11.Fil Ashbert

706 51 7
                                    

"Feldrik Klein."

Mata Anna membulat. Nama yang dia tak akan lupakan sekalipun.

"Tiga tahun lalu, Feldrik Klein dibunuh dan mayatnya dijumpai di kawasan kota berdekatan istana. Kemudian, Kaito Tress dituduh sebagai dalang yang membunuh beliau dan dihukum gantung seminggu selepas dipenjarakan." Syuri memandang reaksi Anna yang tidak selesa mendengar kisah lamanya.

"Saya tahu.. tapi apa kene mengena dengan perbualan kita sekarang?" Suara Anna bergetar. Dia memandang ke tepi menyembunyikan matanya yang berair.

"Feldrik kawan baik saya dari kecil." Anna segera memandang Syuri. Terkejut mendengar kenyataan tersebut.

"Jadi.. awak.." Anna tak tahu apa yang perlu dicakapkan lagi. Suaranya juga tersekat sekat.

"Maharaja Zwei yang upah pembunuh untuk bunuh dia. Dan Kaito, adik awak jadi mangsa keadaan. Dia rampas semua kuasa bangsawan. Waktu tu, saya mula tubuhkan pasukan pemberontakan dan saya jumpa awak Anna. Maaf, walaupun saya tahu Kaito, adik awak tak bersalah, saya tak boleh nak buat apa-apa masa tu. Tapi sekarang dah berbeza, kita dah ada kuasa untuk ubah semuanya." Syuri berjalan meningalkan Anna yang masih terkesima.

Menyedari Syuri semakin jauh, Anna mula sedar dan memangil Syuri.

"Awak nak pergi mana?"

"Saya nak jalan-jalan tenangkan diri sekejap. Tak perlu tunggu saya balik." Syuri memberikannya senyuman kecil sebelum hilang dalam kegelapan malam.

Anna menghembuskan nafasnya dan membuka pintu untuk masuk ke dalam. Badanya yang lemah segera tersandar ke pintu selepas memasuki rumah.

"Pucatnya muka." Fil yang sudah lama berdiri di depan pintu rumah membetulkan cermin matanya.

Anna terperanjat seketika dengan kehadiran Fil, tapi segera menenangkan dirinya.

"Awak curi dengar perbualan kami ke? Sejak bila?" Anna mengerutkan dahinya ke arah Fil.

"Sejak dari mula." Fil menjawab tanpa rasa serba salah. Anna merengus geram, mula melangkah ke bilik tidurnya.

"Saya tahu awak kecewa bila dengar Syuri ada tunang. Saya juga tahu awak suka kat Syuri dari dulu. Tapi kan Anna, kumbang bukan seekor." Suara Fil terus menyebabkan langkah Anna terhenti.

Muka Anna memerah dan berpaling berhadapan dengan Fil.

"Ja..jangan nak merepek la. Saya.. saya cuma rasa terhutang budi sebab Syuri selamat kan saya... kalau dia tak hulurkan tangan dia masa tu mungkin saya dah tak berada disini. Saya tak boleh nak salahkan dia sebab dia tak selamatkan adik saya... Awak tak akan faham perasaan saya Fil! "

Fil membetulkan cermin matanya lagi.

"Saya faham apa yang awak cuba sampaikan, sebab Syuri pun dah selamatkan saya juga."

"Betul ke.. dia.. selamatkan awak juga?"

"Ha'ah. Waktu tu saya lapar sangat, kemudian dia hulurkan roti kat saya. Sangat sedap. Jadi, saya buat keputusan untuk ikut dia."

Anna tak mampu untuk bersuara. Terasa dirinya bodoh untuk melayan Fil. Dia mula memicit micit dahinya, cuba menahan sabar.

"Dah la.. malas nak layan kau lagi Fil.. masuk bilik dulu." Anna berpaling.

"Anna, walaupun Syuri dah berpunya, tapi saya masih belum berpunya. Awak boleh lupakan Syuri." Fil menghentikan Anna dari melangkah.

"Huh? Apa kau merepek ni Fil?"

