TABAH 3

11.8K 261 8
                                    

marissa terjaga dari tidurnya. jam di dinding tepat menunjukkan pukul 8 malam. tiba tiba saja dia merasa lapar pula. dia bangun dari atas katilnya lalu melangkah menuju ke arah meja solek yang terletak tidak jauh dari situ. wajahnya di perhatikan di dalam cermin. matanya kelihatan bengkak akibat terlalu kuat menangis. perlahan lahan dia beredar dari situ. dia membuka pintu bilik tidurnya. Kemudian dia melangkah turun ke tingkat bawah. sampai saja di tingkat bawah, dia lihat peggy dan jaswari sedang leka berbual sambil makan malam di ruang dapur tidak jauh dari situ. dia tidak jadi hendak melangkah ke ruang dapur. Perlahan lahan dia berpatah balik, tiba tiba, "hei... rissa... awak tak nak makan dengan kami ke?", tegur 1 suara. marissa tahu itu suara peggy. dia berhenti dari melangkah. Kelihatan peggy dan jaswari melangkah menghampirinya. "er... tak naklah...", jawap marissa ringkas tapi tangannya di tarik oleh peggy dari belakang. "alah... janganlah macam tu. jom makan dengan kami...", pelawa peggy dengan lembut. mahu tidak mahu marissa pun terpaksa mengekori gadis tersebut dari belakang. Perlahan lahan dia duduk di meja makan bersama sama dengan 2 orang kawannya itu.

"eh... kenapa dengan mata awak tu, rissa? bengkak semacam aje? awak menangis ke?", soal jaswari ingin tahu. Marissa diam membisu. Dia menundukkan kepalanya. peggy duduk di sebelah kanan marissa. manakala jaswari pula duduk di sebelah kirinya. "kenapa dengan awak ni rissa? awak bergaduh dengan boyfriend awak ke?", soal jaswari dengan lembut. marissa masih lagi diam membisu. "rissa... kalau awak ada masalah, bagitahulah kami... mungkin kami boleh mbantu awak untuk selesaikan masalah awak tu...", kata peggy pula. "ah-ha... betul cakap peggy tu... kitakan kawan... kawan mesti tolong kawan. itu barulah di katakan kawan yang baik...", sokong jaswari pula. "sebenarnya saya malu nak bagitahu korang semua apa masalah saya...", kata marissa dengan sedih. "apa yang di malukan? kita kan sama sama perempuan... tak ada apa yang di malukan, betul tak jas?", soal peggy pada gadis berbangsa india itu. "betul... betul... betul...", sokong jaswari sambil bercakap seperti watak utama kartun upin dan ipin. "sebenarnya... sebenarnya...", kata kata marissa terhenti di situ juga. dia menggeleng gelengkan kepalanya.

"Tidak... saya tak dapat menceritakan pada korang berdua apa masalah saya tu... saya takut berita yang memalukan ini akan tersebar di seluruh kampus... saya akan di hina, di caci maki dan di pandang serong oleh semua orang... tidak!... biarlah semuanya ini menjadi rahsia buat selama lamanya...", kata marissa sambil menangis. "rissa... kenapa awak cakap macam tu pada kami? awak tak percaya pada kami ke?... awak fikir kami ni suka bocorkan rahsia orang lain ke sehinggakan awak takut rahsia awak terbongkar?", soal peggy separuh jengkel. "bukan... bukan macam tu maksud saya...", kata kata marissa terus di potong pantas oleh peggy. "jadi apa maksud awak yang sebenarnya ni?... awak seharusnya tak patut berfikiran negatif terhadap kami... kami ni kawan awak... kami tak akan sebarkan rahsia awak di kampus sebab kami ni bukannya jenis orang yang bermulut tempayan...", kata peggy dengan tegas. "kalau macam tu korang mesti berjanji pada saya yang korang tak akan bocorkan rahsia saya pada orang lain, ok?" soal marissa. "ok... kami berjanji takkan bocorkan rahsia awak...", balas peggy dan jaswari serentak.

