkan.. nak keluar punn takutt, Kena belajar seni mempertahankan diri balik huhuhu simpan pisau dalam beg

AA : Hahahhaah Simpan pisau pon tah nanti kau kena balik

Aku : Kau ni 😑😑 aku baru nak positif.. langkah keselamatan pakai baju longgar longgar tapi kalau kena gak hiyaaakk jerit kuat kuat pastuu tendang angry bird dia muhahahaha

AA: Hahahaha Diorg selalunya gerak ramai2, Klau seorang lain ler Aku pernah kerja dengan bangla, diorang punya story tu pon cam cibs gak hahah, ada yg baik tu baik la Ada yg cam cibs sikit dia okay tpi dengan perempuan tah la nak Mereka pon bernafsu 😪

Aku : Marilah bersama sama mendoakan keselamatan gadis gadis di malaysia 😂😂
Aaahhh cari bodyguard halal la camni 😂😂

AA: Hahahhaha ni seram Ada dia cerita dia gi langgan satu malam 300😂 Kepala hotak😂 pastu nak ajak aku sekali😂😂 Tak sanggup sop Walaupun dia nak belanja takpa la tak rela hilangkan teruna awal

Aku: Hahahahahahahaaa takuttnyaaaa Iman main peranan sungguh 😂😂

Aku: Dari mata kau la, camna perempuan nak jaga diri mana la tahu aku boleh guna ke

AA : Jaga solat, jaga semuanya, nanti Allah sndiri yang kaburkan mata lelaki daripada tengok kau

Eh kejap kejap. Jadi kau kata it is okay to dedah aurat? Langgar perintah tuhan? Kerana tu bukan faktor utama rogol?

Kau tenang dulu, aku belum habis.
Memang la salah satu cara nak melindungi diri ni dengan menutup aurat. Sebenarnya, diorang kalut kata pakai tudung elak kena rape ni nak ajak orang tutup aurat kan?
Tapi nak guna cara tarbiah sentap kan?

Nak kejar RT. Likes. #Deep

Ada cara lain yang lebih berkesan tapi perjuangan dakwahnya lebih berduri daripada jalan tarbiah sentap.

Dakwah dengan hikmah seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w

Sisters,
Dalil menutup aurat
An-Nur : 30-31
Al-Ahzab : 33
Al-Ahzab:  53
Al-Ahzab : 59

Tak cukup ke dalil ni menjadi asbab hijab kau? Baby step. Hijrah bukan mudah! Diorang yang suruh pakai tudung sebab rape ni tak merasa.

Tapi cuba, kejar kehidupan akhirat. Bak kata AA, kau dekat dunia yang menentukan kau dekat akhirat.

So, macam mana nak cegah rogol?

﴿ قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴾

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

[An-Nur:30]

Kehormatan tu as in your private part

Mention kat situ orang lelaki en, sebenarnya macam ni, ustazah bahasa arab aku pernah cakap,
Dalam AlQuran, perintah untuk lelaki adalah perintah untuk perempuan juga sebab dia guna konsep jamak. Kalau khas perempuan, Allah S.W.T akan mention perempuan.

Jadi, kau hadam balik la ayat atas tu.

Rogol bukan salah perempuan!

Rogol bukan salah lelaki!

Rogol itu salah manusia yang tidak mahu berfikir!

Rogol itu salah manusia yang berhati binatang!

Dan sehelai kain tudung itu tidak bersalah.

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now