Rinna mengundur beberapa tapak kebelakang. Dia takut dengan lelaki di depannya. Dia takut. Dia perlu lari dari situ.

Tanpa memperdulikan Rinna, Zwei berlalu pergi. Rinna jatuh terduduk. Saat itu, dia mula rindukan senyuman lembut dari Shu.

---

Rinna agak terkejut apabila mengetahui berita tentang kematian Maharaja Qwathur yang baru sahaja berada di atas tahtanya selama tiga bulan.

Apabila keadaan menjadi semakin tenang, dia bersiap sedia untuk menghadap Maharaja baru, iaitu tunangnya sekarang.

"Tuanku, patik tahu Tuanku tak pernah cintakan patik. Jadi, biarlah pertunangan kita dibatalkan." Rinna memberanikan diri. Kalau boleh, dia mahu Maharaja Zwei batalkan pertunangan mereka dan ayahnya akan berhenti memaksanya berkahwin dengan Maharaja Zwei lagi. Maka dia boleh kembali ke sisi Shu.

"Kenapa pula beta perlu putuskan pertunangan ni? Walaupun beta tak pernah sukakan kamu walau sedikit pun, hal tu tak ada kena mengena dalam isu pertunangan. Nyatakan sebab kenapa perlu beta susahkan diri putuskan?"

Rinna mengetap bibirnya. Dia perlu bertegas di sini. Dia perlu.

"Sebab patik cintakan orang lain. Jadi patik mohon untuk kita putuskan pertunangan yang tak bermakna ini." Rinna bersuara dengan yakin.

Tapi Maharaja Zwei langsung tidak memperdulikan kesungguhan Rinna.

"Kalau sebab tu dah hilang, kau tak akan ada sebab nak putuskan pertunangan dengan beta, betul tak?" Zwei tersenyum sinis. Matanya dikecilkan seperti dia tak sabar melihat sesuatu yang bakal berlaku. Peluh sejuk mula menitik pada dahi Rinna.

Firasatnya memberitahu sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dengan segera dia meminta izin untuk mengundur diri.

---

"Cik muda! Cik muda! Kecemasan!!"

Salah seorang pembantu rumahnya berlari mendapatkannya.

Rinna yang sedang membaca buku menghentikan pembacaannya dan memandang ke arah kekecohan yang berlaku.

"Tuan!! Tuan keracunan!!" Rinna terpaku. Tangannya ditarik oleh pembantu tadi ke kamar rehat ayahnya.

Terbujur seorang lelaki yang seharusnya garang dan selalu memarahinya sedang terbaring lemah di atas katil. Mukanya pucat dan nafasnya berat. Rinna memegang tangan yang sudah tak bertenaga itu.

"Ayah..." air matanya mengalir.

---

"Jadi.. ketua keluarga Nieal sekarang adalah kau, Rinna?"

Rinna menganguk lemah. Kematian ayahnya sudah dilaporkan pada pihak istana. Dan sekarang dia berhadapan dengan Maharaja Zwei yang sudah pelbagai khabar angin yang tidak baik menyelubunginya.

Baru sahaja Rinna membuat keputusan untuk meminta diri, seorang askar berpangkat Ganeral masuk melaporkan diri.

"Tuanku, patik memohon ampun kerana menganggu masa Tuanku apabila ada tetamu di dalam ini. Tapi, patik perlu sampaikan berita ini secepat mungkin. Waris dari keluarga Uehara, Shu Uehara dijumpai mati ditikam di dalam kediamannya sendiri."

Rinna membulatkan matanya. Dia menoleh ke arah askar yang melaporkan berita tersebut.

Shu dah mati? Kene bunuh? Apa.. apa semua ni?

"Kau boleh kembali ke tugas kau. Tinggalkan beta dengan Rinna." Zwei memberi arahan dan dengan segera askar tadi mengundur diri meninggalkan mereka berdua.

"Baguslah kan. Lepas ni kau tak ada alasan nak putuskan pertunangan kita."

Rinna seperti tidak percaya apa yang di dengarinya itu. Dia mendongak ke arah Maharaja Zwei.

Zwei tersengih.

Tangan Rinna digengam kuat. Saat itu dia faham segala-galanya. Lelaki yang beridir di hadapannya sekarang adalah orang yang bertanggungjawab atas kematian satu-satunya keluarga dan kekasih yang dicintainya.

Rajaku Sayang [Complete]Where stories live. Discover now