18.Identiti Sebenar

732 53 2
                                    

Mereka berempat memandang ke arah seseorang yang duduk dengan tenang di atas tahtanya.

"Selamat datang kekanda.. ah.. sepatutnya korang tak sampai seawal ni.. hurm... Oh.. Rinna belot beta?" Kelibat tersebut yang kurang jelas wajahnya akibat ditutup kegelapan bilik.

Cahaya lilin dan matahari dari luar tidak cukup menerangi singahsana untuk menunjukkan wajah di atas tahta.

Kelibat tersebut berdiri dan berjalan menuruni tangga menunjukkan wajahnya. Zwei, Maharaja paling termuda dalam sejarah negara mereka.

Dilia mengengam tangannya lalu dengan pantas menarik pedangnya keluar dan berlari menuju ke Zwei untuk membunuhnya.

Tetapi tidak sampai sepuluh langkah, badannya seperti terlanggar benda yang keras menyebabkan Dilia terpelanting ke belakang, tempat dia berdiri sebentar tadi.

Zwei tersengih.

"Lupa beta nak pesan, beta dah letak pelindung di sekeliling beta. Walaupun Kekanda gunakan kuasa kekanda, kekanda masih tak boleh pecahkan pelindung ni." Zwei memandang ke arah kumpulan pemberontak tanpa perasaan.

"Jadi gegaran tadi sebab kau gunakan magik kau?" Tanya Shuri tenang.

"Ah.. yang tadi tu magik lain. Hurm.. magik pemusnah diri beta bagi nama. Hehe.. cara nak aktifkan dia mudah, salah sorang dari korang kena tikam beta di sini dan magik ni akan aktif musnahkan seluruh kawasan bangunan ni. Ah.. jangan risau, beta cuma khaskan kat bangunan berdekatan singahsana sahaja." Zwei menunjukkan dadanya sebagai tempat target.

"Dari tadi kau panggil kekanda itu kekanda ini.. siapa yang kau maksudkan?!!" Anna memandang tajam Zwei. Disebabkan mereka tidak boleh menyerang Zwei, mereka hanya mampu memandang kelibat tersebut dari jauh.

Mereka semua ada persoalan yang sama kecuali salah seorang yang mengetahui siapa yang dimaksudkan. Dia mendiamkan diri, takut untuk menerangkan perkara sebenar.

Zwei memandang kumpulan tersebut dengan riak yang dibuat buat terkejut.

"Jangan cakap, Kakanda belum bagi tahu identiti sebenar dia kat korang? Hahaha.. beta pun baru dapat tahu baru-baru ini yang beta ada seorang lagi ahli keluarga yang masih hidup.. dari pada panggil ini pemberontakkan, lagi sesuai kalau kita panggil ni coup de'tat, seperti yang berlaku antara Qwethur dan Havia. Betul tak, kekanda Syuri Warheit, anak pertama Raja Qwethur dan isterinya, Miela Warheit."

Ketiga-tiga mata ahli pasukan pemberontak terkejut lalu serentak memandang ke arah ketua mereka yang sudah keruh wajahnya.

"Apa yang dia maksudkan? Hey, Syuri!" Fil memandang kawannya dengan keliru.

Adakah selama ini Syuri hanya mahu merebut tahta, atau memang betul selama ini dia mahu hentikan penindasan yang berlaku? Semua mereka mula melahirkan keraguan dalam diri masing-masing. Adakah dendam mereka dipergunakan?

"Maaf korang.. sebab tak beritahu perkara ni awal-awal. Betul tu, saya ketua keluarga Warheit. Tapi pasangan tua Warheit sebelum ni tak suka ada waris terutama waris dari anak perempuan mereka yang gagal menjadi pemaisuri negara ni. Jadi, mereka beri saya pada keluarga Wills sebagai anak angkat sekaligus tunangkan saya dengan anak perempuan mereka." Syuri menundukkan kepalanya.

"Saya tak ada rasa nak balik ke istana untuk jadi Maharaja. Cuma, sebagai seorang abang dan ahli keluarga dia.. saya bertanggungjawab hentikan Zwei dan sebagai abang juga, saya bertanggungjawab untuk selamatkan Marie..."

Fil menepuk bahu Syuri. Memandangnya dengan mata sayu.

"Awak tak percayakan kami ke? Sebab tu awak sembunyikan semua ni?"

Rajaku Sayang [Complete]Where stories live. Discover now