#PK39

67.3K 1.8K 16
                                    

Pagi itu aku bangun muntah muntah. Khairul sudah risau melihat keadaan aku yang lemah itu.
Aku memberitahunya perkara ini sudah biasa bagi orang yang mengandung. Dia kata dia tak sanggup tengok aku yang lemah itu. Aku hanya tersenyum kepadanya.

Beberapa minggu juga aku asyik muntah muntah dan sakit kepala. Kadang kadang kaki aku cramp. Khairul sanggup mengambil cuti sebab nak jaga aku.

"Hmm abang tak sanggup lah tengok sayang lemah macam ni." Kata nya sewaktu memicit kepalaku.

Aku menarik tangannya yang sedang memicit kepalaku itu. "Abang.. Sayang okey lah. Dulu waktu mengandungkan Syafiq sayang pun macam ni juga." Ujarku sambil melemparkan senyuman kepadanya. Aku tak mahu dia risau melihat keadaan aku ni.

Aku perasan riak wajah Khairul sudah berubah. Aik! Aku salah cakap ke? Dia sudah menundukkan wajahnya.

"Abang.." Panggilku sambil mendongakkan kepalanya supaya memandangku.

Khairul menangis?!
"Hey abang.. Kenapa ni?" Soalku risau.

"Abang minta maaf Sya.. Kalau lah dulu abang tak dengar kata Hana, mungkin sayang tak perlu lalui tu semua sensorang. Sayang terpaksa besarkan Syafiq sensorang.. Terpaksa lalui semua ni dulu. Hmm abang bukan suami yang baik kan sayang? Abang ..."

Belum sempat Khairul menghabiskan kata katanya , aku meletakkan jari di bibirnya.

"Shh. Abang.. Jangan cakap macam tu. Sayang tak suka. Yang lepas tu biarlah dah lepas. Sekarang ni kita fikir pasal anak kita ni ye. Hmm sayang dah tak perlu risau dah.. Abang kan ada dengan sayang sekarang." Ucapku seikhlas hati. Airmata nya aku seka.

"Dah ! Apa ni walid nangis .. Hodoh lah. Dah tak hensem." Aku cuba meriuhkan suasana. Senyuman sudah terpancar di wajahnya.

"Amboi.. Kata walid hodoh ye.. Hmm yang hodoh ni lah yang dia peluk cium malam malam." Kata Khairul dengan bangga. Aku sudah pecah ketawa dengan kenyataan yang dibuat oleh Khairul itu. Hilang terus sakit kepala ku.




"Umi... Jom lah teman Fiq main .." Tiba tiba Syafiq masuk ke dalam bilik. Di tangannya ada kereta mainan.

"Fiq.. Kan umi tak sihat ni.. Fiq main lah dengan Mak Kiah ye." Kata Khairul. Aku perasan wajah Syafiq sudah berubah.
Dia menarik muncung panjang sebelum keluar dari bilik tu.

"Abang.. Kenapa cakap macam tu dengan Fiq?" Soalku tidak puashati.

"Hmm kan sayang tak sihat." Hmm aku diam kan saja. Khairul ni bukan nya boleh, degil. Kalau A katanya, A lah. Takleh lawan.



Kesian Syafiq...






Nanti umi sihat umi main dengan Fiq ye..







****
Sorry pendek. Sis dah mengantuk. Nanti esok sis update lain. Huhuhuhu

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now