TABAH 13

6.5K 216 5
                                    

(BAB 5)

Tepat pada pukul 12 tengahari mak cik halimah pun berjalan keluar dari gerainya untuk menjemput bella balik dari sekolah tadikanya. "Marissa awak tolong tengokkan gerai mak cik sekejap ya... mak cik nak pergi ambil bella di sekolah tadikanya...", kata mak cik halimah. "Baiklah mak cik...", balas marissa dengan lembut. Mak cik halimah pun bergegas pergi dari situ. Beberapa minit kemudian kelihatan mak cik halimah dan cucunya bella melangkah menuju ke arah gerai itu. "Bella, awak dah sampai...", marissa menyambutnya dengan senyum simpul di bibir. "Ya... kakak cantik mari temankan bella pergi ke rumah...", kata bella dengan lembut. Marissa memandang wajah mak cik halimah seperti ingin meminta kebenaran dari wanita tua itu. Bagaikan mengerti maksud pandangan mata gadis tersebut mak cik halimah pun tersenyum padanya lalu berkata, "baiklah... awak pergi temankan bella...", tanpa berlengah lagi mereka pun beredar dari situ.

Sebaik saja mereka sampai di rumah bella pun terus mandi di bilik mandi. manakala marissa pula sibuk menyiapkan makanan tengahari untuk mereka berdua. Setelah siap mandi dan berpakaian kemas, bella segera menghampiri gadis itu. "Mari kita makan...", pelawa marissa sambil tersenyum lembut. Mereka pun makan tengahari bersama sama. "Kakak cantik, sedap betul sup ayam yang kakak cantik masak...", puji bella. "Kalau sedap, bella makan lagi, ya...", kata marissa. Bella menganggukkan kepalanya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Selepas makan tengahari mereka mula bermain sembunyi dan cari. Bella bersembunyi manakala marissa pula mengira sehingga nombor 10. kemudian dia mula mencarinya. Setelah mencari buat beberapa ketika akhirnya dia berjaya mencari bella di belakang daun pintu yang ada di situ. Setelah berjaya mencari bella, giliran anak kecil itu pula yang mencari marissa. Mereka bermain tanpa jemu. Dalam diam marissa merasa sungguh terhibur ketika dia bermain dengan anak kecil tersebut. Jikalaulah dia ada anak sendiri sudah tentu dia akan dapat bermain seperti itu dengan anaknya. Marissa menyimpan tekad untuk menjaga kandungannya kerana itu saja yang ada pada dirinya sekarang. Tiada yang lain lagi. "Yeahhh... saya sudah berjaya mencari kakak cantik...", jerit bella sebaik saja dia berjaya mencari gadis itu. Dia memeluk marissa dengan riangnya. Perlahan lahan marissa membalas pelukan anak kecil tersebut. Setelah puas bermain marissa menyuruh anak kecil itu berehat seketika di atas kerusi sofa yang ada di situ. Tidak lama kemudian dia tertidur lena di atas kerusi sofa tersebut.

Petang itu bella terjaga dari tidurnya. Terus saja dia mengajak marissa bermain nenek kebayan dengannya. Mahu tidak mahu marissa terpaksa menuruti kehendak anak kecil itu. marissa di suruhnya menjadi nenek kebayan manakala bella pula menjadi cucunya. Mereka pun mula bermain bersama sama. "Wahai... nenek si bongkok tiga, siang malam berjaga jaga, cari cucu di mana ada, nenek ku kahwin dengan anak raja....", nyanyi bella sambil berlari di sekeliling marissa yang matanya sudah tertutup dan di ikat dengan kain putih. Setelah menyanyi bella pun duduk. Perlahan lahan marissa bangun. "Cucu... cucu tak boleh lari, nenek kebayan banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti, siapa yang kena dia yang jadi...", setelah menyanyi marissa mula mencari bella di sekelilingnya tapi Bella pandai mengelak apabila tangan gadis itu menjangkaunya.

Perlahan lahan marissa mula berjalan dan berjalan ke sana ke mari mencari si anak kecil yang nakal itu. Kebetulan pada waktu yang sama kelihatan firas baru saja balik dari pejabatnya. Dia melangkah masuk ke ruang tamu itu dengan langkah kaki yang perlahan. Tiba tiba saja marissa melangkah menuju ke arahnya lalu memegang lengan kirinya. "Ahha!... akhirnya kakak cantik berjaya menangkap bella!...", jerit marissa melompat keriangan. Firas terpinga pinga ketika menyaksikan gelagat gadis yang kebudak budakan itu.

"Tapi itu bukan bella lah... itu papa bella... hahaha...", kata bella sambil ketawa. Berderau darah marissa ketika mendengar perkataan anak kecil tersebut. Cepat cepat dia membuka ikatan tuala di matanya. Terkejut betul dia ketika dia melihat firas berdiri betul betul di depan matanya. Mereka terdiam kaku sambil berbalas pandangan. "Kakak cantik... papa... kenapa korang diam macam patung ni?", soal bella kehairanan. Cepat cepat marissa melepaskan tangannya dari lengan kiri firas. Wajahnya kemerahan menahan malu. Dengan sepantas kilat dia beredar dari situ...

TABAH (U)Where stories live. Discover now