13.Rinna Nieal

700 46 1
                                    

Rinna berjalan di kaki lima istana. Rael yang berjalan bertentangan dengannya segera berhenti dan menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Cik muda Rinna, awak pergi ke mana tadi?" Soalan dari Rael memberhentikan langkah Rinna.

Dia langsung tidak menoleh untuk berhadapan dengan Rael.

"Bukan urusan awak, Rael." Rinna bersuara dingin dan teruskan langkahnya ke bilik yang menempatkan Marie dan Shamie.

"Maaf kan saya, cik muda Rinna." Rael segera menundukkan kepalanya. Selepas merasakan Rinna sejauh lima tapak, dia mengangkat kepalanya semula dan melihat kelibat Rinna berjalan pergi. Rasa curiga mula menyelinap masuk pada Rael, tetapi segera dilupakan. Dia berjalan pergi dari situ.

Rinna yang menuju ke bilik kawannya tadi memandang kelibat Rael dari ekor matanya.

"Anjing Istana, huh.. " Dia berbisik perlahan.

Rinna memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah Singgahsana Maharaja dengan mata tajamnya.

••••••••••••***-***•••••••••••

"Ayah, apa maksud ayah?" Rinna menyoal lelaki berambut putih di depannya tak pecaya.

"Kamu tak faham lagi? Kita akan sokong pihak Raja Qwethur. Dengan cara ni, kau boleh ambil tempat keluarga Zasfield, si Fiana tu untuk jadi permaisuri. Keluarga kita perlukan kuasa lebih besar!" Ketua keluarga Nieal pada ketika itu memandang tajam anak perempuannya.

"Ta..tapi ayah.. saya dah bertunang dengan Shu.. apa kita nak jawab dekat keluarga Uehara nanti?" Suaranya yang perlahan dan hampir hilang itu dijeling ayahnya.

"Bila-bila masa kita boleh putuskan pertunangan tu."

Rinna yang sememangnya takut akan ayahnya mendiamkan diri.

---

"Shu.. apa perlu saya buat? Saya tak nak hubungan kita putus. Tapi.. ayah sangat menakutkan." Rinna mengadu kepada kekasih hatinya.

"Rinna.. saya pun fikirkan perkara yang sama. Tapi, saya tak nak awak ingkar pada ayah awak." Shu tersenyum lemah membuatkan Rinna sakit hati mendengar ayat yang dikeluarkan.

"Shu lembap!! Rinna benci Shu!! Shu tak hargai ke hubungan kita!! " Rinna memukul dada Shu tanpa henti.

Shu hanya mampu tersenyum untuk menenangkan gadis berambut perang tersebut. Rinna semakin marah dengan keputusan Shu untuk mendiamkan diri. Dia berlari meningalkan Shu.

"Mesti lah saya pun hargainya, Rinna." Dia memandang sayu kelibat yang semakin jauh darinya.

---

"Tahniah Tuanku. Tuanku berjaya rampas tahta milik tuanku." Seperti biasa, ayahnya hanya mampu mengeluarkan kata-kata pujian yang palsu.

Rinna sudah tidak dapat menahan dirinya untuk terus melihat telatah ayahnya lalu keluar dari majlis. Dari jauh dia ternampak kelibat tunang barunya, putera mahkota Zwei.

Dia cuba beranikan diri untuk berbicara dengan orang yang selalu dilihat dari jauh itu. Tapi belum sempat dia menegur putera Zwei, lelaki itu sudah menoleh ke arahnya dengan pandangan mata yang sangat tajam seperti mahu membunuh Rinna.

Rajaku Sayang [Complete]Where stories live. Discover now