"Budak ni bunuh diri agaknya. Budak budak zaman sekarang, asal putus cinta je buat benda gila."

Ketika pemandu ambulans tersebut sedang sibuk menaburkan rasa simpati, kesal dan kecewa terhadap apa yang berlaku kepada mangsa yang berada di dalam ambulans mereka itu, tiba tiba sahaja muncul satu kelibat di tengah jalan raya.

Si pemandu menekan brek secara mengejut untuk menghentikan kenderaan tetapi mereka tidak sempat mengelak daripada melanggar kelibat tersebut. Rakan petugasnya di sebelah terhantuk pada cermin depan ambulans akibat daripada inersia dan terus pengsan tidak sedarkan diri.

Nafas si pemandu sendiri mula berubah tidak sekata. Matanya berpinar pinar akibat terhantuk kuat pada cermin. Dadanya turun naik akibat rasa cemas. Dia melihat rakan setugasnya yang sudah pengsan. Dia kalut dan matanya beralih pula kepada sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan raya tidak jauh daripada ambulansnya. Darah yang tiba tiba mengalir keluar daripada tubuh manusia tersebut menambahkan panik ke dalam hati si pemandu.

Aku senyum sinis apabila seorang lelaki keluar daripada bahagian belakang ambulans, encik paramedik yang mengawal mayat Ain sepanjang perjalanan. Dalam hati aku mula membebel tak puas hati.

Ain dah mati pun masih lagi dikawal dan dijaga dengan rapi. Ciskek oreo betul !

Aku menapak menghampiri lelaki itu dan dengan selamba leher lelaki itu aku tepuk daripada belakang. Perlahan namun lelaki itu mengerang kesakitan dan tiba tiba sahaja jatuh menyembah bumi.

Senyuman sinis terukir di wajah lalu aku membongkok dan kaki lelaki itu aku genggam kuat. Tubuh lelaki yang tidak bernyawa itu diseret semula ke bahagian belakang ambulans dengan bersusah payah tetapi tangkas.

Si pemandu terkejut apabila terdengar bunyi sesuatu diseret di tepi ambulans. Dia menarik nafas dalam dalam dan perlahan lahan melihat ke belakang melalui cermin sisi.

Kosong.

Peluh mula merenik di dahinya. Pendingin hawa yang terpasang seolah olah tidak memberi kesan. Dia mengumpulkan kekuatan lalu membuka pintu dan melangkah turun daripada ambulans. Dia mendekati sekujur tubuh yang terbaring kaku dihadapan ambulansnya itu.

Aku melepaskan nafas lelah. Berat betul lelaki ni. Aku mengintai ke hadapan. Nampaknya lelaki tu dah turun daripada ambulans. Aku cepat cepat bergerak dengan senyap ke arah lelaki itu dan sekali lagi menepuk lehernya daripada belakang dengan selamba. Lelaki itu juga mengerang kesakitan. Entah kesakitan yang dirasakannya atau terkejut sebenarnya, aku pun tak pasti.

Kesah pulak aku, kan? Sebaik sahaja lelaki itu rebah, Wina yang berpura pura mati di atas jalan raya terus bangun secara mengejut. Dia mengeluh perlahan.

"Aduh...Izzah, belakang Wina rasa sakitlah."

Aku cepat cepat membantunya untuk berdiri dengan stabil. Tanganku digenggam kuat. Aku tahu Wina sakit disebabkan kulit belakang badannya itu masih belum sembuh sepenuhnya. Saat ini, amarahku terhadap Ain semakin memuncak.

"Sorry Wina, patutnya Izzah biar Wina je yang serang diorang. Tak pasal pasal dah sakit. Wina nak teruskan ke? Kalau tak boleh, kita tukar rancangan lain je lah?"

Wina menggeleng laju.

"Eh tak apa, tak apa. Wina okey je. Percayalah. Teruskan je. Jangan berhenti."

Aku menghela nafas. Kalau Wina dah cakap macam tu, aku ikut je lah. Dua dah mati, tinggal lagi seorang je lelaki. Disebabkan jarak tempat mereka dengan hospital terlalu dekat, aku dapat satu idea.

"Wina, Izzah tahu Wina tak larat sangat nak gerak tapi Wina kena tolong jugak. Kita kena angkat dua dua lelaki yang dah mati tu, termasuklah lelaki yang dah pengsan tu. Lepas tu, kita campak je depan rumah sesiapa. Wina pilih."

Mata Wina bersinar.

"Seriuslah? Wina pilih? Yassss."

Aku tergelak melihat keseronokan Wina.

"Amboii boii boii seronok benar Wina eh? Bagus jugak sebab kita pakai sarung tangan. Konfem pihak berkuasa pening siapa pembunuh yang sebenarnya dan macam mana mayat Ain boleh hilang."

"Yeah, betul tu. Kereta polis yang ikut ambulans ni Izzah dah selesaikan ke?"

Aku senyum.

"Yang tu Wina jangan risau. Sekarang ni mungkin kereta polis tu semua dah terbabas. Malam ni, tak tahulah berapa banyak kematian yang berlaku."

"Apa apa pun, mayat Ain tu kita kena alihkan jugak dan masukkan dalam kereta kita, kan?"

"Yep."

Wina buat thumbs up.

"Jadi, tunggu apa lagi? Jom lah !"

"Alright !"

Sebelum aku memulakan misi aku bersama Wina, aku bergerak ke arah longkang di tepi jalan dan mengeluarkan satu bekas dari dalam poket. Isi bekas tersebut aku campakkan merata rata.

All done.

Aku menyimpan semula bekas tersebut ke dalam poket dan berlalu pergi.

Dendam ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now