Bilik studio ?!

Ain melangkah masuk perlahan lahan. Pintu dibiarkan terbuka, supaya mudah untuk dia keluar semula. Ain cuba mencari cari tingkap. Manalah tahu dia boleh keluar ikut tingkap ke kan? Tu pun kalau badan dia muatlah nak lepas ruang tingkap tu.

Sedang Ain melihat dengan teliti, tiba tiba sahaja pintu bilik tersebut tertutup dengan sendirinya. Ain terkejut. Secara spontan dia berlari ke arah pintu dan cuba membuka pintu tersebut. Berkunci ! Ain mengetuk ngetuk pintu tersebut.

"Bukak pintu ni ! Lepaskan aku ! Kau siapa hah ?!"

Entah kepada siapa soalan itu ditujukan sebenarnya?

"Bukaklah pintu ni ! Kau nak apa sebenarnya ?!"

Setelah penat mengetuk dan membebel entah apa selama hampir tiga minit, Ain mengeluh dan duduk bersandar pada pintu tersebut. Dia kembali melihat keadaan bilik. Bilik tersebut sangat pelik. Memanglah ada mikrofon tempat penyanyi selalu menyanyi masa nak buat album tu, tapi yang peliknya ialah siling bilik ni diganti dengan kaca. Jadi, Ain boleh melihat langit malam menerusi kaca tersebut.

Dah malam rupanya.

Pelik, kan? Tak tahu pulak ada bilik studio macam ni.

Saat itulah Ain terperasankan satu kamera cctv dan pembesar suara yang terletak di hujung sudut bilik. Ain berkerut. Kenapa ada pembesar suara macam dekat sekolah pulak ni?

"Ain Nurshafiqa Athirah."

Terkejut Ain apabila satu suara keluar melalui corong pembesar suara dan namanya disebut. Dia berkerut. Jantung berdegup pantas namun dia masih berlagak selamba. Suara siapa tu ?!

"Kau ada masa selama satu minit untuk cuba pecahkan pintu tu dan keluar daripada bilik ni."

Ain terbeliak.

"Woi apa ni ?! Tiba tiba je bagi arahan secara mengejut ! Kau ingat lawak ?!"

Terjerit terus Ain di situ.

Gila ke apa weh nak suruh aku pecahkan pintu? Barang satu hapak pun tak ada untuk aku guna. Serius melampau !

"Memang lawak pun."

Gelak jahat bergema memenuhi ruang bilik.

"Use your brain, Ain. You're intelligent, right? No biggie punya nak cari jalan untuk pecahkan pintu tu. Good luck but no luck. Your time starts, now !"

Gelabah Ain dibuatnya sampaikan dia terus berdiri. Tindakan refleks baq hang !

"Kurang asam gelugur betul."

Ain cuba merempuh pintu. Dua kali. Tiga kali. Empat kali. Ain akhirnya berhenti. Dia menggosok gosok bahunya.

Aduh, sakit pulak bahu aku. Kerasnya pintu ni !

Ain berfikir sejenak.

"40 seconds to go, Ain. Make Nash Grier proud of you, baby. Itu pun, if you can. Hahahahah."

Bibir diketap. Haish. Ni yang sakit hati ni. Tak payah nak provok guna nama Nash boleh tak? Annoying.

Mana dia tahu pasal Nash? Dasar stalker ! Entah entah orang yang culik aku ni, orang yang aku kenal tak? Tapi persoalannya di sini, siapakah orang yang aku kenal tu?

Ain menggeleng laju, cuba membuang fikiran yang serabut. Kalau otak fikir terlalu banyak benda, mesti nanti takkan dapat idea untuk pecahkan pintu tu. Nafas ditarik dalam dalam.

Kosongkan fikiran. Tenang. Fokus.

Think, Ain. Think !

"20 seconds to go."

What ?! 20 saat je lagi ?!

Serentak dengan itu satu idea muncul. Ain berlari ke arah mikrofon dan menariknya dengan kasar. Tanpa berlengah, dia mendekati pintu dan menghentakkan mikrofon tersebut pada tombol pintu. Berkali kali.

"Sepuluh saat lagi, Ain."

Tombol pintu mula kemik dan menjadi longgar. Mikrofon di tangan Ain juga tidak kurang kemiknya. Ain tidak berputus asa. Dia terus terusan menghentak sekuat hati.

Pecahlah cepat, tombol pintu ni pun !

"Lima."

"Empat."

Tombol pintu semakin longgar dan hampir tercabut.

"Tiga."

Sikit lagi. Sikit je lagi !

"Dua."

"Satu."

"Kosong. Masa anda telah tamat."

Ain menghayunkan satu hentakan terakhir dan akhirnya tombol pintu tersebut tercabut. Belum sempat dia tersenyum gembira, kaca di atas kepala pecah berderai dan jatuh menghempap dirinya.

"Arghhhhh !"

Walaupun Ain sempat menghalang kepalanya dengan lengan, kaca tetap tertusuk juga pada kepalanya dan paling dahsyat sekali, terlalu banyak kaca yang tertusuk pada lengannya. Darah mengalir keluar daripada luka luka tersebut.

Nafas Ain tersekat sekat. Serpihan kaca kecil di atas lantai tertusuk pada belakang badannya. Ain mengiringkan badan, cuba untuk bangun namun pandangannya mulai kabur dan sesaat kemudian semuanya menjadi gelap gelita.

Hitam.

Dendam ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now