20.Pemberontakkan Berakhir

791 52 9
                                    

Hai pembaca semua.😚😚😚
Terima kasih mengikuti novel ini sehingga keakhirnya.
Macam yang semua jangka.. ini adalah bab terakhir. Imaginasi Sofie pun tamat disini.😣😣😣
Kalau boleh, Sofie mahu mengetahui pendapat dari pembaca sekalian.😉😉
Dan pengumuman.. Selepas ni ada chapter epiloge.. dan kalau Sofie rajin, Sofie akan buat beberapa bab tambahan..(kalau rajin ye.. hihi.)

Sofie sangat berterima kasih kepada semua pembaca terutama:

°Lais_Arsalan
°BlackRavenSong
°mekkalsom98
°Exib9807
°nrlna_xx

Yang tidak lupa memberi vote anda. Terima kasih.😍😍😍😍😍

••••••••••••°°°°°°°°°°°°°°••••••••••

Selepas kemangkatan Maharaja Zwei, Syuri dipilih sebagai Maharaja baru. Syuri dan pemaisurinya, Marie Wills berkahwin setahun selepas baginda menduduki tahkta apabila Marie mencecah lapan belas tahun.

Mereka melahirkan dua orang anak perempuan yang sangat comel sebagai waris tahta mereka.

Selepas pemberontakam tamat, Fil berusaha untuk menawan hati Anna yang telah menolak 30 kali lamarannya. Tapi Fil tidak pernah berputus asa, kerana melaluinya; Kalau cepat sangat berputus asa, bidadari secantik Anna tidak akan jadi miliknya.

Dan, bagi Dilia pula. Setiap minggu, dia tidak akan gagal untuk melawat pusara Shamie. Rantai yang dibelinya dahulu terletak kemas di atas kubur tersebut. Selepas mereka berjaya menyelamatkan tahanan Maharaja Zwei, Shamie telah pun berada dalam keadaan yang tenat. Dilia hanya dapat bersama Shamie selama beberapa minggu sebelum Shamie menutup mata selama-lamanya. Dilia menerima dengan hati terbuka atas kepergian adik perempuan kesayangannya.

Bagi memastikan pemerintah kembali stabil, Fil telah dilantik sebagai pembantu kanan Diraja manakala Dilia dilantik sebagai pembantu kiri Diraja. Rinna pula diberikan jawatan penasihat diraja.

Namun begitu, Rinna meletakkan jawatannya tidak sampai sehari bekhidmat menyebabkan jawatan penasihat kekal kosong.

Rinna keluar dari keluarga Nieal dan memulakan hidup baru sebagai rakyat biasa di pekan.

Pihak istana bertungkus lumus untuk mengembalikan semula keadaan negara Trilianse seperti suatu masa dulu seprti zaman dibawah pemerintahan Maharaja Havia.

Kegelapan dari pemerintah sebelum ini tidak mudah lenyap dari hati rakyat, tetapi Syuri yakin suatu hari nanti, rakyat akan mengangap perkara yang berlaku sebagai sejarah semata-mata. Hanya masa yang boleh rawati luka mereka.

•••••••••••••••******-******•••••••••••••••

"Hey, Rael, sampai bila awak nak berkurung kat sini?" Rinna memandang insan yang duduk di sebalik palang penjara tersebut.

Rael tidak membalas, hanya duduk bersandar ke dinding mendiamkan diri.

"Rael, hari ni saya cuba belajar buat biskut. Awak rasa tau." Tanpa mengalah, Rinna menolak bungkusan di tanggannya supaya masuk ke dalam kawasan penjara.

Rael yang hanya diam membisu menyebabkan Rinna mengeluh. Dia berjalan keluar dari kawasan penjara tersebut dipenuhi kekecewaan.

"Awak datang lagi hari ni, Rinna?" Maharaja Syuri yang telah lama bersandar di tepi pintu penjara menegur Rinna.

Rinna menoleh ke arah Syuri yang segak berpakaian. Berbeza dengan Rinna yang hanya memakai baju rakyat biasa.

"Hari ni pun.. dia tak nak keluar dari penjara tu." Jawab Rinna dengan keluhan.

Syuri tergelak kecil.

"Dia memang degil. Dah dua tahun..dan dia masih berdegil tak nak keluar dari situ walaupun dah lama beta bebaskan dia."

Syuri merenung ke dalam kawasan penjara yang menempatkan kawan lamanya itu.

"Tapi Beta ada trick. Lepas ni dia pasti akan keluar." Syuri mengelipkan matanya ke arah Rinna dan berlalu masuk ke penjara.

Rinna hanya memerhati, tidak percaya Maharaja tersebut boleh mengalahkan kedegilan Rael.

Tetapi, Rinna tidak menjangka yang keesokkan harinya, Rael berdiri dihadapan rumah!

Dia agak terkejut apabila membuka pintu selepas pintunya diketuk beberapa kali dari luar.

"Rael??"

Rael tidak bersuara. Hanya diam terkaku di depan pintu rumah Rinna. Rumah kecil Rinna sebagai rakyat biasa.

"Saya...dah tak ada tempat nak pulang.. Syuri bagi peta untuk datang ke sini. Katanya.. rumah khas untuk saya lepas keluar penjara. Maaf.. tak sengaja." Rael memalingkan mukanya ke arah lain, tidak mahu memandang Rinna.

Selepas Rael dipenjarakan, dia telah meletakkan jawatannya sebagai pahlawan istana, dan sekaligus dikeluarkan dari keluarga Harwick.

Rael berpusing untuk berlalu pergi. Rinna tersengih. Dia tidak tahu apa yang dibisikkan oleh Maharaja Syuri untuk membuat lelaki ini keluar dari penjara, tetapi dia nekad untuk tak akan lepaskan Rael. Dengan pantas dia memeluk badan sasa Rael dari belakang, mengunci Rael supaya tidak boleh larikan diri.

"Mana awak nak pergi? Mulai hari ni, awak tinggal kat sini! Jangan ingat kali ni awak boleh lepas dari saya. Awak bukan anjing istana, tapi anjing rumah kecil ni."

Rael hanya mengeluh.

Rajaku Sayang [Complete]Where stories live. Discover now