"Apa yang saya cakap adalah, saya sukakan awak, Anna. Saya sangat sukakan awak, terutama makanan yang awak masak. Lagi sedap dari roti yang Syuri beri pada saya dulu." Fil memandang Anna yang membelakanginya.

Anna terpaku. Tanpa melengah lagi, dia meninggalkan Fil sendirian di ruang tamu dan berjalan masuk ke bilik. Dengan segera dia menutup pintu bilik.

"Anna?" Dilia bangun dari katilnya, melihat kelibat Anna yang tersandar di pintu. Muka Anna yang merah padam terlindung kerana lampu bilik sudah ditutup.

"Nazono tak tidur sini lagi ke?" Anna mengubah topik, cuba menyembunyikan perasaannya yang bercampur baur ketika itu.

"Dili dah ajak dia.. tapi dia masih nak tidur kat dalam stor. Dia tak pedulikan Dili pun." Dilia merungut sambil bergolek ke atas katilnya.

"Ye.. ke.. mungkin dia tak akan.. buka hatinya pada kita.." Anna mengeluh kecil dan naik ke katilnya.

Sementara Fil di ruang tamu berjalan ke meja makan dan duduk.

Dia mengeluh kecil dan menanggalkan cermin matanya.

•***-***•

3 tahun lalu..

Dia anak seorang askar biasa. Tiada ibu, hanya bersama ayahnya yang kadang-kadang balik kerumah untuk menghulurkannya duit belanja dan bermain pedang dengannya.

Dia gembira dengan keadaan mereka. Sehingga hari Coup de'tat tersebut tiba, ayahnya mati dalam perang kecil di istana tersebut. Ramai lagi askar lain yang mati, jadi semua angap itu perkara biasa.

Dia jadi anak yatim, terpaksa menyara dirinya sendiri. Ekonomi semakin susut ditambah lagi dengan kenaikan harga pasaran. Dia dipecat dari tempat kerja sebelumnya. Dan tiada siapa mahu mengambil pekerja baru menyebabkan dia terpaksa mencuri untuk teruskan hidup.

Dia berjaya mencuri makanan dari salah satu kedai makanan di tepi jalan. Perutnya telah kosong berhari lamanya.

Dia menyorok di celah-celah bangunan, risau sekiranya tuan kedai menjumpainya.

Bila dia mahu menjamu makanan yang dah lama diidamkannya, dia ternampak seorang perempuan muda memandang ke arahnya dengan mata bersinar.

Mungkin sama sepertinya, juga anak yatim yang terbiar. Dia mengerat roti tersebut dan memberikan separuh kepada perempuan comot tersebut.

Perempuan itu tersenyum dan makan dengan lahapnya.

Esoknya, dia cuba mencuri lagi tetapi gagal. Akibatnya, dia dipukul oleh pemilik kedai yang panas baran.

Dia kembali ketempat semalam. Mahu berjumpa dengan budak perempuan tersebut.

Tapi, dia hanya menjumpai badan yang terkulai dan sudah sejuk di lantai. Perempuan itu sudah pun mati akibat kelaparan.

Bukannya perkara luar biasa. Kebelakangan ini, banyak yang mati akibat kekurangan makanan.

Dia tersandar ke didinding. Berhari-hari sudah berlalu, dan dia sudah lemah. Terlalu lapar. Mungkin tiba masanya untuk jadi seperti perempuan tersebut. Matanya mulai kabur.

"Awak nak?" Suara lelaki menegurnya menyebabkan dia membuka semula matanya yang tertutup tadi dan menoleh ke arah tangan yang menghulurnya sebungkus roti dan sebotol air.

Dia mencapai makanan yang dihulurkan dan makan dengan rakusnya.

"Nama awak? Saya Syuri Wills." Lelaki yang menghulurkannya roti tadi tersenyum memperkenalkan diri.

Dia berhenti mengunyah dan mendongak ke arah suara tersebut.

"Fil. Fil Ashbert." Kemudian dia menyambung makan semula. Roti yang dia rasa hari itu adalah yang paling sedap dia penah rasa.

Dan, lelaki yang memberikannya senyuman sebentar tadi adalah yang paling bersinar pernah dia jumpa.

Rajaku Sayang [Complete]Where stories live. Discover now