"baiklah... sebenarnya saya tengah hamil 2 bulan...", kata marissa perlahan lahan. "hah?!... hamil 2 bulan?...", terkejut betul peggy dan jaswari mendengarnya. mulut mereka ternganga seperti pintu gua. Manakala mata mereka pula bulat seperti bola ping pong. "betul ke ni?", soal peggy macam tidak percaya. "Ya... saya cakap betul ni...", balas marissa pula. "jadi awak dah bagitahu hal ni pada boyfriend awak si faizal tu?", soal peggy setelah lama berdiam diri. "dah... tapi dia tak mahu berkahwin dengan saya walaupun saya dah cakap yang saya mengandungkan anak dia. Malah dia menyuruh saya menggugurkan kandungan saya...", kata marissa mula menangis. "celaka betul faizal tu... ada ke patut suruh orang gugurkan kandungan... lelaki tak guna!...", kata peggy dengan nada suara yang marah sekali. jaswari memeluk marissa yang sedang menangis saat itu. "jangan menangis rissa... saya dan jas ada di samping awak... awak jangan bersedih lagi, ye... mari kita makan sama sama... perut saya dah lapar dah ni...", kata jaswari pula. "saya dah tak ada selera hendak makan lagi, jas... peggy... saya susah hati... Macamana dengan nasib anak dalam kandungan saya ni nanti? Tentu dia akan di cemuh orang dan di hina orang kerana dia anak luar nikah...", kata marissa tambah sedih.

"jangan cakap macam tu, rissa... dia anak luar nikah ke apa ke? dia tetap anak awak... sekarang awak kena fikirkan apa yang harus awak lakukan selepas ini...", kata peggy pada rakannya itu. "saya tak tahu apa yang harus saya lakukan, peggy... fikiran saya buntu...", kata marissa. "macam ni sajalah... lebih baik awak bagitahu perkara ini pada keluarga awak... mungkin diorang akan tolong awak untuk selesaikan masalah awak...", cadang peggy pula. "tapi saya takut mereka akan marah pada saya, peggy... dalam erti kata yang lain, saya takut berhadapan dengan mereka...", kata marissa. "jadi sampai bila awak nak rahsiakan perkara ini dari keluarga awak? lambat laun diorang akan tahu juga rahsia awak ni...", kata peggy. "ah-ha... betul cakap peggy tu, rissa... apa apa pun awak kena bagitahu diorang juga. diorang tu kan family awak. takkanlah dengan family awak sendiri pun awak nak berahsia... mana boleh macam tu...", kata jaswari pantas.

marissa terdiam apabila mendengar kata kata rakannya itu. "baiklah... saya akan bagitahu diorang tentang perkara ni...", kata marissa. "baguslah kalau macam tu... dah... dah... dah... jangan nangis lagi. keringkan airmata awak tu... jom kita makan sama sama...", kata jaswari sambil tersenyum. mereka mula makan bersama sama. tanpa mereka sedari ada seorang gadis sedang berdiri mendengar setiap butir perbualan mereka tidak jauh dari situ. perlahan lahan dia menghampiri mereka semua. "hey...girls... korang makan tak ajak saya sekali ke?", soal gadis itu. "eh...fazerra... sorry lah, kami ingatkan awak dah makan kat luar tadi itulah sebabnya kami tak ajak awak makan sekali...", peggy bersuara perlahan lahan. "tak apa. its ok... memang saya dah makan kat luar dengan faizal tadi... oklah... saya masuk bilik dulu. saya nak tidur... good night to you all...", kata fazerra sambil beredar dari situ. marissa terkejut sebaik saja dia mendengar nama faizal di sebut oleh gadis itu. "Oh... fazerra keluar makan dengan faizal? jangan jangan fazeera tu ialah kekasih baru faizal?.... oh... tidak boleh jadi ni, aku mesti tanya dia tentang perkara ini...", bisik hati kecilnya tak keruan...

TABAH (U)Where stories live. Discover now